Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

26 December 2010

Segalanya Mungkin

selamat pagi

cuti sekolah bakal berakhir
oh.. sedih! tak seronok!
perlu pulang ke tempat berkubang
kembali membelek buku, nota dan not muzik


muzik?
satu subjek yang tidak digemari
dengar boleh.. mengajar tak suka
tapi bakal mendampingi diri sepanjang 6 bulan ini
apa hikmahnya ya...

bercerita dengan seorang teman lama di facebook
telah berkahwin dan punya anak dua
diri kalah lagi..
haha!

nur: hang sihat?

dia: aku sihat walafiat. macam dulu. masih tetap handsome.

nur: haha! tolong la. perasan lebih!

dia: hakikat...

nur: piiiiiiiiiiirah!

dia: amboi dia.. serupa mami penang dok kata kita macam tu..

nur: sekali sekala. kata keja kat penang. aku tiru la..

dia: hang serupa macam dulu gak no..

nur: biasa.. aku tetap aku.. eheheh

dia: tercapai gak cita-cita hang kan.. dulu bukan main lagi. garang! sampai aku dengan Sier takut.

nur: test power..

dia: haha.. macam mana la leh jadi kawan baik dengan hang pun tak tau la.

nur: awat? lekeh sangat ka aku ni

dia: dak la.. hebat. haha! bila balik?

nur: cuti sekolah buka. maka balik la aku. nak cuti lagi

dia: boleh. nanti aku bagi. hang tidoq pastu mimpi aku jadi guru besar. boleh aku bagi cuti

nur: ces.. ada ka...

dia: hahaha!

nur: eh.. mana tau kan. satu hari nanti aku ajaq anak hang.

dia: aaaa.. anak aku masuk sekolah ja nanti aku tanya sapa nama cikgu yang mengajaq

nur: haha! amboi. tanam cita-cita awal nampak. anak baru 3 tahun

dia: eh perlu na. kot la pompuan aku nak ngorat dulu jadi cikgu dia. leh jumpa hang

nur: meh sini nak luku kepala.

dia: garang sampai la. ish ish...


oh..
dulu saya garang ye?
tak perasan pula....

mana tahu kan
bakal mengajar anak-anak ribena kawan persekolahan, seuniversiti...
bloggers?
haaa.. kebarangkalian ada.



(sumber)

nota pendek si merah jambu:
nama orang kotak tu danbo rupanya
ketinggalan sungguh!



07 September 2010

Kenapa Dia Menjadi Mangsa

dapat sms dari teman lama dulu. bercerita tentang seorang kawan.. bercerita tentang kisah cintanya yg tak kesampaian.. asasnya, perkara ini lebih kurang sama dengan perjalanan kisah hidup ku yg dulu.

si dia bakal berkahwin pada hari raya ke 5. teman ku itu dalam keadaan sedih. si dia tu adalah kawan ku juga. baru saja ku temui 2 hari lepas. tapi tegakah kamu wahai kawan buat sebegitu pada dia yg kamu sayang..? atau sayang tu hanya mainan di bibir kamu?

aku seakan pelik dan kurang mengerti..

sukarkah bagi kamu untuk menyatakan yg sebenarnya? sukarkah bagi kamu untuk tegas jika kamu punya pilihan kamu sendiri. adakah dengan berterus terang kepada keluarga kamu itu menjadikan kamu anak derhaka? tak boleh kah bermusyawarah dengan cara yang sebaiknya..?? kamu kan lelaki..!!

kesian dengan keadaan kawan ku itu..

telah ku peringatkan pada kamu wahai kawanku.. waktu si dia ditunangkan oleh keluarganya.. aku telah ingatkan kamu jangan lagi berhubungan. hentikan saja. kelak kamu yg merana.

tapi kamu degil.

kamu kata ayat dari dia "aku masih sayangkan kamu" buatkan kamu berasa sedikit sinar ketabahan. tapi lupakah kamu..nanti dia punya isteri yg perlu dijaga. sedangkan kamu hanya secebis sejarah, insan yg pernah hadir dlm kamus hidupnya.

aku tak sanggup melihat kamu menangis. kerna aku tahu betapa sakitnya rasa itu..



01 September 2010

Sama Saja, Serupa Kamu

teman lama sms...

dia: awak rasa saya ni macam mana orangnya?

aku: maksud?

dia: dari segi personaliti, cara berfikir, percakapan.. dari masa sekolah dulu sampaila sekarang.

aku: nampak matang. terserlah dari dulu.

dia: awak rasa saya ni kurang keyakinan diri tak?

aku: kenapa? soal komitmen?

dia: bukan sebab itu perkara utamanya. rasanya saya ada inferiority.

aku: semua orang ada. cuma terserlah atau tak saja. jangan la sampai mengaburi diri awak sendiri.

dia: saya boleh kawal tapi kadang tu indirectly mempengaruhi perilaku dan keputusan.

aku: memang. keputusan yang diambil dipengaruhi oleh pelbagai aspek. itu memang lumrah.

dia: saya rasa belum merdeka.

aku: merdeka? haa..kena nyanyi lagu merdeka ni..

dia: awak ni..

aku: ok.. macam ni la. awak kena yakin juga dengan diri sendiri. secara sedar ataupun tak, kadang kala awak mampu harungi semua. masa akan jadi faktor penting dalam setiap apa yang kita lakukan. sementelah lagi, Dia yang di atas sana yang mengatur apa yang terbaik untuk diri kita.

dia: masa jadi penentu. dapat tak semua yang difikir, dipendam dan ditanggung dilerai dengan indah dan sempurna.

aku: amboi. ayat lirik ke apa ni..

dia: mana ada. spontan.

aku: haha. kelakar tul.

pandai saja aku nasihatkan dia sedangkan diri sendiri pun ada juga ciri2 yang disebutkan. mudah kan untuk menasihati orang lain dari menasihati diri sendiri untuk lebih bertahan dengan apa yang ditempuh.

nur..
stop be a counselor.
give advice to yourself first.


23 January 2010

oH... LuMuT


bila ku lihat gamba ini...
aku teringatkan lumut
aku teringat dialog di sogo
aku teringat apa dia tulis kat blog aritu
hikhik!


nota pendek si merah jambu:
nak buat worksheet vocabulary utk kanak2 ribena
tapi lupa pula words tu..
dpt ingat 2 je..
adeh la...



02 December 2009

BUAL SAMBIL MAKAN DITEMANI HUJAN

dua minggu lepas...di majlis perkahwinan teman sebangku sekolah menengah dulu, si rina.perbualan berlaku antara empunya blog, eda, dib, tiqah dan besah. ops... ada lagi sorang. adik besah. tapi dia diam. kira tak masuk dlm kategori perbualan.

sedang mkn terdengar lagu ni...





tiqah ketuk meja agak kuat. mujur meja mkn kat sebelah tak berapa dengar disebabkan hujan.

nur: oit..apsal?

eda: hang tercekik ka? jom aku amik air.. kaler apa nak? oren, ijau, biru, merah??


kenduri ni besh.. leh pilih air nak kaler apa. sebab pihak katering sediakan air empat warna..

tiqah: bukan tercekik. tapi lagu tu..

dib: lagu wali band tu? apsal plak..

eda: huh.. buat terkezut ja..

nur: awat..ada kena mengena dgn hang?

tiqah: ha la. best giler lagu tu. lawak tapi sedih.

nur: pulak dah...

tiqah: ye la. mencari calon..

nur: ooh gitu.

tiqah: bukan hang pun dlm situasi mencari ka?

nur: aku ka? emm.. mcm tu la.

eda: oit. aku ni jgn dilupakan.

dib: abis aku ni?

eda: byk cantik. berapa org hang nak pasang. satu cukup la!

besah: hahaha.. aku nak tergelak tahap cipan nih..

nur: serius. aku tak penah tgk cipan gelak... ada mcm muka hang ka?

hahaha..! mcm tu la bunyinya. mcm buruk je bila geng anak dara gelak dlm perlahan. sengaja ditahan sebab nak cover punya pasal..

eda: aku anti lelaki la ni.

nur: pulak dah. frust bercinta tak semestinya kena anti lelaki wahai kawanku..

dib: betul3x. ayah hang tu bukan lelaki ka?

eda: tapi aku...

tiqah: tak payah fikir yg lepas. tgk apa yg nak mai akan datang ni..

nur: aku sokong.

eda: aku kenal dia lama tapi dia buat aku lagu ni.

besah: lagu dangdut?

eda: aku serius maa..

nur: ok ok.. aku faham. tapi faktor lama atau cepat bkn penentu lagi. penentunya jodoh.

tiqah: haa.. btul kata cikgu kita ni. tgk je kat kawan kita yg tgh makan beradab tu..

semua toleh ke arah si pengantin...

nur: aku dgr.. kenal tahun ni juga. tup tup kawin.

dib: see.... bkn faktor lama atau cepat kenal ok. dah jumpa yg sesuai dan sampai seru, go on je la. mcm dia..after setahun clash. pastu awal tahun ni jumpa mamat tu. kenal 2 bulan masuk merisik. empat bulan lepas tu.. bertunang. then skrg kawin dah.

eda: tapi suami dia berisi skit kan..

tiqah: aku rasa faktor badan tak pengaruhi sgt kot. tahla.. tu pendapat aku

nur: if bercinta dgn kurus kerempeng tapi tak tau nak sayang dan hargai kita, buat apa.

besah: contoh terdekat kawan kita tu. bercinta dari sekolah menengah dgn si kurus cekeding tu. alih2 berpisah juga.

dib: jodoh eda.. jgn dipertikaikan. dan jgn sampai ada rasa anti2 sumer ni..

nur: kalau anti pekerjaan leh tak?

tiqah: pulak.. aku siku sat lagi minah ni..

nur: hehe... aku tak anti lelaki. tapi aku anti keje. agak2 diterima tak?

besah: kira ok la.. keje bukan manusia. tapi manusia perlu bekerja.. emm aku dah terbelit dgn ayat aku nih...

dib: kepoyoan hang terserlah begitu terang la besah... hehe!

eda: so... conclusionnya apa cikgu?

nur: hoho..aku pulak kena buat conclusion. kita tanya bisneswoman kita boleh?

tiqah: conclusionnya..sapa nak buat kad kenduri mai kat kedai aku...haha!

perbualan terhenti setakat itu. conclusionnya... faktor lama kenal atau badan tak la menjadi penentu.. penentunya hanya di atas sana yg tahu...


emm... ada sapa nak tambah menambah??


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa