Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

02 February 2012

Stress

arini rasa stress lepas keluar dari kelas 6K...
aku hanya ajar mereka pendidikan seni. kelas ni adalah kelas terakhir bagi darjah 6. bila terakhir tu faham-faham sajalah karektor mereka. ingat lagi masa pertama kali masuk ke kelas pada minggu pertama persekolahan. memandangkan aku ni cikgu Melayu dan baru pula, terus dicabarnya aku. seorang pelajar yang agak samseng dan selalu menjadi sebutan guru-guru menendang-nendang meja di depan mata aku.

sabar jelah. teringat pesan seorang kawan yang sekarang cuti bersalin, "dulu pernah dia nak pukul perut yan.."
terkejut juga bila dengar tu. aku diamkan diri je bila pelajar itu buat macam tu.

pendidikan seni bagi mereka tidaklah penting. aku hanya menjalankan tanggungjawab untuk masuk ke kelas dan buat aktiviti seni dengan mereka. bila diberi tema untuk lukisan pada hari itu, pantas sahaja mereka siapkan. tak sampai 30 minit, dah siap! lukisan tu ala-ala kadar je la. umpama melepaskan batuk di tepi tangga.
lepas dah hantar tu... apa lagi. berpestalah dalam kelas.

aduh.. sangat bingit. nampak sangat 'classroom management' gagal! emm.. semenjak posting ke sekolah jenis kebangsaan ni, perkara yang mencabar diri ialah pengurusan kelas. sebelum ni, sangat terjaga dan tidak ada aksi-aksi sebegini berlaku. sejak dari praktikum masa university, semasa kerja di sekolah anak-anak ribena dan juga di ipoh dulu.






kadangkala aku buntu untuk menyelesaikan masalah ni. sudahlah motivasi diri kurang, ditambah situasi macam ni lagi la berkurangan.



07 September 2010

Kenapa Dia Menjadi Mangsa

dapat sms dari teman lama dulu. bercerita tentang seorang kawan.. bercerita tentang kisah cintanya yg tak kesampaian.. asasnya, perkara ini lebih kurang sama dengan perjalanan kisah hidup ku yg dulu.

si dia bakal berkahwin pada hari raya ke 5. teman ku itu dalam keadaan sedih. si dia tu adalah kawan ku juga. baru saja ku temui 2 hari lepas. tapi tegakah kamu wahai kawan buat sebegitu pada dia yg kamu sayang..? atau sayang tu hanya mainan di bibir kamu?

aku seakan pelik dan kurang mengerti..

sukarkah bagi kamu untuk menyatakan yg sebenarnya? sukarkah bagi kamu untuk tegas jika kamu punya pilihan kamu sendiri. adakah dengan berterus terang kepada keluarga kamu itu menjadikan kamu anak derhaka? tak boleh kah bermusyawarah dengan cara yang sebaiknya..?? kamu kan lelaki..!!

kesian dengan keadaan kawan ku itu..

telah ku peringatkan pada kamu wahai kawanku.. waktu si dia ditunangkan oleh keluarganya.. aku telah ingatkan kamu jangan lagi berhubungan. hentikan saja. kelak kamu yg merana.

tapi kamu degil.

kamu kata ayat dari dia "aku masih sayangkan kamu" buatkan kamu berasa sedikit sinar ketabahan. tapi lupakah kamu..nanti dia punya isteri yg perlu dijaga. sedangkan kamu hanya secebis sejarah, insan yg pernah hadir dlm kamus hidupnya.

aku tak sanggup melihat kamu menangis. kerna aku tahu betapa sakitnya rasa itu..



05 April 2010

Tak Suka.. Tak Suka.. Tak Suka.. Eiii Tak Suka!

sedih.
gara2 kertas soalan, 2 guru masam muka. cikgu ribena ni di tengah2. nak nasihat salah tak nasihat pun salah.. satu lagi, tak tau citer yg sebenarnya. tapi secara serkap jarangnya, salah faham dan salah sorang tu guna ayat yg agak pedas dan kasar. tu la, sape suruh ckp kasar2 ni??

so malas nak masuk campur. sembang dgn org tu psl hal lain, org di sini perhatikan. bila sembang dgn org di sini, di sana pulak perhatikan. rasa mcm artis lak. mujur takde flash camera bagai. kalo tak, mahunya i ni perasan mcm tok ct kite tu.. hakhak! ok.. serius tak selesa dgn keadaan mcm ni. dah la kami tiga org ni ajar subjek yg sama bagi darjah 5. kalo berterusan konflik ni mcm mana nak bekerjasama nanti??

geram.
bila disoal...

org tu: adik, hampa ni tak mau kawin ka? tak terfikiaq ka nak kawin?

org yg menulis ni: haa?

org tu: dak la. takdak perancangan ka? kawin tu sunnah nabi.


org yg menulis ni: insyaallah.


org tu: jgn dok fikiaq keja sgt. kot nanti sampai tak minat nak kawin. nabi tak mengaku ummat..!


org yg menulis ni:
dalam hati...* aik aku bukannya tomboy sampai nak terkeluar statement cucuk berdarah tu... aish...* insyallah kak..

org tu: kawin ni.. bla...bla.... bla...


org yg menulis ni: sat kak. saya nak naik pejabat nak pi photostat.

dah la bertimbun keje depan mata... eiii.. rimas!


27 July 2009

PANTUN DUA KERAT

pagi-pagi makan roti
arini rasa sgt sakit hati

jalan-jalan tersepak batu
saya tak suka tgk org itu

makan roti dengan kaya
kenapa dia 'ambik berat' sgt pasal saya?

warna kuning tanda bersedia
saya tak kisah apapun hal dia

proton saga kereta nasional
sangat-sangat tak professional

pegi pasar beli ikan pari
adalah cukup baik bagi saya untuk mendiamkan diri

huhu.. bercakap pun hanya sekali sepanjang 7 bln mengajar. adakah dia rasa tergugat dgn kehadiran sy?? emm.. hanya menenangkan hati dgn berfikir sebegitu.. ahh... nur! mereka amat mengambil berat akan diri kamu. sbb tu mereka selalu mempersoalkan tentang kedudukan kamu di situ dan dia la org itu. cukupla.. dari body languange nya pun saya dah tahu. EQ saya amat tinggi rupanya... bkn bersangka buruk.. tapi kalo berkali-kali kita akan nmpk/dgr benda yg sama, apa yg ada di minda anda?

kenapa nur tak dpt opsyen subjek nur sendiri?
kenapa dpt subjek lain?
nur tak bagus, sebab itu dpt subjek lain..
tesl kita tu taknak pegi mana2 ke?

wahai kawan, sebegitu rupa kamu menilai diri saya tanpa mengenali siapa saya sebenarnya! itu bukan urusan saya.. tanya la pihak sekolah! kamu kan org yg sgt baik dgn org besar sekolah! dan menunjukkan seolah kamu mempertikaikan akan takdir dan rezeki yg Allah kurniakan. mungkin ini adalah masa utk saya test power mengajar subjek yg bkn opsyen saya... nur fikir positive ni!





anak mak semah belajar di kolej ikip

itu hanya sekadar gosip

mael yg bulat rupanya anak pak setapa
jika ada urusan mengenai kerja, baru kami bertegur sapa

wahai kakak2 ku... sesungguhnya adik mu ini tidak ada apa pun hubungan khusus dgn guru yg tak baru lagi tu.. cukup2 la sindir tu.. cukup2 la mempersoalkan kenapa sy masih sendiri. sesungguhnya sy amat tak kisah jika kamu wahai kakak2 ku nak mengumpat/mengata guru yg tak baru lagi tu. dosa kamu tanggunglah sendiri. itu hanya gosip kanak2 ribena... pada kanak2 ribena ini kalo umur sebaya maknanya boleh kawin. huhu... sgt naif!


notakakidantangan:
mood utk berpantun.. nur cuba lepaskan segalanya di sini agar ia menjadi satu terapi buat diri kerna projek empangan akan dibesarkan dlm masa terdekat....

21 May 2009

MAK KATA DIAM

"Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat."
Hikmah Diam
  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutupi segala aib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mak penah pesan pada nur...
"apapun org kata, sebaiknya diam je lah. "


ya mak, nur masih berpegang dgn kata2 mak tu. dan sampai la saat tadi. nur masih igt pesan mak walaupun hati bergelora menahan amarah. terima kasih mak, nasihat mak amat berharga.

kisah tadi...

seusai mengawas peperiksaan mathematics kertas 2 di 4e, nur terus bergegas ke bilik guru.
kenapa?
>> nur tak sabar nak tgk hasil kerja kanak2 ribena.
>> adakah pengajaran nur dpt mereka fahami?
>> adakah soalan terlalu payah?
>> senang ke?
>> sempat jawab tak?

3 ketul kertas jawapan ada atas meja. nur belek ketul demi ketul. dari 4b ke 4d dan seterusnya 4e. dlm membelek tu terkenang anak2 murid 4e. mereka tak ramai. hanya 14 org. 2 tak hadir disebabkan demam. tinggal lagi 12 org. 5 org daripadanya demam. digagahkan juga hadir ke sekolah; arini kan last day utk peperiksaan penggal. kelima2 org kanak2 itu menangis masa menjawab kertas soalan. jenuh juga memujuk. mujurlah makan pujuk utk habiskan exam. cian sgt.. dgn mata merah, badan panas. emm..entahlah. musim demam skrg ni.. teacher diaorg pun sama sebenarnya. tapi tak penting, yg pentingnya kanak2 ribena tu.

dlm membelek.... disapa satu suara.

"haa adik nur ni. minum air pun tak abis. tgk botol air akak ni, dah habis sebotol.."

nur pekakkan telinga.. hati panas.
ah..dah mula dia ni...
>> aritu kes ckp tepon. biasalah, kekadang tgn kita pun bergerak sama seolahnya org yg lagi satu tu nmpk pergerakan tgn kita.
>> pastu kes cinta sejati. abis member2 nur yg masih bujang di soundnya.. pakat tarik muka masam.. hayo3x

"dgr ke tak akak ckp ni??"

nur angguk kepala sambil mata merenung tajam pada kertas jawapan kanak2 ribena.

"org ckp dgn dia. tak mau dgr. tu la. sakit tonsil la apa la. tgk akak ni. abis dah sebotol." sambil ketuk2 botol air yg baru nur beli tu....

huh... org tua ni. ape salah nur ni. sampaikan mcm ni pula jadinya. tak nampak ke org tgh buat apa... kata yg hanya berdendang dlm hati. nur terus diam dan membeku di situ. dgr lagi bebelan dia. argh! hati makin panas. dah setengah botol nur abiskan air tu. bkn botol kecik. apa kena mengena pula dgn dia. tak nmpk ke kita ada byk keje atas meja ni..?? hati nur memang merungut. ya Allah, berdosanya nur arini. tapi geram laa bila tetiba disoal, dibebel sebegitu.

bebelan makin menjadi..
arghhh!! hati makin panas. nak saja dicipta ayat utk dibalas. tapi teringatkan pesan mak.

"apapun org kata, sebaiknya diam je lah. "

sekuat daya yg ada nur terus membatukan diri di situ. keadaan menjadi sepi seketika. mana dia?? menuju ke cubicle yg lain...

persoalannya:
## kenapa arini tak abiskan air dlm botol yg selalunya habis sblm kul 1?
>> sbb arini menjadi pengawas peperiksaan bagi 3 kelas. dan semuanya direct.....nur hanya balik ke bilik guru utk menghantar kertas jawapan dan mengambil kertas soalan utk ke kelas lain. kang bawa masuk air dlm kelas jadi isu pula....

## dia??
>> hanya di bilik guru.... sebab dia hanya menjaga satu saja kelas pada awal pagi tadi. kalo guru lain sibuk bergelumang dgn kertas, dia dah angkat bendera hijau. sbb peperiksaan bagi madah yg diajarnya dah berlangsung pada hari ahad dan isnin yg lalu. senang kan? sekaligus dah abis ditanda!

sy hargai jika akak mengambil berat akan diri sy. tapi terlebih dulu maafkan diri sy, jika sy memarahi akak dlm diam. tapi atas dasar hormat sbg seorg adik dan org baru di sekolah ni, sy cuba padamkan amarah ni dlm hati. sy cuba utk tidak membalas kata2 akak
>> kerana pesanan mak sy terngiang-ngiang di telinga.
>> kerana sy menjaga nama baik kakak sy yg sememangnya dikenali di sekolah ni.

>> kerana amatlah susah bagi sy utk menjadi normal semula jika sy bertukar warna hijau....

bak kata ann.. bkn telinga kita pekak, tapi kita memekakkan telinga demi kepentingan diri kita sendiri. betul, kepentingan diri agar tidak ter'over' marah/bengang...


nota kaki dan tangan : diri tak sihat, ditambah dgn keje bertimbun, emo jadinya nur arini. jgn tiru mcm sy!


07 April 2009

MAAFKAN JIKA BEREMOSI

kata seorg kwn dulu...
"maafkan aku jika aku beremosi."

dan skrg, nur men 'copy' and 'paste' kan ayat tersebut di sini.

ya... entry sy kali ini berEMOSI


1
usai kelas jam 8.50 pg.

Cikgu FH: akakkkk!!!


nur: nur berpaling ke blkg. ngape? akak nak cepat ni. nak ke kelas 4B pula.. apehal minah ni terkejar-kejar..

cikgu FH: kak SH tak tegur sy pun pagi ni. akak ada citer ape2 kat dia ke?

nur: berkerut dahi mengingat. takde lak. pagi ni pun tak sempat sembang ape2. dtg je terus ke perhimpunan. ngape?

cikgu FH: akak ni lain kali jgn la citer ape2. ni dia dah tak nak ckp dgn sy. akak ni memang la..!

pulak..nur pula yg disalahkan...

nur: memandangkan diaorg serumah.. semlm dia ckp tak?

cikgu FH: semlm ok je.

nur: dia ada masalah la tu. maybe personal problem ke? problem dgn pakwe dia ke? jgn main serkap jarang je.

cikgu FH: kalo akak tak ckp ape2, takkan dia tak bertegur dgn sy??

'what the hell are u talking about.. kalo dia ada masalah dgn ko, nape pula aku yg disalahkan?? aku bukan jenis yg suka menjaja citer org!!' hati nur menjerit... nak dikeluarkan, tak sampai. tersekat di tekak.

nur pantas menuju ke kelas 4B. meneruskan pengajaran seperti biasa. habis je double period punye kelas, nur terus ke pejabat. buat salinan utk fotokopi latihan pd kanak2 ribena baru la menuju ke bilik guru. nur tak tegur sesape. i just continue marking test papers. bkn merajuk tapi GERAM!

cikgu FH: akak, tadi kak SH dah ckp dgn sy. dia ada masalah dgn pakwe dia rupanya.

nur: ooo.. bagusla mcm tu.

cikgu FH: maafla kak, sy kata kat akak mcm tu tadi.

KRINGGGG..........

nur: ok, akak nak kelas 3B pula. FH takde kelas?

tanpa menunggu sebarang jawapan, nur terus melangkah. di luar pintu bilik guru, 2 org kanak2 ribena 3B dah sedia menanti utk menghulurkan bantuan angkat buku.

kejadian ni, bkn arini je. dah 2 kali nur dituduh kalo dia tak berckp dgn SH. eh hello, aku ni kaunter tuduh menuduh ke? dalam sehari nur dgn SH jrg sgt bersembang. jadual kami bertindih walaupun tmpt kami face to face. skrg, nak tgk muka pun tak boleh. coz buku kanak2 ribena bertimbun. dah mcm kubu pertahanan pun ada....


2
nur dan cikgu Wa bersembang rancak. bercerita ttg konvokesyen. yelah, cikgu Wa dah konvo, jadi dia bercerita pengalaman dia yg hampir2 jatuh. cikgu Wa ni kalo bercerita siap dgn ekspressi dan body language. hah, ape lagi mcm ada lakonan semula.

cikgu R: uiiii anak2 dara. sopan2 skit. ada org dok intai tu nak buat menantu.

kami berdua tersentak.

cikgu Wa: takde sape pun kat dpn bilik guru tu kak. takpela, sy nak berlakon ni haa..bkn sape nmpk pun. lagipun kami bersembang je ni.

cikgu R: tak payah. kot nanti diaorg intai, npk pulak aksi korang yg kurang sopan ni.

nur: takpela kak, biar la tau true colours. jgn tau yg indah2 je. kan tak hipokrit tu..

cikgu Wa: betul betul betul.

cikgu R: bykla hipokrit korang tu..

cikgu Wa: ala kak, manala tau kot dia berkenan tgk akak yg ayu arini.

cikgu R: oit salah org la tgk aku.. marah suami i tau....

kami terkekek-kekek gelak.

cikgu Z masuk ke bilik guru.

cikgu Z: R, nmpk ke sape mai tu? kak R hanya angguk. haa..anak2 dara dlm bilik ni. bersiap sedia ye lepas ni. kecuali nur tu.

aik..nama aku pulak yg disebut.. cikgu Wa memandang nur.

cikgu Wa: nape nur tak boleh. dia tak kawin lagi.. leh lak kak Z ni buat pengecualian.

cikgu Z: aritu akak nak kenalkan dia dgn sorang ni. dia tolak. dah kita tolong carikan jodoh kat dia. jual mahal. tolak jodoh. tah bila la nak kawin tak tau la tu. memilih sgt! 26 tu dah tua..

sedih nur dgr ayat yg sebegitu. cikgu Wa pegang tangan nur.

nur: takpe kak, mungkin bkn jodoh sy. apepun terima kasih. niat akak tu memang baik.

cikgu Z: tau pun.

keras, tajam sungguh kata2 tu. berbisa hingga ke hati. sedari hari tu nur dgn kak Z jarang berckp. tahlah, ada kot salah nur kat mana2. biasalah, org baru. salah skit nmpk besar. malas nak panjang citer. biar je la... sudahnya hati yg menjeruk rasa.

salah ke nur menolak kalo ibu dan kakak memberi jawapan yg negatif. dan nur pun berfikiran seperti mereka. kawin ni long term punya hal. kena fikir masak2. aish... ngaku bujang pun ada side effect, ngaku dah berpunya pun ada side effect. ehm.. teringat kata cikgu A.

cikgu A: sebenarnya, i ni tak bertunang lagi. tapi dah asyik sgt tanya aritu. i ckp je terus kata dah bertunang. senyap la kejap. pastu bising pulak tanye bila nak kawin. emm.. mana2 pun ada side effect. u caya la ckp i.

rentak dan aturan hidup. ada yg mengatakan, manusia tak penah cukup dgn apa yg mereka ada. kalo diapplikasikan kata tu ikut cara positif, maka positif la ia. contohnya nak terus maju. mesti kita berusaha. kalo in negative way, jadi mcm ni la..

memang, kalo diikutkan hati nur ni masih sakit,berdarah dan susah utk menerima seseorg. tapi seperti yg telah nur kata pada keluarga, "kalo nak cepat, tolong la carikan. kalo serah pada nur mungkin ambil masa."

nur tak salahkan cikgu Z kata mcmtu. cikgu Z tak tau apa yg terjadi pada nur. dan nur pun tak nak cerita. nur tak minta semua ni terjadi. kalo tanye org, takde sape yg nak kawin lmbt. nur pun tak terkecuali. tapi takdir yg mengatasi tindakan kita. kalo ikut ape yg nur rancangkan, nur nak akhiri zaman bujang tahun ni.tapi apakan daya.... bak lagu Jamal Abdillah - Takdir Penentu Segala. mungkin ada hikmah yg nur tak nmpk <---- ayat pemujuk hati.

hati nur cepat terguris bila disentuh hal ni. teringat beberapa hari lepas. nur terima MMS dari dia. i just delete it. to him... if u know and read this, please stop sending me ur pictures. i don't want even to bother where are u now, what are u doing and bla bla bla. and please STOP HURTING ME!



ya Allah, berikan nur kekuatan; utk kuatkan balik hati yg rapuh ni, utk ubati luka yg berdarah, utk meneruskan hari yg mendatang. berikan nur kemanisan atas segala ujian yg Kau berikan.


>>> today is not my tuesday. today is my SEDEYday.<<<

17 February 2009

MC oh MC

arini nur MC. tak daya sgt pagi ni. tapi rasanya kadang2 tu nak je pengsan kat skolah. nak tau nape? gi klinik kena perli dgn doc. bkn nur lmbt nak gi tapi keje yg bertimbun buatkan nur lmbt pegi. dia marah tekak nur masih tak ok. dah pantang sehabisnya cuma nur kurangkan je pengambilan makanan berminyak. emm...tahlah! tu 1 hal. then MC, pihak skolah nak dari klinik kerajaan. tau2 je la klinik kerajaan mcm mana. lama lak tu. alih2 dpt MC satu hari. half of the day dah kat klinik tu. nak pengsan pun ada dah. dgn skolah strict tak kena gaya. igt sumer cikgu2 kat skolah tu nak ke cuti tak tentu pasal??!! kalo kena org yg sakit betul2 mcm nur ni mcm mana...???

geramnyaa...!!

02 February 2009

BULI

sejak meeting hari sabtu lepas, nur makin sibuk. sekrg dah diserap ke kelab dan persatuan. then jadi ajk pusat sumber, ajk buku teks. tak masuk lagi rumah sukan. adeh la.. nampaknya doa nur utk sibuk sekali lagi dimakbulkan Allah. Alhamdulillah! walaupun penat dan masa amat terhad, nur selesa. pelik kan?

dlm entry yg lepas, pernah nur citer yg nur amuk dlm satu kelas ni. arini jadi lagi. tahla makin melampau budak2 ni. kelas lain yg nur ajar, tak pula besar kepala malah takut bila nur mula merenung diaorg. tu tandanya nur marah! nak dijadikan citer, kelas ni bersebelahan dgn bilik buku teks atau lebih dikenali sbg depot. kak syada ada dlm bilik tu. kak syada ni guru disiplin. mungkin dia terdengar suara nur menjerit kuat, dia terus datang ke kelas. kebetulan nur tgh denda sorang budak ni. kita dok ngajar kat depan boleh pulak buat adegan dlm iklan fair n lovely tu (yg anne ngasri buat semakin hari semakin sayang tu.)

guess what, dia tolong nur marahkan budak ni. kanak2 ribena ni terus diamkan diri. termasuk la yg lain. lagi budak ni menangis lagi dia marah dan pukul. cian pula nur tgk tapi diamkan diri je. nak bagi pengajaran pada kanak2 ribena ni. bukan sesaje nak hukum. takde cikgu yg saje2 nak marah. sebenarnya penat tau bila marah ni. boleh ilang mood nak ngajar.

masa nur jumpa kak syada dlm staffroom, kak syada kata "kelas ni memang ada masalah skit berbanding kelas lain. diaorg nak buli guru baru sebenarnya. jgn takut dlm bagi hukuman pada budak2 ni. yg salah kita kena tegur. tu tugas kita. kak syada dulu mcm nur juga. takpe,lama2 nanti nur akan dpt pengalaman tu."

buli??? :(

25 January 2009

ESOK RAYA CINA

haha.. ok tak title entry arini??? :p


hari cuti ialah hari utk spend time kat umah dgn family. abg nur balik.. so bermesra-mesraan la dgn anak2 dia. maklumla dah lama tak jumpa. dulu dok dekat, senang la jumpa. sejak terdampar di sini, telefon je la jadi medan perbualan nur dgn anak2 buah yg tercayang.

soalan yg selalu ditanya,
  • "cu ok?"
  • "kitaorg dah hafal nombor fon cu"
  • "nape dok sini?"
  • "mana best dok sana dgn dok sini?"
  • "rindu tak kat SA??"
haha! memangla tak dinafikan rindu kat SA. especially rumah nur.. makanan favourite nur.. apa lagi kalo bkn fried yee mee ala cantonese kat warung kopi(tasik) tu. terbayang pinggannya yg besar, sinki berbentuk belanga; memang lain dari restaurant lain. tapi nak buat mcm mana. rezeki di sini. paling penting nur tenang di sini. selepas tragedi tu, rasa serabut sangat kat SA. kenangan byk di sana. apa lagi kalo dgr siren P. emm.. lagi la teringat tentang dia. dgn peluang keje yg ada, nur nekad hijrah ke sini.

ok.. still berkisahkan tentang dia! bkn rindu. tapi geram! nur geRrrAaaMM...!! luka di hati makin sakit especially kalo dia ada sms. nak je campak handphone ni.. uih.. nur masih waras! tak mudah utk nur campak handphone ni. pemberian abg nur.. kena jaga elok2. cayang my N70 :D ~~ bila la nak abis citer pasal hamba Allah tu ~~

emm..tak sedar dah nak maghrib ni. okla. nur stop di sini dulu.
daaa (^o^)

09 January 2009

HARI YANG EMO

i love teaching! and i love teaching the kids even though they are naughty. tapi nur tak dpt nak tipu diri nur sendiri. nur leh tipu org lain yg nur happy dgn perubahan yg terpaksa nur buat utk keje ni. nur terpaksa utk mengubah penampilan nur walaupun pada hakikatnya memang la tersangat baik. tah la..nur rasa macam nur dah jadi diri org lain. nur tak leh paksa diri nur utk berubah secepat yg mungkin. i need time.. really i need time! dgn ape yg dah jadi kat nur, nur tak leh paksa diri lagi. cukup la dgn tekanan dulu yg masih menganggu diri nur. nah, skrg nur bertambah tertekan.

kadang2 nak je putus asa.... :(

07 January 2009

MASA

masa berlalu dgn pantas. kejap je pagi dan kejap je petang. waktu di sekolah pun tak terasa lama. balik je dari sekolah tak sempat nak buat ape2 lagi. emm.. sok ppd datang melawat. record book perlu dikemaskini.


nur amuk di kelas tadi. melampau sungguh satu kelas ni. cabaran mendidik kanak2 ribena yg berada di kelas hujung. frust jadinya walaupun objektif pembelajaran tercaapai.
Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa