Showing posts with label sembang2. Show all posts
Showing posts with label sembang2. Show all posts

05 August 2011

Ramadan ini mengujiku...

salam ramadan.

3 hari lemah akibat demam, sakit tekak dan kurang selera makan. rasa sangat tidak selesa waktu sakit ni. teringat masa ada selera makan dulu. rasa nikmatnya. tengok orang makan rasa nak juga. tapi bila masuk ke mulut terus tak jadi.

tiap waktu solat berdoa, Allah sembuhkan demam dan kuatkan diri. nak beribadah pun tidak sesempurna mana. rasa rugi pula. apa taknya, selepas je ambil wudhuk pasti badan menggigil. lepas solat mesti berbungkus dengan selimut.

harap esok tidak lagi rasa begini. amin Ya Rabb.



09 July 2011

Saya pun join BERSIH gak tau!

ramai yang update status di FB pasal BERSIH.
di blog pun.
semua orang update.
saya pun nak jugak.
tak nak ketinggalan tau...

walaupun BERSIH di KL..
di Pahang pun ada juga.
tak payah tersangkut dengan jam sumer.
haa. hebatkan?

yela.. jam kan diri anda di rumah.
bersihkan apa yang patut..
macam aktiviti hari ni.
BERSIH kan baju.


BERSIH kan dapur.
BERSIH kan bilik dan ruang tamu.
goreng keropok

dan BERSIH kan pekakas yang digunakan..


sape kata saya tak join..
saya join la ni....



p/s: harap semua selamat dan negara aman damai..



26 March 2011

Relaks sekejap tanpa kit-kat.

salam hujung minggu

saya masih di sini.. menghabiskan cuti hujung minggu. hari ni agak relaks banyak. bukan sikit ye..


dapat merehatkan diri adalah satu perkara yang sangat berharga buat diri saya. apa tak nya. dapat tido awal dan bangun lambat sikit dari biasa. selalunya tido akan lambat macam pukul 3.30 pagi. pastu bangun awal dalam pukul 6 pagi.

nikmat! syukur!

alhamdulillah observation semalam mendapat komen yang positif. rasa berbaloi dengan usaha. harapnya untuk evaluation terakhir nanti akan dapat komen yang begitu juga. peningkatan dalam scale markah sedikit sebanyak memberi impak.

kata setengah orang,
"aku tak kisah sangat soal markah.. yang penting dapat habiskan."

ya.. mungkin begitu. tapi pada saya adakalanya markah memberi peneguhan positif buat individu tersebut. saya tidak mengharapkan untuk mendapat cemerlang. tetapi saya cuba dan berusaha untuk buat yang terbaik. paling penting, ianya berdasarkan kemampuan diri. Allah Maha Mendengar dan Tahu apa yang kita lakukan.

esok kena ke sekolah. mesyuarat PIBG. selaku pencatat... entah apa yang akan saya catatkan esok...

nota pendek si merah jambu:
errr... kenapa SAYA digunakan di sini..??
formal giler... =)

19 March 2011

Kisah Si Lesu di hari Sabtu

pagi sabtu.
rasa lesu.


esok ahad.
nak duduk rumah. melekat!

apa daya.
demi komitmen.
kena pulang juga besok ke tempat berkubang.
walaupun hati separuh rela.

oh! cuti.
satu minggu dirasakan sehari.
kerja banyak.
ke sana ke sini.
mencari itu mencari ini.
akhirnya persiapan masa depan di tangan, tak siap lagi.

menyesal kerana tak mengatur waktu dengan betul.
saya bukan perancang waktu yang hebat!

dush! dush!
untuk diri sendiri.....

nota pendek si merah jambu:
berusaha untuk menyiapkan kerja secepat mungkin.



17 March 2011

ap det...

agak lama tak meng'update' blog secara konsisten.
masa cuti baru la keluar cerita baru.
kalau tidak.. cerita lama je la.
bersawang... habuk sana sini.
mesti tebal kan?
hik! hik!

cemburu dengan orang yang selalu update..
pengurusan masa kan?
jadi..kena urus masa sebaik mungkin.
yeehaaa!

sepanjang tak update ni banyak benda yang berlaku.
perubahan demi perubahan.
suka duka. gembira nestapa.
ada yang memotivasikan diri.
ada yang meruntuhkan keyakinan diri.
semua ada.
cuma tak terluah di sini.

apapun berbalik kepada pegangan hidup.
pegangan asas agama.
sedikit sebanyak membantu diri untuk lebih berfikiran positif.
walaupun kadang-kadang tu terjunam juga.

emm... nak cuba juga update selalu.
chaiyok... chaiyok.
bukan apa.
takut skill menulis hilang begitu saja.
tengok la sekarang pun.
dah hilang sikit.
huhu....

doakan saya terus istiqamah update blog ye..




25 February 2011

Kembali ke pangkuan

alhamdulillah selamat tiba ke destinasi idaman hati. walaupun balik untuk 2 hari tapi sangat berbaloi rasanya. melepaskan tekanan di kepala.. tapi kerja tetap kena buat. oleh kerana hari isnin nanti akan ada 2 observation dari guru pembimbing.

sebenarnya rabu lepas baru ja kena observe untuk subjek major. tapi entah kenapa hari isnin ni akan ada lagi satu melibatkan kelas yang lemah. jarak waktu yang singkat. tapi kena la juga buat kan.. nak buat macam mana.

subjek minor pun akan ada observation. nur paling risau dengan subjek minor. takde skill sangat. tapi cuba juga demi tuntutan. harap-harapnya akan berjaya juga nanti.

letih...
perlukan rehat sepenuhnya untuk misi hari esok.


02 February 2011

Sukakanyie... Gandakannyie...

dentam dentum

kebaboommmmm!!!

meriah betul mlm ini.
kawasan kejiranan saya penuh warna-warni.
percikan bunga api
letusan mercun menghiasi dada langit
indahnya!


buatkan saya terus terjaga untuk menyiapkan kerja.
bagus.. dapat pahala korang ye.... ekekeke!

ingatkan balik ke rumah ada la idea untuk ditaip.
rupanya macam tu juga la.
moral of the story, jangan tangguh.
kalau tak, macam gini la jadinya.
ada cerita, update saja.
tak gitu kawan-kawan?

sepanjang cuti..
sesampainya di rumah, isnin sudah memulakan tugasan.
menukar roadtax pakwe tersayang si Phua Chu Xang.
bawa beliau ke doktor tirezone untuk di servis.
tapi sampai sekarang masih belum memandikannya.
aiyark!
pengotor betul tuan empunya ni ye..hehe!
okeh..esok akan cuci.

selasa pegi membeli barang untuk keperluan mak di rumah.
malam tadi berjaga untuk siapkan kerja.
alih-alih tidur saja disebabkan bengang.
pakwe no 3 buat hal
tu haa yg di atas tu.
entah kenapa tak boleh print apapun.
oh kenapa anda tidak mahu bekerjasama dengan saya pada waktu ini??
banyak document nak dicetak tau tak....


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


sod... ba... ro...
penutup cerita.



nota pendek si merah jambu:
makin kurang idea...


07 January 2011

Entri Di Malam Hari

perjalanan pulang berjalan lancar
tiba disambut suasana mendung
rintik hujan menitis
sejuk dan dingin
mencengkam segenap sendi




aroma kediaman menggamit rasa rindu
perasaan yang tidak dapat di mana-mana
pulang atas rasa inginkan ketenangan
pulang dengan adanya urusan tertinggal
tanpa rasa bersalah menyelubungi

home sweet home


06 January 2011

Isu Emosi

isu rumah masih lagi tiada jawapan. puas mencari. kebanyakan berbangsa lain. kalau tiada jalan, itu pun boleh juga. teman serumah di tempat berkubang telah pun jumpa. cuma saya dan teman seperjuangan belum lagi ketemu. aduhai.. sukarnya!

mahu mengalah??



seakan...
ditambah pula bila nama supervisor diketahui.

ouch! sangat garang!

cuba berfikiran positif untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan. hanya 6 purnama sahaja. selepas itu merdeka!!!

titisan airmata luruh di bulan pertama di tahun baru. ah! kata mahu kuat. apa ni??

positif... positif... positif...

menghadap kotak comel berinternet. merayau ke halaman demi halaman. pencarian masih lagi berjalan.

menunggu kotak comel memberikan jawapan..


ada sesiapa yang tahu di mana rumah sewa yang kosong di sekitar kampar? malim nawar? hubungi saya ya...

nota pendek si merah jambu:
oh!
rumah itu yang membawa maksud rumah yang selamat.
bukan di hadapan
tanah perkuburan ataupun dikelilingi "drug addicts".


05 January 2011

Aaa Choo...!


sejuk... hujan...
selsema pula
aktiviti mencari rumah sewa berhenti seketika
penat memandang ke kiri ke kanan
pening..!
macam mesin scanner
mencari bar code RUMAH UNTUK DISEWA
banyak rumah kosong tanpa ada apa-apa nota
baru sedar betapa pentingnya papan nota itu

jiran?
ada yang tidak mengetahui siapa jirannya
tidak tahu di mana jiran tinggal
apatah lagi nombor telefon

agaknya begitu kehidupan masa kini
jiran tetangga umpama orang asing
satu pengajaran buat diri dan teman-teman
budaya berjiran perlu disemai
bukan untuk ambil kisah
tapi ambil tahu apa yang kita perlu tahu


03 January 2011

Bermula

ketawa!


hari yang baik dan tenang.
kelas ada.. pelajar ada... tenaga pengajar tiada.
penat bertanya khabar.
letih ketawa ria.
lelah bila tahu semuanya dibatalkan.

ouch!
terdengar satu suara...
"baik aku balik pagi tadi.. kalau macam gini."
masing-masing diam.

itu cerita di hari pertama.
moga esok tidak lagi riuh rendah.
bagai ayam bertempik di dalam reban.


26 December 2010

Segalanya Mungkin

selamat pagi

cuti sekolah bakal berakhir
oh.. sedih! tak seronok!
perlu pulang ke tempat berkubang
kembali membelek buku, nota dan not muzik


muzik?
satu subjek yang tidak digemari
dengar boleh.. mengajar tak suka
tapi bakal mendampingi diri sepanjang 6 bulan ini
apa hikmahnya ya...

bercerita dengan seorang teman lama di facebook
telah berkahwin dan punya anak dua
diri kalah lagi..
haha!

nur: hang sihat?

dia: aku sihat walafiat. macam dulu. masih tetap handsome.

nur: haha! tolong la. perasan lebih!

dia: hakikat...

nur: piiiiiiiiiiirah!

dia: amboi dia.. serupa mami penang dok kata kita macam tu..

nur: sekali sekala. kata keja kat penang. aku tiru la..

dia: hang serupa macam dulu gak no..

nur: biasa.. aku tetap aku.. eheheh

dia: tercapai gak cita-cita hang kan.. dulu bukan main lagi. garang! sampai aku dengan Sier takut.

nur: test power..

dia: haha.. macam mana la leh jadi kawan baik dengan hang pun tak tau la.

nur: awat? lekeh sangat ka aku ni

dia: dak la.. hebat. haha! bila balik?

nur: cuti sekolah buka. maka balik la aku. nak cuti lagi

dia: boleh. nanti aku bagi. hang tidoq pastu mimpi aku jadi guru besar. boleh aku bagi cuti

nur: ces.. ada ka...

dia: hahaha!

nur: eh.. mana tau kan. satu hari nanti aku ajaq anak hang.

dia: aaaa.. anak aku masuk sekolah ja nanti aku tanya sapa nama cikgu yang mengajaq

nur: haha! amboi. tanam cita-cita awal nampak. anak baru 3 tahun

dia: eh perlu na. kot la pompuan aku nak ngorat dulu jadi cikgu dia. leh jumpa hang

nur: meh sini nak luku kepala.

dia: garang sampai la. ish ish...


oh..
dulu saya garang ye?
tak perasan pula....

mana tahu kan
bakal mengajar anak-anak ribena kawan persekolahan, seuniversiti...
bloggers?
haaa.. kebarangkalian ada.



(sumber)

nota pendek si merah jambu:
nama orang kotak tu danbo rupanya
ketinggalan sungguh!



20 December 2010

YeeHa...!

selamat hari isnin

MySpace


usaha untuk mendekorasikan blog ni.
tp gagal pula.
aduhai..

oh.. kisah semalam telah berlalu pergi.
harap tiada lagi kisah pengulangan.
saya sudah kembali seperti biasa.

MySpace


07 November 2010

selamat sampai di tempat menimba ilmu..
tempat yg jatuh apatah lagi dikenang..

erk..tetiba plak kan!

adeh.. cuti 5 hari pun rasa tak cukup..
bila cuti sekolah akan menjelma ni..??

please..please..please..

emm..nak citer pasal tadi..
perjalanan tadi agak mencabar dan memakan masa yg lama dari biasa.. huhu..

1. jalan sesak kat area batu kawan
ok... sy leh fhm keadaan ni. sbb ada jom heboh kat situ. so sesak pun boleh diterima walaupun kaki lenguh menukar gear.. yaa..saya pemandu kereta manual.. penat kan?

2. sesak kat area kuala kangsar sblm sg. perak.. then terus menuju ke arah terowong..
kat sini tak fhm.. sbbnya takde apa pun kat depan tu. tapi tah nape leh sesak...

adoyai..makcik tak faham ni nak oii..

awat jadi lagu tu. dah la terpaksa brek mengejut.

ooohh. peringatan! sy perlu menukar tayar belakang kerana tadi ada bunyi.. ternyata bunganya telah tiada.. tapi berani lagi bawa kereta kan mcm tu.. apatah lagi digelar drifter di kalangan kawan2 saya..

saya insaf sbb tadi beg laptop jatuh dari kusyen ke tmpt letak kaki... ampun lappy... jgn buat hal ye...

15 October 2010

Hidup semakin sibuk

salam

lama tak update di sini.
padat betul masa.
ni pun ada di rumah..
dpt juga berhujung minggu dgn blog sendiri
cian dgn blog ni..
tak dijaga, tak diurus..

kesiannya...

diri sendiri pun sama
tido tak tentu
siap mengigau..
hehe...

hidup... hidup

06 September 2010

Sembang Awal Pagi

ramadhan tahun ni rasa lain..

satunya awal puasa disambut bersama rakan2 serumah dan sekursus..
mana penah mcm ni selama ni. asyik berkepit dgn mak je kan.
biasala.. saya kan anak mak! haha..
pasti diketawakan oleh abg dan kakak saya kalau diaorg baca entry nih..
memandangkan saya la anak mak yg paling lewat ada pengalaman puasa di perantauan.
ok.. sila ketawa ye.

keduanya menu utk sahur pun lain.
dulu kalau dgn mak, pagi2 mesti makan nasi goreng mak buat.
walaupun simple dimple je tapi sedap!
tapi tahun ni bertukar selera.
dah balik sahur dgn mak pun sama juga.. takde nasi goreng. yg ada ini haa...



sedap! mak pun sama. mkn roti gardenia dia.
mak kata senang telan. cicah dgn air terus masuk mulut.
maklumlah... kami berdua tahun ni agak tak berselera nak mkn sahur..

see..
ada 'kimia' kan antara kami?? hehehe...

haa.. ni pula air wajib bagi saya tiap pagi.
cuma dok kat sana je minum nescafe.
konon nak ilangkan rasa ngantuk.. hehe!
wajib tayang. kan ke saya ahli dcl..
sape nak order brg dcl ckp ek.. ;)

sekian saje citer merepek saya pada subuh arini...



18 August 2010

Esok hari KHAMIS!

pastinya aku masih giat membilang hari walaupun arini terasa waktu tu lmbt berlalu. hati sudah tidak sabar lagi utk berada di kg. sedikit sebyk mcm lupa kerja yg bertimbun di dlm fail.

aduh!

ramai yg bertanya kenapa aku tak join kawan serumah berbuka semlm. majoritinya dari kelas mereka. aku tanpa segan silu ckp, "aku segan. aku malu la" lantas saja diketawakan. biarla... pemalu sgt ke aku ni? pendiam kan?


17 August 2010

Menghitung Hari


Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang


alhamdulillah..
dah seminggu kita berpuasa. arini berbuka sorang2. first time ever! teringat bonda di kg. kawan2 serumah berbuka dgn classmate diaorg. ni la nasib kalo housemate bkn satu kelas. nak pegi tapi mcm segan. jadi dok la rumah. mlm ni pula deme tu tgk wayang. nur ni tgk laptop je la. mengadap assignment yg bertimbun.

bkn anti sosial tapi mungkin masa yg tak sesuai. arini ada kelas olahraga walaupun hari puasa. deme takde.. jadi tahap keletihan sedikit sebanyak memberi kesan kpd diri ni.. kadang2 lebih selesa berada di rumah. entah kenapa. rasa malas nak kuar kalau takde hal yg penting.

emm....

esok dah hari rabu..
hari jumaat dah boleh pulang ke kg halaman. syoknya!


15 August 2010

Morning...!

salam di pagi ahad

pagi yg hening, nyaman.. buka saje pintu rumah akan nmpk deretan bukit.. rasa mcm tinggal di lingkungan bukit di ipoh ni. tiap kali lepas hujan, nmpk bukit dan kabus.. tah nape aku selalu kata... "tgk tu.. kinabalu..." dan terus dijadikan bahan lawak di dlm kereta.

sepanjang tinggal di sini.. byk tempat yg aku tak pegi lagi. yg aku tahu jusco, ipoh parade, stesen bas... yg lain emm zero. ada ikut kawan, tapi masih tak igt jalan nak pegi ke sana ke sini.

sahur pagi tadi lmbt lagi, 5:15 tersedar. itupun mimpi laptop jatuh dari meja.. kalo tak mimpi tu..sah la burn saja sahur pagi ni. alarm handphone pun tak dgr. letih sgt kot.. di rumah tinggal kami berdua... dan tiap2 jam asyik menghitung waktu utk pulang ke kg halaman minggu depan. beshnyer dpt balik berpuasa di sana.... leh kata juga, ini pertama kali menyambut awal puasa jauh dari kaum keluarga. konon2 independent la kan.. hikhik! hari pertama bgn sahur.. kanak2 ribena sibuk call, msg... kononnya nak kejutkan teacher diaorg ni.. hehe.. lawak tapi sangat menyentuh hati. hari2 pasti ada msg dari diaorg. tak kira la sms ataupun di fb. terasa diri ini disayangi mereka.



11 June 2010

KiNi MeReHaTkaN DiRi | MuNCuL

salam...

masih adakah pembaca yg singgah di sini? 

perjalanan kehidupan menuntut utk mengorbankan sesuatu yg disukai.. 
yg digemari.. 
yg menjadi rutin... 
hinggakan pada satu ketika
aku rasa sudah tiada nafsu utk berblogging. 

apa aku harus menutup akaun ini? 

terima kasih tedi... dikau masih mengingatiku. 
terima kasih hans.. tak lupa memberitahu tentang cerita di blog kamu di sini.. 

idea kering. kadangkala pusing memikirkan. ahh..merepek sudah!

ingin sekali menjadi tedi.. seringkali update..
ingin juga menjadi hans... ada saja cerita. aku masih berhutang sesuatu dgn kamu. akan ku langsaikan nanti.
ingin sgt menjadi zara... aksara membuai jiwa

idea di minda terasa sendat!

oh.. officially arini baru aku bercuti dgn erti kata sebenarnya.
merehatkan diri di ceruk kota.

mungkin ini percubaan utk kembali beraksi
di pentas sendiri tanpa hadirin
otak sarat dgn cerita utk dikongsi
cuba utk diluahkan di sini

aku cuba...
eden toraii...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa