Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

25 October 2011

Tears...Tears Go Away



2 hari berjaya mencabar diri sendiri untuk tidak menangis.
haih!
dah berapa gelen air dibazirkan begitu saja.
kena terima realiti.
kan?
cuba untuk terus kuat dan kuat.

kini saya mula untuk senyum.
mula menguatkan hati dengan membelek segala borang yang ada.
kembali berdiskusi bersama kawan seangkatan di group fb.




21 August 2011

Monolog bersama Dia Yang Maha Mengetahui



Ya Allah
redhakan aku menerima takdir Mu
tenangkan hati ku melalui rasa ini
kuatkan semangatku dalam menempuh ujian dari Mu

aku hamba Mu yang lemah
bergantung harapan jua segalanya pada Mu
bantulah aku kerna ku tahu Kau menyayangiku...


30 July 2011

Sebuah Kisah Bukan Dongeng





malam ini..
tiba-tiba orang itu teringat kisah lama bila dengar lagu ini di tv3 petang tadi. lepas maghrib terus menyelak helaian-helaian kisah yang perit di dalam blog kesayangan ini. episod berdarah; itu kategori untuk kisah itu.

masa mengubat segalanya. belas ehsan Allah s.w.t pada hambaNya yang lemah tatkala itu membuatkan orang itu berdiri dengan yakin sekarang. melepasi tembok-tembok halangan dalam merawat hati dulu banyak memberi pengajaran. perit memang perit. pedih memang pedih. ada luka yang mana ia nya berdarah tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar. betapa dulu orang itu rasa dia takkan berdiri seperti mana sekarang, takkan mengecap kebahagiaan seperti mana sekarang. minda takkan pernah melupakan apa yang pernah terjadi. ia seperti sebuah sejarah.

ya. sebuah sejarah yang takkan mungkin dilupakan walaupun tidak direkod di Arkib Negara mahupun di dalam mana-mana cetakan sejarah. itu pasti disimpan kemas. dengan pengajaran yang dulu pastinya kita akan cuba sedaya upaya mengelak dari ia berlaku lagi. lebih menghargai apa jua yang ada sekarang. oleh sebab itu, sebolehnya orang itu tidak mahu kisah yang dialaminya dilalui oleh insan-insan yang berada di sekelilingnya.

ada orang lain kata pada orang itu, "tak sia-sia kau derita dulu."... lantas disampuk kawan kepada orang itu, "itu dugaan. aku bangga kau bangkit dan berdiri teguh."

ada juga yang menyampaikan kata, "dia bahagia di sana. aku harap kau lebih bahagia. itu doa aku."


alhamdulillah...
Allah itu tidak zalim. Allah Maha Adil. biar apapun keadaannya, orang itu bahagia sekarang. biarlah apa yang terjadi kepada individu itu.. tidak mahu orang itu ambil peduli. cukuplah atas segalanya. biarlah Allah yang membalasnya kerana Dia Maha Mengetahui. lafaz maaf sudah dilisankan...

orang itu sedang mencorak bahagia dalam membina sebuah rumahtangga yang diidamkan bersama si dia tercinta. alhamdulillah, si dia menerima orang itu seadanya. harapnya ia akan berterusan hingga ke nafas yang terakhir. kisah baru ini bukanlah sebuah kisah dongeng. ia ada dan wujud. perlu dicari. kepada Dia, dimohon segala yang baik-baik dalam meneruskan perjalanan di dalam dunia nyata.

pada orang lain yang membaca kisah ini di luar sana, kebahagiaan itu ada. cari dan corakkan ia menjadi seperti yang anda idamkan. episod sedih dan dukalara tidak akan berpanjangan. ia ada penyudahnya jika kita mahu bangkit dan meletakkan diri kita di tempat yang kita mahu. kejarlah kebahagiaan dengan Allah s.w.t di sisi.



21 May 2011

SeMaKiN haMPir

ipoh..
bakal ku tinggalkan dalam masa beberapa hari lagi. satu kenangan suka dan duka di sini bersama teman-teman. banyak yang dipelajari di sini. ada dari dalam buku.. ada yang tidak terdapat pada mana-mana buku di dunia. kursus ini betul-betul menduga diri. walaupun singkat tapi padat!

profession ini..
saya makin mengenali kerjaya ini. saya memang cintakan kerjaya ini.. hanya itu yang saya dapat lakukan. saya gembira bila bersama kanak-kanak ribena. bersama mereka, seolah terapi buat diri. semuanya hilang memandang muka dan ketika melayan kerenah mereka.

setahun...
kehidupan agak berubah bila menyertai kursus ini. blog pun terabai. sepanjang tu juga la tak update perkembangan diri.

ya..
sebenarnya saya sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan. selepas kejadian dulu, akhirnya saya menerima hakikat yang saya telah memberikan hati ini kepada seseorang.




kata seorang kawan, "hang survive lepas apa yang jadi dulu. dari segi life dan kerjaya. akhirnya hang dapat apa yang hang nak. tengok.. betul tak, apa yang aku kata dulu.. selepas hujan pastinya ada pelangi.."

alhamdulillah..
berkat doa semua dan kata-kata semangat. akhirnya saya mampu untuk harungi semua ni. akan datang... belum tahu kan? pastinya ujian dan dugaan makin mencabar. doakan kebahagiaan saya, kawan-kawan...


30 November 2010

biarkan ia pergi dan terus pergi

jauh sejauh jauhnya.

cukup 2 tahun episod berdarah itu berlaku.

alhamdulillah, dgn izinNya dan berkat doa kaum keluarga dan sahabat..aku berjaya bangkit dari peristiwa itu.. alhamdulillah syukur ku panjatkan.

ya..

Allah mempunyai rancanganNya sendiri yg lebih baik buat kita. mungkin waktu dulu masa kita sedih, tak terfikir semua ni. tapi lambat laun kita nampak hikmahnya di mana. jika diingat pada waktu itu, aku sendiri tak percaya manusia yg menangis itu aku.! lemah dan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan pada waktu tersebut. malunya..!! teruknya!! tak kuat langsung. tapi akhirnya aku jumpa juga kekuatan tu..

masa menentukan segala dan dgn masa juga yg telah diberikan olehNya membolehkan aku mengenal diri aku sendiri, cari ketenangan, mencabar diri sendiri dan mengejar impian yg ada di hati.

dah 2 tahun..
sekejap je kan?


17 May 2010

Maafkan ku kawan


aku penah jadi kawan kamu
aku penah ketawa dengan kamu
aku penah mendengar cerita kamu
aku penah menegur, menasihati kamu
aku pernah bertukar pendapat dengan kamu


ya, itu dulu
segalanya runtuh kerana emosi
ranap kerana satu prinsip diri

itu yg aku lakukan
aku tahu itu salah kawan

biar kini bukan lagi seperti dulu
engkau, aku tetap anggap kawan
apa jua kau ceritakan dulu
akan ku diamkan dan simpan

janji tetap janji
ku bawa hingga mati

aku bukan kawan terbaik buat kamu

02 April 2010

fullstop. end. finish.



penipuan besar besaran
satu malaya
ops.. pada satu keluarga
dari satu petunjuk ke satu petunjuk

aku biarkan saja telefon berkelip kelip
bagai kunang-kunang terbang waktu malam
titik.

esok ada bola baling..
jom ke sekolah!!



12 March 2010

Robek Ditampal, Luka Dibalut, Ku Teruskan...

telah tertulis aku harus lebih bertahan mengharungi hari. kata iparku... diuji kerana itu tanda sayangNya. ayat tersebut buatkan aku terfikir bahawa aku tak lepas dari pandanganNya. Alhamdulillah... cuma aku tewas. bukan kali ni. tapi selalu... malunya pada org lain, apatah lagi pada diri sendiri.

tahniah pada fruitson dan fruitdaughter atas keputusan cemerlang yg kalian berdua terima semalam. betapa laluan utk jalan kegemilangan amat cerah, luas dan berpandu. betapa beruntungnya kalian jika dibandingkan dgn org yg menulis ni. pastinya jika tragedi dahulu tidak berlaku, pasti aku juga boleh berbangga dgn diriku. mungkin keputusan seindah kalian. tapi aku tetap bangga. pengalaman ku perolehi.

mengejar segulung ijazah dgn apa yg ku terima bukanlah perkara yg mudah. walaupun ia berada di genggaman, biarpun paras ijazahku lepas... jalan utk kunci kegemilangan masih samar. mereka tetap memandang apa yg jelek di sijil ku. aku kena bertahan lagi.


[penghargaan]


[terjemahan: Bacaan ketika duduk di antara dua sujud]

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku, kayakan daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



nota pendek si merah jambu:
terima kasih...



13 December 2009

Shhh... PERGI MAIN JAUH JAUH


irama wilayah merah jambu
Smiley Face Pictures, Images and Photos



kini kenapa dicari... hentikan!
usah ganggu, usah ambil tahu
ku doakan kamu bahagia
bersama dia bersama keluarga

maaf?
belum lagi terucap di bibir
kata keramat terlalu berharga
biar ku ikhlas utk memaafkan

november lepas
kamu beri bunga taik ayam
november kini
bertukar jadi bunga mawar putih

terima kasih atas pengalaman
hikmah telah terlihat
aku bahagia kini
dgn kehidupan yg ku jalani

nota pendek si merah jambu:
nak gi tesco.. teman kakak
beli pembasmi nyamuk...

30 October 2009

KENAPA PERLU.....

hujan lebat di luar
sederas airmata yg jatuh
dah ku pujuk hati utk bangun
jgn putus asa
tapi kenapa masih lagi perlu aku menangis??


28 September 2009

CERITA DI MLM HARI

keje ada yg perlu dibuat tapi hilang fokus.
2 perkara berlegar dlm kepala.

soal rezeki, bkn kita tentukan. kena sabar. tapi tak mudah utk sabar. diaju dgn pelbagai persoalan, utk menguji sejauh mana kesabaran yg ada. diasak dgn perkara yg sama, pada setiap hari, mudah utk rasa tertekan.

saya perlu utk menyambung apa yg telah tamat. tapi sesuaikah masanya skrg..? persoalan lagi...

haa.. jgn fikir yg bukan2..
saya bercerita soal keje dan sambung belajar

notakakidantangan:
entry lepas.
terjumpa doa tu, nur rasa lebih elok dikongsi di sini.
nur tak jatuh hati dgn sape pun lagi buat masa ni..
tersengih nur baca komen dari kawan2..

16 September 2009

KATA LA APA SAJA, SAYA TERIMA

terima kiriman sms...

di bulan yg berkat ini ingin mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan atas segala kekhilafan diri ini. sesungguhnya segala kelemahan dan keburukan itu datangnya dari diri yg hina ini dan kebaikan pula adalah datang dariNya. segala salah dan silap harap dimaafkan. semoga di aidilfitri yg mulia ini kita semua akan beroleh keberkatan dariNya. insyaAllah!

setelah diamati nombor tersebut, baru la dpt kesan pengirimnya..

lantas jari terlalu pantas menekan..

tiada ucapan maaf diterima atau lafaz memaafkan buat masa ini. ini bukan masanya lagi.

emosi kah saya?
ego kah saya?
pendendam kah saya?

saya tahu maaf memaafi adalah satu perkara yg mulia... tambahan pula menjelang tibanya lebaran. tapi personally, saya tak dpt utk melafazkan kata itu. lafaz yg tersekat. saya bkn seorang perempuan yg hatinya mudah utk diperkotak-katikkan. jgn disangka hati yg lembut akan terus lembut sepanjang masa. susah utk buat diri ini merasa tercabar dan sekali rasa sebegitu... beginilah jadinya..

saya tahu saya jahat...
sedangkan Nabi ampunkan umatnya..
apatah lagi saya, yg tiada kuasa apa2..

tapi....

saya ada hak utk hati saya...
biarpun saya mula utk bangkit dari peristiwa itu...

saya perlukan masa utk ikhlas memaafkan...

notakakidantangan:
saya tak mampu utk jadi seperti bro mamai..
menerima ucapan maaf dan memaafkan.
bro, saya memang salute.
bro memang baik hati.

12 September 2009

TERINGIN

rasa teringin...
rasa terdetik di hati ingin ke sana...

pertama kali rasa hati bagai didetik, rasa tergamam tatkala melihat photo aini and suaminya, akhi amin di facebook ketika mereka mengerjakan umrah. terpandang satu gamba aini berlatarbelakangkan kaabah. hati rasa sayu... terasa mahu ke sana.

tadi menonton citer Nur Kasih. nmpk lagi keadaan itu. biarpun tak tunjuk kaabah tapi tunjuk suasana kat sana.. rasa teringin lagi.

sebelum ini tak penah rasa mcm ni. biarpun nur penah menjejakkan kaki ke sana ketika berumur 12 tahun. kira2 selepas upsr, tapi pada ketika itu, nur ni hanya kanak2 ribena yg tak matang biarpun bonda kata nur dah kerjakan umrah wajib.

serius... sblm ni nur selalu tertanya-tanya bila nur dgr/atau baca org kata dia rindu sangat nak ke sana, rindu keadaan di sana.. bagaimana rasanya ek? tapi nur tak rasa mcm tu. baru kali ni tau mcm mana rasa tu.

perlu menabung, perlu menambah baik diri yg jahat serta jahil ini, perbaiki sikap serta upgrade amalan sblm ke sana.. mudah-mudahan dipermudahkan....


24 August 2009

BICARA CINTA


cinta itu memberi dan menerima
jua cinta itu punya risiko
jika berani menghampirinya
maka berani la menerima apa jua kemungkinan

jika tulus hati
lahir cinta yg suci murni
jika sebaliknya
terkubur segala harapan indah

ku idamkan cinta yg sebenar-benarnya
memberi dgn ikhlas
menerima tanpa disakiti

tercoret pada 23 ogos 2009
pada jam 4:59 pm

notakakidantangan:
asalnya hanya coretan kata di blog anaklaut.
sekadar luahan hati atas apa yg dirasa.
maaf, jika nur mendefinisi sebegini rupa.
cinta itu universal
cinta itu subjektif
alangkah indah
jika cinta sesama manusia bersulamkan keimanan, keikhlasan, ketulusan, kejujuran ..
sama2 kita mencarinya
moga ketemu di hujung pencarian ini

07 August 2009

CEBISAN DARI BINGKISAN ITU

cebisan dari entry BERUBAH

notakakidantangan:
nur terkilan akan sesuatu.. mungkin benar kata seorg teman melalui perbualan telefon,"belum rezeki lagi walaupun peluang ada di depan mata.."

♥ ♥ ♥ rasa terkilan itu timbul lantaran mengetahui coursemate menjalani program itu. bkn niat dengki atau iri hati. tidak timbul langsung di benak nur utk rasa sebegitu. sumpah! nur gembira dgn pencapaian dirinya. jalan yg dia lalui seperti mana nur lalui. penuh cubaan. tapi... nur terkilan dgn diri sendiri. nur menyalahkan diri. ya... pertanyaan demi pertanyaan timbul di minda.. bukankah kalo mengikut syarat yg terpampang di laman web itu, nur dan kawan2 satu course tak layak utk memohon? ah nur... lain kali kau mesti mencuba biarpun dikatakan tidak layak.. dapat atau tidak, itu lain cerita. pengajaran buat diri saya. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry MONOLOG 1

notakakidantangan:
apakah ini pelangi yg dinanti-nanti?
kalau pun ia bukan pelangi, apakah ia secebis sinar?

♥ ♥ ♥ isnin tanggal 3 Ogos 2008. tarikh yg buat nur rasa gembira. panggilan dari kakak buatkan nur rasa sihat walaupun pada hari tersebut nur MC. sinar yg dinanti menjelma sudah. peluang yg ada buatkan nur kembali bersemangat utk terus mencuba demi merealisasikan cita2 sedari kecil. saya rela lakukan apa saja... (rela lakukan perkara yg baik2 saja.) jalan yg dilalui selama ini tidaklah seindah yg disangka, tidaklah lurus. penuh bengkang-bengkok, penuh laluan berliku.. tidak dpt dihitung berapa titisan airmata, berapa kilo nasihat dan semangat yg diberikan bonda. nur, bonda dan kakak gembira dgn perkhabaran itu. abang2? mereka tidak mengetahui pada masa itu dan juga kini. ya.. nur tidak memberitahu mereka lagi. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry MONOLOG 2

notakakidantangan:
keputusan telah dibuat
juga telah dikhabarkan
tapi hati rasa berat
aduhai.. kenapa ini yg aku rasakan..

♥ ♥ ♥ keputusan telah dibuat juga telah dikhabarkan

lantaran perkhabaran gembira itu, nur tekad buat keputusan setelah berbincang dgn bonda dan kakak. abg2? mereka belum tahu. hajat di hati nak buat kejutan pada mereka setelah apa yg dirancang berjalan lancar. keputusan dan notis telah dibuat dan diberitahu kepada mereka yg berkuasa. disoal dgn satu persoalan, "dah confirm?" jawab nur, "dah". ada nada tidak berapa yakin di situ. lantas mereka yg berkuasa berkata, "berada la di sini lagi." jawab nur, "saya takut menyusahkan pihak tuan."

tapi hati rasa berat. aduhai.. kenapa ini yg aku rasakan..

tidak dinafikan hati nur terasa berat sekali. seolah ada yg tidak kena. apatah lagi memandang wajah2 itu buatkan hati tidak mampu utk menyatakan keputusan ini pada mereka bila tiba masanya nanti. terasa lemah.. ternyata, kasih dan sayang ini telah tertumpah pada wajah2 itu. jika sehari tiada di depan mata mereka, sudah dicari dan diterpa berbagai soalan apatah lagi jika tiada berhari-hari. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry SAYA PUTUS ASA

kawan2...
sy rasa putus asa....!!

♥ ♥ ♥ perkhabaran yg diterima dari kakak buatkan nur terasa mahu terjelepuk jatuh. rasa gelap dunia. pelangi dan sinar yg menyinari lenyap. hilang dlm sekelip mata. 'apa yg patut aku lakukan', itu persoalan yg berlegar-legar di minda. 'salah perkiraan aku ni. apa tindakan yg aku patut buat?' soalan yg berterbangan di ruang minda.

ya.. saya nyaris kehilangan kerja. itu yg buatkan nur amat tertekan. bkn seperti yg disangkakan. entry terkilan dan sewaktu dgnnya BKN berkaitan dgn CINTA. hati perempuan yg lembut ini lemah tatkala bila diuji dgn perkara yg melibatkan masa depan. dek kerana ghairah ingin merealisasikan impian bergelar guru, nur nyaris melepaskan apa yg digenggam dan mengejar yg belum pasti jadi. pengajaran buat diri saya.

pasti ramai tertanya-tanya.. nur bkn guru ke? nur adalah seorang guru. tetapi guru di sekolah swasta. bkn di sekolah kebangsaan. maafkan nur kerna tidak jelaskan di sini. ya.. kenapa nur mengejar yg tak pasti itu? sebab nak jadikan impian menjadi guru yg sebenar-benarnya menjadi kenyataan. impian sedari kecil. walaupun mempunyai ijazah pendidikan, jalan utk ke situ masih belum kelihatan. saya sedang berusaha utk mencapai target saya. yeke berusaha? ah nur.. jika org lain mudah utk kau memberi semangat. tapi diri sendiri kau tak mampu beri.. malunya saya pada kamu semua...

alhamdulillah, mereka yg berkuasa memberikan peluang. ah malunya saya bila berhadapan dgn mereka ahad ini. i owe u wahai mereka yg berkuasa. thanks for giving me this chance....

Allah masih bersama saya dan kita semua... ♥ ♥ ♥



dedikasi buat bonda..
jatuh bangun nur bonda ada bersama. bonda, nur akan kuat seperti yg bonda mahukan.

dedikasi buat kakak..
nur tahu kakak pasti baca entry ni. sbb kakak mengikuti perkembangan blog nur. maafkan nur jika nur emosi semalam. sumpah! nur tidak menyalahkan kakak atas apa yg terjadi. kesedihan yg dirasa disebabkan nur kecewa bila apa yg ditarget tidak kena pada sasaran. saya malu kakak... adikmu ini sudah berusia 26 tahun tapi kehidupan masih tidak terjamin.

kakak... nur bangga mempunyai kakak seperti kakak.... i love u so much!
inilah kata yg tak mampu nur luahkan di depan kakak.

dedikasi buat abg2..
nur tak pasti samada abg2 menjengah ke blog nur ini. apapun, ingin sekali nur nyatakan nur bertuah mempunyai abg2 seperti kamu... pastinya ciri2 suami impian nur ada pada kamu. kerna nur rasa kakak2 ipar sgt bertuah memiliki kamu.. kagumnya, bertuahnya dan bersyukurnya saya ada abg2 sebegini.

dedikasi buat pembaca..
maaf, saya hidangkan kamu semua dgn cerita sedih ini. ambil lah pengajaran dari kisah saya.. apa yg baik jadikan tauladan apa yg tak baik itu jadikan sempadan.



kenapa nama NuR....
seperti maksudnya ialah cahaya, diri ini mengharapkan sinar cahaya yg akan sentiasa menerangi hidup.

kenapa CeRiTa DaRi HaTi NuR...
kerna saya bercerita dari hati.. kerna saya bercerita apa yg terjadi... kerna saya ingin berkongsi apa yg saya lalui...

MENDUNG YG KELABU


pagi ni sejuk. awan mendung. hujan turun tak henti. adakala lebat adakala renyai. dikejutkan dgn suara bonda di luar bilik.. "solat subuh dik." terjaga dari lena. hilang mimpi indah itu. kembali ke alam nyata. hati kembali sedih... hati menjadi mendung. memikirkan jalan penyelesaian. memikirkan tindakan yg perlu dibuat.

selesai solat, airmata kembali menitis...
buka blog utk meluahkan rasa... tapi rasa itu tersekat. tak dpt dihamburkan. membaca comment2 yg diberikan dan juga kiriman email dari kawan2 blogger. 'Ya Allah, hambaMu bersyukur atas nikmat silaturrahim yg Kau berikan.' terima kasih kawan2 atas nasihat, sokongan dan semangat. walau tak pernah bersua, namun terasa jalinan ukhuwah ini dekat biarpun jarak antara kita amat jauh..

bersiap utk ke kelas. renungan bonda mengiringi pemergian. 'Ya Allah, hentikan lah tangisan ini..' airmata kian laju menitis biarpun masa memandu. jam menunjukkan 8:35 am. telefon berbunyi. ada kiriman msg. dlm memandu tu sempat nur buka dan baca. tekan butang reply msg pada nombor kakak. aduh...lambat arini. paddle speed ditekan kuat. seakan ada suara yg berbisik, 'kau harus kuat Nur. anak2 didikmu menanti. tak kan kau nak mereka menjamah wajahmu yg mendung itu?'

nur lupa akan mereka...
'lemahnya aku ini Ya Allah. dgn sedikit ujian berat ini, aku seakan mengalah. aku goyah...nyaris aku rebah. mudahnya bagiku menyerah pada dugaan.'

masuk ke kelas, kelihatan hanya sebilangan yg hadir. mungkin disebabkan hujan. selesai membaca doa, nur nampak ada lagi kanak2 ribena yg hadir. Alhamdulillah, mereka kuatkan hati utk datang ke kelas biarpun hujan lebat. 'Ya Allah, jika mereka yg kecil ini kuat hati utk datang ke kelas biarpun hujan lebat, apakah aku yg dewasa ini mempunyai hati yg kecil tatkala menerima takdirMu? malunya aku Ya Allah...'

memanggil seorang dari kanak2 ribena utk mendengar apa yg telah dihafalnya..
lantas nur ditegur dgn satu soalan...

syukrina: teacher, nape mata teacher mcm bengkak?

nur terkejut. mereka perasan rupanya. puas nur tempek bedak pagi tadi. ah...gagal! kesannya jelas...

nur: teacher tak tido semalam. buat keje. tu yg bengkak.

ah..saya cikgu yg menipu!
disapa dgn satu lagi soalan..

syukrina: teacher kan dah keje. arini cuti pun kena buat keje sampai mlm jugak? ish.. saya tak mau besar la teacher. nanti keje byk saya tak boleh tido. nanti saya tak boleh membesar..

petahnya... 'kau masih terlalu kecil utk memahami wahai kanak2 ribena yg cumel..'


notakakidantangan:
maaf nur tak reply comment kawan2. nanti nur balas, insyaAllah.

06 August 2009

SAYA PUTUS ASA


rasa putus asa waktu ni
nur tahu tangisan ni takkan bawa erti yg besar
tapi.....

emm...



nur tak salahkan sesiapa
tapi salahkan diri sendiri
kerna mudah utk buat keputusan

kawan2...
sy rasa putus asa....!!


p/s: entry monolog 1 n 2 bkn berkaitan dgn cinta... entry ini pun. maafkan sy.. empangan hati sy pecah mlm ni

MONOLOG 2

lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan
simpan, jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar
simpan buat pedoman



notakakidantangan:
keputusan telah dibuat
juga telah dikhabarkan
tapi hati rasa berat
aduhai.. kenapa ini yg aku rasakan..



05 August 2009

MONOLOG 1

tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan.
tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan
tanpa menyemai benih-benih kesabaran.
serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan
jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.



notakakidantangan:
apakah ini pelangi yg dinanti-nanti?
kalau pun ia bukan pelangi, apakah ia secebis sinar?


27 July 2009

PANTUN DUA KERAT

pagi-pagi makan roti
arini rasa sgt sakit hati

jalan-jalan tersepak batu
saya tak suka tgk org itu

makan roti dengan kaya
kenapa dia 'ambik berat' sgt pasal saya?

warna kuning tanda bersedia
saya tak kisah apapun hal dia

proton saga kereta nasional
sangat-sangat tak professional

pegi pasar beli ikan pari
adalah cukup baik bagi saya untuk mendiamkan diri

huhu.. bercakap pun hanya sekali sepanjang 7 bln mengajar. adakah dia rasa tergugat dgn kehadiran sy?? emm.. hanya menenangkan hati dgn berfikir sebegitu.. ahh... nur! mereka amat mengambil berat akan diri kamu. sbb tu mereka selalu mempersoalkan tentang kedudukan kamu di situ dan dia la org itu. cukupla.. dari body languange nya pun saya dah tahu. EQ saya amat tinggi rupanya... bkn bersangka buruk.. tapi kalo berkali-kali kita akan nmpk/dgr benda yg sama, apa yg ada di minda anda?

kenapa nur tak dpt opsyen subjek nur sendiri?
kenapa dpt subjek lain?
nur tak bagus, sebab itu dpt subjek lain..
tesl kita tu taknak pegi mana2 ke?

wahai kawan, sebegitu rupa kamu menilai diri saya tanpa mengenali siapa saya sebenarnya! itu bukan urusan saya.. tanya la pihak sekolah! kamu kan org yg sgt baik dgn org besar sekolah! dan menunjukkan seolah kamu mempertikaikan akan takdir dan rezeki yg Allah kurniakan. mungkin ini adalah masa utk saya test power mengajar subjek yg bkn opsyen saya... nur fikir positive ni!





anak mak semah belajar di kolej ikip

itu hanya sekadar gosip

mael yg bulat rupanya anak pak setapa
jika ada urusan mengenai kerja, baru kami bertegur sapa

wahai kakak2 ku... sesungguhnya adik mu ini tidak ada apa pun hubungan khusus dgn guru yg tak baru lagi tu.. cukup2 la sindir tu.. cukup2 la mempersoalkan kenapa sy masih sendiri. sesungguhnya sy amat tak kisah jika kamu wahai kakak2 ku nak mengumpat/mengata guru yg tak baru lagi tu. dosa kamu tanggunglah sendiri. itu hanya gosip kanak2 ribena... pada kanak2 ribena ini kalo umur sebaya maknanya boleh kawin. huhu... sgt naif!


notakakidantangan:
mood utk berpantun.. nur cuba lepaskan segalanya di sini agar ia menjadi satu terapi buat diri kerna projek empangan akan dibesarkan dlm masa terdekat....

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa