Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

10 August 2011

Saya Kembali Sihat!

alhamdulillah...
demam dah hilang... tekak dah sembuh. penyebab utama demam itu adalah sakit tekak yg teramat sakit sangat. tak penah lagi rasa sakit tekak sampai macam tu sekali. mungkin kerana cuaca panas dan tambahan pula air kurang, memungkinkan tekak jadi sampai macam tu. sakit tekak ni kalau tak dirawat cepat boleh mengundang bahaya juga. macam jumaat malam tu, tiap-tiap jam bangun minum air. tidur pun jadi tak menentu. nak telan air liur pun rasa sangat bersalah pada diri sebabnya menahan sakit teramat sangat. apatah lagi semasa solat, sujud misalnya terasa sakit dan berat saja tekak ni. pagi sabtu tu, masa nak ambil whuduk, ludah je tengok kahak ada darah. huhu.... tersentap dan senyap saya kat situ. lepas solat terus nangis kat suami nak pergi klinik..

terus teringat kat mak..huuuuuu!


itu kisah beberapa hari lepas..
arini terasa nikmatnya bila dapat telan air liur tanpa rasa sakit.. tanpa perlu mengerutkan dahi. selera makan pun kembali normal. nikmatnya bila dah sihat... perlu mensyukuri tiap detik yang ada. kembali memasak seperti biasa. maklumlah itu la keje saya setakat ni. menu arini nasi goreng cina ala nur, sambal tumis udang dan sayur goreng buncis....


em..dah nak berbuka ni... selamat berbuka kawan-kawan!


05 August 2011

Ramadan ini mengujiku...

salam ramadan.

3 hari lemah akibat demam, sakit tekak dan kurang selera makan. rasa sangat tidak selesa waktu sakit ni. teringat masa ada selera makan dulu. rasa nikmatnya. tengok orang makan rasa nak juga. tapi bila masuk ke mulut terus tak jadi.

tiap waktu solat berdoa, Allah sembuhkan demam dan kuatkan diri. nak beribadah pun tidak sesempurna mana. rasa rugi pula. apa taknya, selepas je ambil wudhuk pasti badan menggigil. lepas solat mesti berbungkus dengan selimut.

harap esok tidak lagi rasa begini. amin Ya Rabb.



02 August 2011

Ramadhan masih bersamaku

alhamdulillah.. bertemu lagi dengan ramadhan al-mubarak.
belum lambat lagi rasanya utk mengucapkan kepada semua pembaca Selamat Berpuasa.

ramadhan kali ni memang berlainan.
dulu dengan mak sekarang dengan suami.
tinggal pun bukan di daerah sendiri.
rasa lain.
harapnya dapat terus menyesuaikan diri.
keadaan kesihatan pun tak berapa mengizinkan.
demam pula arini.
tekak rasa perit sangat.

dulu aktif, ke sana ke mari.
sekarang ni jadi surirumah.
kat rumah je la.
isu posting entah bila akan terjawab.
hanya berdoa dapat tempat yang berdekatan dan cepat.

ada orang kata..
manfaatkan dengan masa yang ada.
yelah, dah free sangat kan..
tapi kadang-kadang tu sampai tak tahu nak buat apa.
payah juga kan? hehe....


oklah... setakat ni dulu.
bertemu lagi di entri akan datang.



15 August 2010

Morning...!

salam di pagi ahad

pagi yg hening, nyaman.. buka saje pintu rumah akan nmpk deretan bukit.. rasa mcm tinggal di lingkungan bukit di ipoh ni. tiap kali lepas hujan, nmpk bukit dan kabus.. tah nape aku selalu kata... "tgk tu.. kinabalu..." dan terus dijadikan bahan lawak di dlm kereta.

sepanjang tinggal di sini.. byk tempat yg aku tak pegi lagi. yg aku tahu jusco, ipoh parade, stesen bas... yg lain emm zero. ada ikut kawan, tapi masih tak igt jalan nak pegi ke sana ke sini.

sahur pagi tadi lmbt lagi, 5:15 tersedar. itupun mimpi laptop jatuh dari meja.. kalo tak mimpi tu..sah la burn saja sahur pagi ni. alarm handphone pun tak dgr. letih sgt kot.. di rumah tinggal kami berdua... dan tiap2 jam asyik menghitung waktu utk pulang ke kg halaman minggu depan. beshnyer dpt balik berpuasa di sana.... leh kata juga, ini pertama kali menyambut awal puasa jauh dari kaum keluarga. konon2 independent la kan.. hikhik! hari pertama bgn sahur.. kanak2 ribena sibuk call, msg... kononnya nak kejutkan teacher diaorg ni.. hehe.. lawak tapi sangat menyentuh hati. hari2 pasti ada msg dari diaorg. tak kira la sms ataupun di fb. terasa diri ini disayangi mereka.



14 August 2010

Salam Ramadhan

salam...

baru berpeluang menjengah ke sini. kejap je rasa masa ni berlalu. dah masuk bulan ramadhan. kejap je dah 7 minggu berada di lokasi ini. alhamdulillah, terasa diri sudah dpt menyesuaikan dgn keadaan di sekeliling bersama org2 di sini. dugaan dan ujian yg tak berhenti.. alhamdulillah dpt diselesaikan satu persatu. cuma, keyakinan dan motivasi diri kadangkala agak goyah. entah kenapa, keyakinan yg dulunya melonjak ke paras yg tinggi menjunam di sini.

minggu depan, bakal pulang ke kampung halaman sehinggalah selepas raya.. beruntungnya dpt peluang berpuasa bersama bonda tercinta... aku rindukan masakan bonda terutamanya nasi goreng yg dimakan waktu sahur... alkisah sahur pada hari pertama, airmata bergenang. sama juga dgn rakan serumah yg lain... puas memujuk hati sendiri dan housemate... "sabar..minggu depan kita balik.." alhamdulillah!

nur ucapkan selamat berpuasa kepada semua...
maaf andainya terlewat dgn ucapan ini..







Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa