Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

17 June 2010

sYuKuR II

alhamdulillah telah selamat tiba pagi semalam. letih masih tak hilang lagi. perjalanan dari kotaraya ke utara amat memenatkan.

namun perlu utk pulang awal dari keluarga yg lain atas beberapa urusan. pagi ni akan ke sekolah... result semester 1 kanak2 ribena kelas kesayangan dah siap. perlu diisi utk memudahkan keje pada minggu hadapan. siapa dpt nombor 1 kali ni ye... emm.. tak sabar nak tgk prestasi kanak2 ribena tu.

moga urusan dipermudahkanNya...


03 April 2010

Adeh La! Tak Boleh Nakal Lagi....

main bola baling memang menyeronokkan. umpama dapat melepaskan bebanan di kepala biarpun bola gedebuk terkena muka ku. adeh.. sengal sungguh rasanya. seronok punya pasal, ku tahan jua...

skema tul ayat!

haha!

dgn kuota (erk..betul ke eja ni??) yg ada, guru hanya amik 2 sahaja. setelah berfikir sepuluh kali aku melepaskan pbsm. cukup 2 utk ku. tak dpt fikir bagaimana utk membahagikan diri sekiranya berlaku serentak. terasa amat sayang utk melepaskan tapi setelah bersembang secara lembut (slow talk) dgn ketua.. aku berjanji akan ada masa latihan kawad nanti.

masa buat pengumuman tarik beg... (konon) haha!

nur: assalamualaikum

kanak2 ribena: waalaikumussalam

nur: ok pelajar. cikgu ada pengumuman skit. mulai arini cikgu tak jadi cikgu pbsm lagi..kamu boleh rujuk dgn cikgu2 yg ada di depan ni. jadi tak perlu tanya cikgu lagi ye?

kanak2 ribena 1: laa.. cikgu. tak best la. takda dah cikgu suara kuat.

nur: hoh... ni cikgu lain ada. (suara juga yg diingatnya. adeh la!)

kanak2 ribena 1: tak sama.

nur: takpe la. nanti takde dah cikgu nak marah2 kamu.. kata nak halau kamu balik kalo tak pakai tudung putih, kasut bertutup, baju putih...

kanak2 ribena 2: cikgu stay la dgn kami.

nur: tak boleh la mcm tu. ok..? kalo mcm tu cikgu balik dulu ye..

kanak2 ribena: cikguuuu.. nak salammm


berebut pulak!


nur: eh..apsal ni? bukan cikgu nak pindah dari sekolah ni..

kanak2 ribena: salam tu mesti..

dgr kanak2 ribena kat belakang pun bising terutama pelajar tahun 6..

nur: ok.. peace no war..

kanak2 ribena 3: cikgu ada style laa...

nur: hahaha.. selama ni takde style ka?

kanak2 ribena 4: cikgu nak salam la..

nur: eh..cikgu baru je add kamu kat facebook.. check nanti ye.. sarah yg suggest..

kanak2 ribena 4: yeayy..

perihal facebook cikgu ribena ni telah diketahui pelajar tahun 6.. haiya... heboh sudah!


cikgu ribena... don't be naughty naughty after this okkk


20 March 2010

Mari Kita ke Sekolah.. Hey!



tick tock... tick tock.. tick tock...

KRINGGGG!!!

esok SEKOLAHHHH!


♫♫ ♪♪ ♫♫
mari kita ke sekolah hey..
jgn bagi cikgu marah hey..




selesai kursus 2 hari anjuran pihak sekolah. kali ni masing2 memberikan komen yg positif. pemilihan para penceramah amat sesuai dan segar! mcm fresh orange. ops.. bkn sebab muda2 ye.. semua dah kawin beranak pinak.. tapi isi penyampaiannya tu sgt bagus. ketawa riang sepanjang hari. hilang rasa bosan. nasib baik tak macam yg kursus2 sebelum ni.. alahai.. ngantuk seh! kalo ngantuk, siap la.. bakal bersoal jawab dgn penceramah itu. mahunya letakkan saja lidi di mata. agar terang dan terus terbuka.. haha! so kredit pada pihak pengurusan kali ni kerna dah bijak pilih penceramah..

kata penceramah, tugas guru bukannya mudah. memang! nampak saja. tapi tanggungjawab amat besar. kata penceramah lagi kalo cuti tu, bercuti la dgn sepuasnya. hah.. mahu menjeling kami sesama sendiri. yela.. waktu kursus diadakan pada waktu cuti. macam mana nak puas cuti tu.. nur sendiri dok menghitung cuti bulan 6 nanti. huhu...lambat lagi la....

bercerita tentang kursus, pada hari terakhir tu diadakan bengkel ataupun 'mock teaching'. penceramah yg 3 org tu memerhati dan memberi tunjuk ajar pada guru2 di sini. bila masa tu teringat masa di universiti dulu. berlakon jd pelajar masa kawan2 tgh mengajar di depan. so nur applikasikan kat sini. berlakon seolah menjadi kanak2 ribena. agak lucu bila kami semua bangun bagi salam dan baca doa sebelum kelas dimulakan. masing2 baca doa sambil tersengih, tergelak. bila dah berlakon, ada yg main peranan. nur sendiri jadi budak nakal. tak penah dilihat karektor mcm ini sebelumnya. kerap juga diusik sbg budak nakal oleh penceramah. apapun kenangan yg manis. sbbnya, dpt refresh balik apa yg dah belajar dulu masa di universiti. taxonomy bloom.. sib baik masih igt skit..


sebelum balik...

cikgu T: tak penah tgk cikgu ni nakal. baru arini tahu.

cikgu A: tu la. lepas ni usik dia je la.

nur: haha! tak boleh. kang ada gosip. bila mula sekolah. karektor ubah jadi guru yg tegas semula.

cikgu A: takpa.. we'll wait n see.

nur: tunggu je la ye..


20 January 2010

Yesterday versus Today


kelmarin...
hari yg sgt2 tak besh! effect mood. budak2 buat perangai. berkali-kali explain tetap ada yg buat salah. keje tak buat. arahan taknak dgr. guru bercakap di depan, diaorg pun bercakap di blkg. waktu cikgu lain masuk pun sama. itu kelas sendiri.. tak masuk lagi perangai2 kanak2 ribena kelas lain. puas nur baca doa minta dilembutkan hati mereka utk lebih mendengar dari bercakap.

hari ni...
alhamdulillah ada perubahan sedikit. dua masa sblm waktu balik, pelajar lambat masuk ke kelas. jelas terlihat airmata yg bergenang.. keje yg diberikan siap. spelling utk vocabulary dihafal dgn lancar. harap2 terus insaf utk hari akan datang...


17 January 2010

oH.. Adik Ku


kata2 di waktu tengahari...

berkehendakkan sesuatu tak semestinya kita akan dapat. ingin kan sesuatu tapi yg lain muncul di depan kita. Tuhan berikan kita satu peluang utk perbaiki diri, berikan pengalaman utk lebih teguh dan tabah mengejar apa yg kita inginkan... perit, pahit, sedih... harapnya seketika. moga nanti akan tersenyum puas dan bangga dgn diri sendiri kerna mampu utk berjuang dan berikan sesuatu yg diinginkan dlm mencorak masa depan.


syok! dapat berehat di rumah. lega... tapi rasa masa mcm laju je jalan. sok dah masuk minggu ketiga persekolahan. kelas masih lagi tak ceria.. haha! akan ceriakan juga minggu ni. yela.. encik guru besar buat lawatan tiap2 pagi. pastu dia akan bagi komen. pastu kita ni kenala tingkatkan prestasi mendekorasi kelas..

keje yg dah diselesaikan pagi ni.. dah iron baju kurung utk semingu.. then pasni nak check rekod budak kelas. puan penolong kanan penah bagi tagline pada guru kelas.. katanya "anggap kelasku, rumahku syurgaku. anak muridku, anakku." tapi nur ubah skit... "kelasku rumahku... anak muridku adikku.." hikhik! mcm minggu lepas.. selalunya bila ada pelajar yg sakit datang ke bilik guru, cikgu2 akan tanye kelas mana. then akan terkeluar ayat.. "aaa..anak cikgu M.. mak nya ada kelas. tunggu jap ye. dok dulu.." so... aritu ada pelajar nur, seluar terkoyak. bila org tanye anak sape.. cepat je nur kata.. "tu adik saya." riuh bilik guru gelakkan nur bila dgr nur kata mcm tu. abis kena perli sbb taknak gelar diri mak.. haha! rasa mcm tua la kononnya kan.. nur kan muda lagi.. mana aci panggil anak sumer ni... kan lebih manja panggil adik sayang. hehe...

11 January 2010

It was a week...

sorry for not updating my blog on daily basis.. just like i did before.

butirannya...
time yg sgt pack! ditambah dgn tuisyen waktu malam. alhamdulillah, dah bijak skit manage time tu this week. tapi still blk lewat. meeting panitia sana sini. english n math dah settle. tinggal satu je lagi meeting hari rabu ni. tetiba lak nur kena ajar kemahiran hidup. mahunya nak bertukang nanti bila ada kerusi meja patah. hikhik! pegang gergaji pun tak betul lagi mau ajar kanak2 ribena.. haha!

minggu pertama persekolahan sgt la meriah. waris di merata tempat. terutamanya di kantin.. dan ada juga waris masuk dlm kelas belajar sekali dgn anak dia. gara2 budak tu takmau jauh dr mak. memang rimas cikgu dlm kelas tu. tambah2 cikgu baru. lagi la diaorg nervous bila diperhatikan. riuh? tu dah mesti.. suara kanak2 ribena tahun 1 nangis.. mengekor je guru kelas ke mana saje.. bila nmpk cikgu yg garang.. mula la nangis balik.... "cikgu, tolong... tak mau cikgu garang tu.. tak mau ustaz garang tu... afi nak balik...afi nak mummy... tolong la afi cikgu.." tu la antara dialog wajib bagi kanak2 ribena darjah 1 ni tiap2 pagi. merayu2 kat cikgu kelas dia.

tu yg nangis...yg sakit pun banyak.. yg pengsan.. yg sakit perut. leh kata tiap2 pagi masuk je dlm bilik guru mesti ada pesakit yg muncul. kena pulak meja nur depan skali. terus digelar doktor bertugas. sib baik la doktor jadian ni dah sembuh sepenuhnya dari demam.. kalo tak, mau nur baring skali kat situ.. hehe!

mengajar darjah 5.. satu cabaran. komen yg nur terima dari pelajar yg nur ajar tahun lepas.. "teacher makin garang sekarang." mahunya tak... eja twenty jadi twoty.. pastu dah ada perangai lama.. tak siapkan keje sekolah. ape lagi... haa...rasakan aura 2010. hehe! awal2 sesi persekolahan ni kena garang lebih skit. lama2 nanti kita balancekan garang dgn psiko.. hehe! pelajar darjah 3 tahun lepas merungut nur tak ajar diaorg. nak buat mcm mana. tahun ni naik pangkat skit ajar darjah 5. dgr memang la best naik pangkat tapi cabaran dan dugaan mental serta fizikal mengajar darjah 5 ni. tahun yg agak penting sblm diaorg naik darjah 6. sgt besh kan?? huhuhu... takpe,akan diteruskan dgn semangat yg waja.

oklah..setakat ni dahulu.. nanti nur update lagi. oh ya, contest masih lagi berjalan seperti yg diberitahu... selamat malam semua..!!



nota pendek si merah jambu:
rindu mahu berkunjung ke 'rumah' kalian...



31 December 2009

ReVieW dan CeRiTa 2009

bahagianya dapat berehat macam ni..

sehari tak update blog. rasa mcm berkurun. cewah.. berpuitis lak nur ni.. hehe! ok.. review sepanjang tahun 2009. alhamdulillah, dapat lagi bernafas dlm tempoh masa ni. satu nikmat yg tak terucap dgn kata2.

2009 akan melabuhkan tirainya dan automatik 2010 amik alih. secara ringkasnya, tahun 2009 adalah tahun nur mencari kekuatan dan mengenali diri sendiri. benda yg nur rasa nur tak leh buat dan tak leh hadapi, alhamdulillah dapat dilalui akhirnya. sepanjang 2009 juga, blog ni byk muatkan citer tentang kesedihan. bak kata bro grunge, sedih sokmo. haha! yelah, sedih dgn mcm2 faktor. terutama dlm career. masa tu rasa frust sgt. tapi tu la kehidupan kan? ada jatuh ada bangun.

dulu..
blog ni sekadar suka2.. atau secara idealnya tempat utk meluahkan apa yg difikir dan yg dipendam. tak nak expose diri. then lastly expose juga masa gathering. thanks to bloggers yg penah nur jumpa. antaranya ialah cik wanie, grunge, mamai, beruwang, azza, siv, serojajingga, razman, rai, dan mint. thanks friends.. blog juga buat nur rasa nur ada ramai kawan. even tak jumpa.. hanya tulisan je jadi perantara tapi rasa meriah.. so hopefully it will be forever.. majulah blog utk negaraaaa!

semangat tul nur ni.. aaa.. nak masuk tahun baru kan? hehehe!

minggu ni rasa masa tu padat sgt. apa taknya, bengkel yg skolah buat ni la buatkan nur rasa letih sgt. berjumpa dgn waris juga kanak2 ribena sepanjang minggu ni. macam2 cerita nur dengar.. dan macam2 pesanan diterima dari pihak waris.. "cikgu, rotan je anak saya ni kalau dia nakal." , "cikgu amik nombor tepon saya ni, call je bagitau kalau dia degil. dah nak masuk darjah 5 perangai masih tak ubah.." dan yg best "abang tipu ibu ye selama ni. kata tak ada keje sekolah!!" siap dia angkat kening . tak takut langsung. ada juga yg terkejut bila tau nama nur jadi guru kelas anak dia. maknanya nur seorang yg garang. haha! garang bertempat sebenarnya. ramai yg tak percaya.. sbb suara mcm kanak2 ribena.. mcm siv kata aritu.. tetiba kata garang, sure tak leh bayangkan. tul tak?

sempena tahun baru yg bakal menjelma dlm beberapa jam je lagi ni, nur nak minta maaf andainya ada ketelanjuran kata juga salah dan silap sepanjang menulis di sini. maafkan saya ye.. jumpa lagi di entri baru pada tahun depan... ;) padahal sok je kan? hikhik...!!

SELAMAT TAHUN BARU


nota pendek si merah jambu:
agaknya org yg bernama Azam mesti azamnya tercapai selalu kan?


29 December 2009

MaaF. ZoRRo. TaRZaN.

semalam tak update.
masa jadi terhad.
comment pun tak sempat balas.
maaf dari nur.
nanti ada masa nur balas ye.

alhamdulillah selsema dah lari tadi.
berpunca dari acara kemas mengemas di tmpt kerja.
jadi macam zorro menahan dari habuk dan debu.
lompat-lompat macam tarzan sebab adanya cicak yg muncul...
penat bertambah kerana diketawakan dan dibuli.

ohh... sedih.


nota pendek si merah jambu:
adakalanya....
usik mengusik membawa bahagia


27 December 2009

DisKriMinaSi


ahad yg memenatkan setelah cuti hampir sebulan. membiasakan semula rutin biasa. terjumpa beberapa org waris pelajar. agak kaget dgn soalan seorg waris ni..

waris: anak akak ada citer kelas A buat folio utk subjek tu. kelas dia tak buat.

nur: subjek apa tu kak? subjek saya mmg sah takde folio bagai nih.

waris: tak igt pula. cuma nak tanya, ada diskriminasi kelas ke dlm buat semua ni?

nur istighfar dalam hati. napa sampai mcm tu sekali pemikiran diaorg.

nur: subjek tu mungkin guru yg berbeza. tu bergantung pada guru subjek tu sendiri. kat sini takde diskriminasi semua. pelajar semua adalah sama cuma usaha diaorang saja yg dapat membezakan antara satu sama lain.

waris terdiam dan nur saje ubah topik lain sementara menunggu waris lain datang utk urusan buku pinjaman. memang kami mengajar di sekolah jenis ini tapi kami bukan suka diskriminasi pelajar. bkn hak kami dan kami tak ingin lakukan benda mcm tu. guru ialah guru dan pelajar ialah pelajar. tanggungjawab serta peranan tu dah jelas. kami lakukan seperti guru biasa.


nota pendek si merah jambu:
rasa kami pula yg di diskriminasi kan..

26 December 2009

Ku TeRiMa ...


bermula episod kesibukan menjadi guru
jadual dah terima
jadi guru kelas mcm diaorg ckp
mengajar darjah 5 pulak tu
mcm byk je keje nanti...

baru sedar
cuti dah nak abis
huhu.....


nota pendek si merah jambu:
akan ku MERAH JAMBU kan kelas itu..
hahahaha!

22 December 2009

SaYa BuDaK SeKoLaH ni...

tipu..tipu..tipu! saya guru sekolah ni.. haha!

lupa pulak.. selamat tengahari semua!! 2 hari tanpa idea utk update blog. seakan terputus satu tali maklumat. mcm otak pun tak berkembang. erk.. mula dah merepek.. hehe!

mulakan hari dgn minum horlicks 3 in 1 cereal drink. sedap! kira ok la bagi nur yg sememangnya bukan penggemar susu. kalo leh masuk di mulut dan tekak boleh menelan seperti biasa, makanya itu satu benda yg menakbjubkan..haha! betul..tak tipu. cuba la!

semlm memulakan duty di sekolah. org lain dah abis duty, nur baru nak mula. kiranya skrg tinggal esok saje. oh ada perkara berlaku di sekolah masa sampai tu. nur kira agak lewat sampai tapi awal pula. pejabat tak buka lagi. tp cikgu yg bertugas utk tuisyen ada dah. jadi melepak di bawah sambil tgk pakcik tukang kebun sapu sampah. haa.. ada waris ni hantar anak dia utk tuisyen persediaan tahun 6. then dia tegur nur..

waris: tunggu adik ke kat sini?

nur: aa..tak. pejabat tak buka lagi

waris: oo..ada urusan dgn pejabat la ni. makin besar sekolah ni makcik tengok.

nur: sebab ada pertambahan budak makcik. jadi kelas perlu ditambah.

waris: adik selalu cerita ke? dulu sekolah sini juga?

nur: eh taklah. saya guru kat sini.

waris tu macam malu2 sebab salah teka.

waris: tak nampak macam gaya cikgu. itu yg makcik igt tunggu adik kat sini.

nur: takpe..

aaa.. baru kali ni org kata mcm takde gaya seorang guru. selalunya akan kata "memang nmpk mcm cikgu." atau pun "tak cakap pun tau, awk tu cikgu." kali ni terbalik pula..hehe! adakah sebab tak bawa handbag dan hanya bawa beg sandang biasa? tapi pakaian sama je.. berbaju kurung dan bertudung. tapi rasa suka pula.. ekekeke!

masa berjumpa dgn guru2 yg sama bertugas, terdengar ada perubahan dan rombakan. mesti meeting lama punya. harap2 takla byk perubahan tu dan paling pentingnya, nur harap sgt tak pegang kelas. nak je jadi guru pusingan. rasa bebas berpusing pusingan tanpa ikut arah jam. hikhik!

nota pendek si merah jambu:
mcm mana tau dia cikgu...
perlu ada gaya yg mcm mana ek..?



01 August 2009

KETANDUSAN

nur ketandusan idea

skrg ni dah ajar tajuk time..
dah subtopic akhir..
kelas 4 emas ni lmbt skit berbanding kelas yg lain.
nak buat latihan byk pun kadang2 diaorg takleh ikut.
satu lagi perangai diaorg yg 'agak rajin'...
tapi masa nur wajib kena siapkan.
kalo tak, tak leh balik.. hehe!

jahat nur ni ugut diaorg mcm tu
tapi kalo tak buat mcm tu..
emm alamatnya kita sakit mata tgk buku latihan diaorg.

learning outcomes for this topic would be:
divide time involving conversion of units with answers in compound units for time duration of
a) hours and minutes
b) years and months
c) decades and years

khamis lepas dah bagi notes skit kat kanak2 ribena ni.
worksheets tu dah siap.
cumanya nur ketandusan idea nak buat set induksi/induction
kawan2 ada cadangan?




update:
emm.. nur ada buat lagu utk tajuk TIME kat kanak2 ribena ni..
diaorg pun dah hafal skit2..
nur plan nak diaorg nyanyi dgn aksi skali lepas baca sifir..
adakah tu boleh dikategorikan sbg induction?

lagu dia mcm ni je..
tapi ni lirik je la..
nak buh suara nur kat sini..
hehe.. segan la..

♪ one year three six five days ♪
one year twelve months
one week seven days
one hour?
sixty minutes!
one decade?
ten years!
one day twenty-four hours

31 July 2009

ALAMAK !

alhamdulillah program qiamullail berjalan dgn lancar walaupun letih dan tak cukup tido.. ngantukdihadiri oleh guru2 dan pelajar tahun 5 & 6. ramai.. masa ni la dpt tgk budak2 tahun 5 yg nur tak penah tgk sblm ni. sbb nur jarang dpt ganti kelas tahun 5, so tu yg mcm jakun skit tgk budak2 ni. ada yg besar dari nur dan ada yg kecik; tak ubah mcm budak darjah 3.

bila dah ramai ni mula la kan.. jadi bising. tambah di masjid. amboi.. bersembang sakan. cikgu2 pompuan tak larat dah nak buat bunyi SHHHH....! dlm dok tgk ustaz yg dijemput tu bagi ceramah, nur sempat tgk cikgu disiplin bersembang dgn geng dia.. ooo... patutla bebudak lain amik kesempatan. tok guru bersembang rupanya..

then lepas supper, kanak2 ribena diarahkan utk tido.. haa.. masa ni la kami yg cikgu2 pompuan ni pening. ada yg kisah akan tmpt tido, tak mau berhimpit la.. kawan busuk la.. nanti kawan tendang la dan mcm2 lagi la. geram dibuatnya. bila nur kata "ini pengalaman" diaorg menjawab balik. seolah ada unsur tidak sopan di situ.. huhu.. kebanyakan yg bagi comment ni kanak2 ribena tahun 5. maklumlah ni first time tido ramai2 kat sekolah. ada juga yg excited lebih sampai tak mau berenggang dgn kawan. mcm2 tul kerenah kanak2 ribena ni.

nak bagi diaorg tido pun satu cabaran. ckp elok2 tak mau dgr.. bila jerit je haa.. sumer diam. pastu kata cikgu garang. aish.. budak2 ni. kebanyakan pelajar tahun 6 dah ada pengalaman tido kat sekolah dan dah tau perangai cikgu2 diaorg mcm mana.. the problem is with the standard 5 students... buat bising sampai kanak2 ribena lain tak leh tido. bawa handphone la, buka lagu, bersembang dan ada yg bergaduh.. pompuan pun bergaduh. 3 kali juga la nur bangun utk marah. then apa lagi terbabas nak bangun kul 3 utk qiamullail.. alamak! dah pukul 3:40. sib baik kanak2 ribena ni ketuk pintu sbb dgr cikgu lelaki dok kejutkan kanak2 ribena lelaki. kalo tak, qiamullail dgn tilam dan bantal jawabnya..

selepas je program qiamullail pagi tadi, nur cepat2 bergerak nak ke tempat tuisyen.. bayangkan dgn tak cukup tido sumer ada hati nak ngajar lagi kan.. huhu.. tah ape2 nur ni. ok, nak dijadikan citer, sampai je tuition centre tu nur tgk takde org. aik.. takkan pukul 8:20 takde org. selalunya dah ramai. emm nak call tanye tuan punya tuition centre ni tapi handphone nur pulak rosak.. tiba2 je rosak.. huhu.. apakan daya, nur pun tunggu la dlm 15 minit.. pastu baru tersedar.. alamak! hari ni 31hb Julai.. arini takde tuisyen.. sbb last week dah bagitau... huhu.. nur yg lupa..! alaaa.....

05 July 2009

NAK JADI NO SATU!

kisah luar kelas...
masa perhimpunan.

sedang nur merenung seorg pelajar yg bersembang dr tmpt duduk guru, tiba2 nama nur disebut. nur apa lagi.. agak terpinga2.. hah

encik guru besar: cikgu nurhidayah kan ckp aritu pasal formula SATU?

nur: ye saya...

adeh.. adussiap nama penuh lagi disebut. terasa diri amat skema.... hukhuk!

encik guru besar: 3 minggu lepas ke cikgu?

nur: emm.. 2 minggu lepas..

terkejut juga. kuat betul ingatan encik guru besar ni. encik guru besar pun mulakan acara bebelan + ucapan + syarahan(pek kombo). lengkap dan padat.

encik guru besar: haa.. cikgu nurhidayah dah bagi formula. cikgu2 lain pun bagi formula yg bagus utk kamu gunakan dlm pelajaran. tapi kamu buat tak endah je.. bab bercakap memang no.1. cikgu ngajar kat depan, bila tanye kata faham. bila buat latihan tak faham. kesudahannya cikgu tu yg terlebih faham.

mcm tu la serba sedikit bila encik guru besar buat syarahan pek kombo arini.. formula yg senang diingat.. apapun, formula tu datangnya dari cikgu anaklaut.. terima kasih cikgu, sudi kongsi formula dgn nur.. dan dpt pula disampaikan pd kanak2 ribena ni. moga bertambahlah bilangan kanak2 ribena yg tau konsep SATU ni dan makin bertambahlah org yg mengamalkan formula cikgu anaklaut ni.




kisah dalam kelas 4 'emas' ..
selepas perhimpunan.

aishah: teacher... ain tak bawa buku A.

nur buat tak dgr je.. malas nak membebel pagi2. nur terus menulis kat papan hitam. dlm sedang menulis tu, ada tgn yg pegang tgn nur.. bila toleh nmpk muka kanak2 ribena yg tak bawa buku ni..

ain: teacher.. sy minta maaf. tak bawa buku.

nur: kenapa tak bawa?

ain: sy lupa..

nur: mkn asam ye semlm?

ain: tak mkn pun.

nur: mkn keropok? air gas?

ain sengih.. dah sah la tu..

nur: kan teacher kata, jgn minum sgt air gas dgn keropok tu. tak bagus.. dah, gi duduk tempat dulu.

nur teruskan menulis.... tiba2 ada lagi tgn yg tarik2 baju nur.. bila toleh... muka sorang lagi kanak2 ribena.

nur: haa.. ape dah jadi ni?

hidayat: teacher... sy lupa nak bawa buku.

nur: dah agak... dah 3 kali tak bawa ni. nak kena ambil tindakan..

hidayat: tak mau la teacher. teacher jgn cubit sy.

nur: tak cubit pun. igt nak tarik la sideburn kamu tu.. nak? gertak je ni...setan

hidayat: tak mau teacher sakit.. huh.. tak buat pun lagi.

nur: dah gi duduk. salin dlm kertas. nanti lekat dlm buku.

malas nak mulakan hari dgn membebel..

10 minit kemudian, semasa ronda tgk keje kanak2 ribena ni.

hadi: teacher tau tak.. teacher kan cikgu ke-3 yg garang dlm kelas kami.

nur: no.3? sapa no.1?

hadi: no 1 guru kelas kami..

izham: no 2 ustaz yg baru tu..

aishah: jadinya teacher la yg no 3 tu.

nur: ooo..patutla tak takut dgn teacher.. teacher tak garang yee??marah

hidayat: teacher garang tapi baik, selalu buat lawak. kira tak garang skiiit je dari cikgu N dgn ustaz R. tapi kami takut jugak kat teacher.

emmm.. nak amik hati ler tu..

aishah: kalo cikgu pompuan teacher la paling garang. suara teacher kuat. teacher mcm askar, suruh kami berdiri tegak tiap kali teacher masuk.

murni: betul betul. kalo kami berdiri tak tegak, teacher katok pembaris kat meja. kami takut teacher.. bunyi kuat sgt.bising

nur: huh... kata je teacher garang. tapi tak bawa buku jugak..

hidayat: sy janji teacher.. esok sy bawa!

ain: sy pun.

nur: ok... kalo esok ada di antara kamu ni tak bawa buku. teacher nak minta cikgu N atau ustaz R ajar kamu matematik..

izham: tak mau. nanti takde senaman pagi2 dlm kelas.

nur: takpun, sok teacher jadi garang mcm no.1.

dgr semua jerit TAK MAUUUU....

tau pun takut... seronok lak kenakan kanak2 ribena ni.ihikhik

nur: dah.. buat latihan tu..

huhu....
emm... nape no.3. fikir
nape tak no.1?

nangihnak no.1 !!



notakakidantangan:
ada waktunya, sepi itu menjadi terlalu indah.


04 July 2009

SEPANTASNYA...


kat sini skrg tgh hujan lebat..
sejuk je rasa mlm ni... sure esok pagi agak payah nak bgn ke sekolah..gigitjarihuhu...
ditambah pula penat pada arini.
adeh... emmm ape la nur ni kan..
mcm mana la nak maju kalo mcm ni.
kalo tau kat kanak2 ribena, sure diaorg gelakkan nur..
dah teacher nya pun mcm diaorg juga kekadang tu..
sengihnampakgigi

emm.. quick update meeting prestasi pelajar pagi tadi.
masih berkisahkan langkah2 yg perlu diambil bagi kanak2 ribena kelas blkg.
bak kata sorang cikgu ni, "kelas emas.."
perhatian, cara dan perlaksanaan mungkin berlainan.
bkn mungkin lagi, memang berlainan pun.
nak mengajar pun extra-letih juga berbanding kelas lain.
ape taknya, baru cuti 2 hari dah lupa nak buat bahagi mcm mana..
aduh adustercengang juga la nur jadinya masa tu..

nur percaya kanak2 ribena kelas emas ni ada potensi mereka tersendiri.
cuma mungkin tak terlihat dlm bidang akademik.
apa yg dpt nur perhatikan sorang kanak2 ribena kelas emas darjah 3 ni..
pada dasarnya dia tak dpt membaca.
nak tulis nama sendiri pun kena tiru nama yg ayahnya tulis pada buku latihan.
rasa sedih sgt tgk dia...

tapi bagi subjek nur, dia lulus.
walaupun markah hanya di atas pagar.
itu pun dah cukup bagus bagi kanak2 ribena ni.
mungkin dia kenal nombor dan dpt mengira + dan -
satu kemajuan juga sebenarnya walaupun tak byk mcm org lain.


notakakidantangan:
kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.


01 July 2009

AIRMATA KU TUMPAH

nur mengalirkan airmata di kelas 4D tadi akibat terlampau geram...
homework yg diberi tak siap..
ada yg tak hantar..
rasa berbaloi juga marah arini.
sbb dah lama tak marah since nur kuar dari kelas dulu.
dah 1 bln lebih ada rasanya..
diaorg tercengang..
ada yg nangis sama..

sebenarnya nur malas nak marah2..
lagipun cian kat kanak2 ribena ni belajar dlm keadaan tertekan.
buat la jokes skit masa explain tu.
tapi mengada la pulak yg setengah tu..

waktu rehat, pakat mai kat bilik guru.
minta maaf.
tapi kanak2 ribena yg kena marah teruk tu tak datang pun.
emm...


23 June 2009

AWARD & SENGAL

salam pembuka bicara...

buka je blog arini, dpt comment dari kak eyna.. minta nur gi blog dan amik award.
suka hati riang gembira nih.. celebratehehe! dpt award lagi. leh tempek kat tepi sidebar tu..
terima kasih kak eyna... sungguh santek sengihnampakgigi .. colourful gitu..

arini nur rasa letih2 skit.. sengal badan nur ni. igt nak update citer semalam tapi badan tak mengizinkan. agak kepenatan. so, arini la jawabnya nur membuka citer pasal semalam..
kawan2 igt lagi pasal entry NeNo...NeNo.. ??

ok, jika tak igt/belum baca sila ke link tersebut...
entry kali ni bersangkut-paut dgn entry lepas. kanak2 ribena yg pengsan aritu pengsan lagi kelmarin pagi. kebiasaannya pelajar tahap dua akan ke masjid dan baca surah Yaasin dua minggu sekali. pagi kelmarin, setelah dimaklumkan di perhimpunan pagi, semua kanak2 ribena tahap 2 menuju ke masjid. dan nur guru yg mengajar tahap 2 akan pegi ke sana.

seblm keluar dari bilik guru, kami dimaklumkan ada kanak2 ribena perempuan pengsan. dan kami seakan dpt agak siapa gerangannya.. sbg guru yg bertugas pada minggu ni, nur dan seorang lagi cikgu, cepat2 ke masjid.. kali ni keadaan agak teruk. apa yg nur dpt katakan, kanak2 ribena ini terkena gangguan. agaknya bila masuk masjid kot, dia rebah. bila kami baca ayatul kursi je dan nur pegang ibu jari kakinya, badan dia respon, menggelupur dan menjerit sakit. ustaz bagi cadangan utk angkat dia ke tengah skit. motifnya, biar dia berada di tengah2 dan di dalam lingkungan org yg membaca Yaasin.

dibantu dgn 2 pelajar lagi, kami berempat mengangkat kanak2 ini ke tengah masjid..beratnya Tuhan saja yg tahu. sedangkan dia bertubuh kecil. sebaik saja kami memulakan majlis, dia makin meronta-ronta. nur di bahagian kakinya. sudah tentu dia menendang-nendang. jenuh juga menahan, takut nanti terkena pelajar lain. agaknya sbb menahan tu la, badan nur rasa sengal2 arini. lagi kuat dia meronta, lagi kuat pelajar perempuan baca surah Yaasin terutama kawan2 sekelasnya. waris pelajar iaitu abangnya sampai dan baca ayat2 skit di telinga. lagi kuat meronta dan menjerit.. tak lama selepas tu dia diam. nur rasa kesian juga dgn pelajar ni. kelmarin merupakan hari pertama dia datang ke sekolah setelah insiden minggu lepas. nur rasa sedikit sebanyak mengganggu pelajarannya.

topik yg ditekankan dlm perhimpunan pagi ni, jgn terlebih ketawa atau seronok. juga jgn suka menyendiri.. tapi yelah, kita sbg guru hanya menyampaikan pesanan agar kanak2 ribena ni beringat. juga nur mengingatkan diri nur sendiri. harap2 perkara mcm ni tak berulang lagi.


oh ya.. esok 1 rejab. jom kita puasa!

19 June 2009

TOLONG SAYA BANTU SAYA

mengenai tajuk di atas..
bkn mau minta derma..

tapi mau minta idea atau pandangan dari kawan2
nur tak tau nak ckp apa masa perhimpunan ahad ni adus
emm.. nur tak mau ckp soal disiplin
mcm dah biasa sgt..

ahh..tensiontak sukanya bila kena berckp di depan
hari ahad lak tuu...

hukhuk....nangih

26 May 2009

MARATHON

balik lewat dari skolah tadi.
ni bkn guru yg rajin..
tapi dikejar dek masa.
tak mo ganggu masa cuti.
lebih baik nur abiskan skit tanda kertas jawapan di skolah.
dan selebihnya.. bawa balik skit ke rumah..

alhamdulillah dah selesaikan 2 kelas.
tinggal lagi 3 kelas..

adeh la....
actually ada kebaikan ajar subjek yg sama.
yg tak beshnyer bila tgk jawapan budak.
alahai....
ni la first time nur rasa nak throw out bila nmpk nombor Crazy Pictures, Images and Photos




yg tunggang langgangnya skrg ni cikgu2 math, science, english.
guru2 lain dah leh goyang kaki...
huhu..surely rasa jealous.. hikhik!
jealous sbb dah abis marking paper je la..
kalo nak disuruh nur ajar subjek diaorg..
huhu.. TAK MAUUUU!


mlm ni lepas maghrib kena start marathon marking paper run Pictures, Images and Photos
sbbnya sok sure busy utk sambutan hari guru peringkat skolah
sib baik tak jadi buat choral speaking
kalo tak, aish....
tak tido nur jadinya.. agagagaga..




18 May 2009

CIKGU SERBA SERBI... ??

minggu yg agak lapang bagi guru2. yelah, peperiksaan penggal dah pun bermula. segala ringkasan mengajar tak payah buat. just lekat timetable peperiksaan. beshnyer hidup....

yg tak beshnyer bila hari yg ada paper kita.. mcm nur, arini ada paper mathematics year 3. emm.. cikgunya yg lebih nervous dari kanak2 ribena ni. yg merisaukan nur ialah kelas yg hujung tu. sempat pegi tgk tadi. kebetulan tak bertugas utk jaga exam.. tahla. cian kat kanak2 ribena yg tak leh baca tu. walaupun dibimbing oleh guru yg bertugas tapi masih terkial-kial.. mcm mana masa depan kanak2 ni nanti.

em.. majoriti kanak2 ribena kelas hujung ni tak sempat jawab... huhu... adehla..mcm mana nak buat ni.


jaga exam utk subjek khat. mcm seronok lak tgk kanak2 ribena tahun 6A ni buat. cantik lak tu tulis. nak je belajar dgn diaorg.. tapi bila ditanye tentang soalan khat tu... mula la nur nervous..

pelajar: cikgu, ni kena salin balik ke?

nur: a'ah.. arahan dia kata salin balik di sini dan pisahkan huruf2 tu..

pelajar: oo..pastu kena tulis dlm khat nasakh ke khat qiraat..? (tolong perbetulkan jika salah taip ejaan khat qiraat tu)

alamak......... biasa dgr khat nasakh je.. tu pun baca dlm blog akudankhat.

nur: emm... nanti cikgu tanye cikgu kat kelas sebelah..

pelajar: aik.. cikgu tak tau ke? berkerut muka dia pandang nur..

nur: aish...cikgu bukan tak tau tapi tak sempat nak belajar. ni pun igt nak belajar dgn kamu..

pelajar: ish.. cikgu ni lawak la..

nur: cikgu garang ok.. boleh lak buat tak takut dgn cikgu.

pelajar: sy tgk biasa je..

nur: balik nanti tanye adik kamu mcm mana cikgu dlm kelas..

pelajar: sy tau.. cikgu suka katok pembaris kat meja. tu yg melengkung. adik sy ckp la, cikgu ni kan cikgu serba serbi.

SERBA serbi???


* katok = pukul *


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa