Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

06 March 2012

school holiday

is just around the corner..
not only kids can't wait for the holidays.

but teachers also waiting for that...

counting time...
hehe...!







20 March 2011

Aku Harus Pulang


ahad sudah menjelma.
tidak mahu percaya.

tapi tak berdaya.
akan pulang ke sana.
separuh rela.
tidak bertenaga.

emm...
doakan saya selamat tiba ke destinasi.
jumpa anda nanti.

terimalah pantun 2 kerat;
abang balik dengan kapcai ceti
update blog bila sampai nanti.




TA TA kawan-kawan...




nota pendek si merah jambu:
ku kira akan selesai urusan dengan cepat.
tapi terpaksa ditangguhkan..



19 March 2011

Kisah Si Lesu di hari Sabtu

pagi sabtu.
rasa lesu.


esok ahad.
nak duduk rumah. melekat!

apa daya.
demi komitmen.
kena pulang juga besok ke tempat berkubang.
walaupun hati separuh rela.

oh! cuti.
satu minggu dirasakan sehari.
kerja banyak.
ke sana ke sini.
mencari itu mencari ini.
akhirnya persiapan masa depan di tangan, tak siap lagi.

menyesal kerana tak mengatur waktu dengan betul.
saya bukan perancang waktu yang hebat!

dush! dush!
untuk diri sendiri.....

nota pendek si merah jambu:
berusaha untuk menyiapkan kerja secepat mungkin.



23 November 2010

alhamdulillah

safely arrived in pj...

alhamdulillah perjalanan tadi dipermudahkanNya..
walaupun hati agak seriau, tapi berjaya ditepis. bukan ape, semalam keta dilanggar oleh motor..
atau lebih tepat lagi minah mot telah mengemekkan dinding keta.. skit la tapi terkesana di hati tau.. tak sampai setahun cat lain. dah ada kesan. siap kaler merah.. huhu... nampak gayanya keretaku telah dicium oleh motor itu.

jadi.. tadi masa drive, mcm terbayang je insiden tu. tiap kali motor dekat hati berdebar.. keta dekat lagi la.. aduh!

berada di sini dalam jangka masa yg agak lama juga. beberapa perkara harus diselesaikan. pencarian akan bermula. mungkin esok. bunyi mcm nak cari gadis pantene lak kan? hehe..takdelah. mencari yg biasa2 aje..

oh..
esok birthday fatimah. nak beli ape ye utk budak 4 tahun ni. ada cadangan?

07 November 2010

Ia berakhir kini

cuti 5 hari telah sampai ke penghujungnya...

ptg ni akan bertolak ke sana..

huhu.. sedih! tapi kena juga balik ke tmpt menimba ilmu. syukur sgt sbb cuti kali ni tanpa assignment, yg mana sy boleh enjoy menikmati cuti ini dgn suka hatinya.

apa yg dirancang tu tak semestinya jadi. takdir melebihi segala. hasrat nak ke sana dan ke sini tak dpt dilunaskan berikutan banjir di Kedah.

takpala..
cuti sekolah ni panjang dan lama.. hehe! perkataan lama tu yg best.. haha! aduhai.. cikgu apakah ini??

;)

msg di inbox penuh dgn ajakan kanak2 ribena utk jamuan akhir tahun. maaf sayang, cikgu tak dapat hadirkan diri minggu depan. ada yg reply mcm ni "teacher jahat!"

huhuu....


p/s: nak beli ice-blended SMALL TOWN.. thanks to cikgu imanshah coz bagitau tmpt ni best!

04 November 2010

Saya cuti.. Anda??

salam cuti satu Malaysia

hehe..
berdebu sudah blog ni. kan? aiseh... agak lama nur tak update apa2. sibuk tul nmpk gayanya. ni cuti, baru la ada masa jenguk blog kesayangan. kalo tak, mungkin akan dibiarkan berdebu lagi.

uhuk uhuk!

tgk.. dah batuk. berdebu sgt. ni nak kena upah org utk cuci debu kat sini.. sape nak?

oh ya. sy sedang bercuti 5 hari. cuti yg dinanti oleh sy dan kwn2. cuti tanpa assignment yg menggunung. oh..sgt teruja ok! dpt la sy cover balik cuti2 dolu2.

semlm berkesempatan ke sekolah lama. berjumpa kanak2 ribena. igtkan diaorg tak nmpk nur dtg. tp nmpk juga. pulun la kita ni park keta jauh2. huhu.. trick tak menjadi. mcm2 citer yg diaorg citerkan. yg tak best bila ada anak murid yg kena buang sekolah. emm.. sedih dgr citer ni. yg lain tu pujuk nur dtg minggu depan utk jamuan akhir tahun. huhu mmg tak dpt. dah balik minggu ni, minggu dpn sure tak balik. lagipun nanti raya haji pun tak balik..

aaa..tgk.. raya haji berkemungkinan besar tak balik! cuti sehari je.
beraya la saya di ipoh sana.. hukhuk... lps raya haji baru la cuti sebulan. huhuhu... ada kwn kata, airmata dia akan tumpah di pagi raya haji bila dgr takbir. tp ada kwn yg lain kata, ni la masanya beraya dgn kwn2. lagipun beberapa hari lepas tu boleh dah balik kg. ada betul juga kan..?

cuti lama smpai tak tau nak buat ape.. tp sy nak enjoy cuti lama mcm ni....hehe!



05 December 2009

KU PERGI... JANGAN NAKAL-NAKAL YE


akan bertolak ke kl dalam masa beberapa jam lagi..
hanya beberapa hari saja di sana.
mungkin akan update secara langsung dari sana nanti.
apapun, nak minta tolong pada sesape yg rajin dan baik budi serta hatinya utk buang sawang di blog ini sekiranya tak update.

sepemergian nur ke sana, jaga diri elok2 ya kawan2..
jangan nakal2 sudah... hehe!


nota pendek si merah jambu:
doakan saya selamat pergi dan pulang
ada sape2 nak jumpa?





dengarkan... muzik di wilayah merah jambu





tata titi tutu.....

21 November 2009

DAN BERMULANYA CUTI SEKOLAH KU

jika ditanya perasaan di saat ini, "saya amat gembira. mengalahkan kanak2 ribena. hikhik!".

arini dah masuk hari yg ketiga cuti. dan nur menghabiskan hari sabtu dgn menghadiri kenduri kawan sekelas masa di skolah menengah dulu di kulim. drive sorang ke sana. then berkumpul dgn kekawan lain. alangkah bahagianya. cuma bila ditanya soalan cepumas tu.. ayat favourite akan terkeluar, "insyaAllah, tolong doakan ye!" okla kan, at least dpt menepis skit. hikhik! bijak tak sy walaupun masih tercari-cari calon..

ok bercerita tentang hari terakhir persekolahan. sekolah buat hari penyampaian anugerah cemerlang pada pelajar yg excellent dlm akademik. gembira sungguh kanak2 ribena tu dpt hadiah. nur n the team antara org penting coz kami team hadiah. kalo takde hadiah, maka kanak2 ribena naik ke pentas dgn tgn yg kosong.

a day before tu... agak tertekan. sbb hadiah yg kami order tak sampai. asalnya akan sampai pada hari selasa pagi dgn lori dr kl. tapi ubah pula, sampai petang naik bas. hukhuk.. mcm la takde courier kat malaysia nih.. jadi berpinar mata sambil memicit kepala cari jln penyelesaian. masa tu nur dgn dua org lagi cikgu tak senyum or gelak. masing2 muka masam. rasanya kalo buat jeruk sah sedap.. hikhik! ape tak nya, dlm masa 16 hari tu satu ape pun tak siap lagi. adeh la. mau nur tak jadi garang skit.

tapi alhamdulillah, di saat kekusutan tu Allah permudahkan jalan utk cari idea cover problem yg timbul. syukur sangat2. so nur n team kata, "kami takkan balik tanpa hadiah." seolahnya "tunggu kami pulang dgn kemenangan..!" haha.. kami paksa org2 tu bekerja dan cari hadiah yg sama dgn quatation yg dipersetujui sblm ni. akhirnya... dpt juga..!

besoknya, hari rabu tu majlis berlangsung. hari mendung dgn hujan rintik. tak panas, alhamdulillah kanak2 ribena ceria walaupun cuaca mcm tu. yg dpt hadiah ni bukan main excited. yg buat persembahan tu lagi2 la excited. bkn senang nak menyanyi atas pentas, bersyarah atas stage.. lucu pun ada. happy pun ada tgk diaorg ni. ada setengah tu leh ilang suara. adeh la.. tapi takpe, semangat tu penting. at least diaorg takda stage fright...

masa budak2 buat persembahan, nur berdiri di barisan kanak2 ribena darjah 1. saje sembang2 dgn diaorg, maklumlah tak ajar diaorg. so time mcm ni la dpt mesra2. bila dgr org nyanyi, kami kat luar ni buat mcm2 gaya. sgt la kelakar dan comel. tau tak, nur dikenakan org sorang kanak2 ribena pompuan ni.

khadijah at tahirah: cikgu, nak bagi teka teki ni..

nur: ok. apa dia?

khadijah at tahirah: ali panjat pokok kelapa. monyet ada. tapi apa yg pecah cikgu?

nur: emm.. pecah buah kelapa la. monyet kan ada tunggu kat bawah.

khadijah at tahirah: salah.

nur: abis tu? pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas ke?

khadijah at tahirah: lagi salah. saya bagi kosong markah. tak leh bagi tempat kertama kat cikgu? note: kertama=pertama

nur: ok. apa jawapannya?

khadijah at tahirah: pecah rekod la!!

kwang..! kwang...! kwang....!

tgk... cikgu pun boleh dikalahkan oleh kanak2 ribena ni. sedih rasanya.

notakakidantangan:
nur dah beralih arah ke google chrome.
merajuk dgn firefox.

09 August 2009

CUTI

berita penting...

selamat malam.
nasihat dari kementerian kesihatan, sila pakai topeng muka jika anda keluar ke tempat awam. elakkan pergi ke tempat yg sesak.

sekian berita terkini.


ada mcm skrip berita tv tak?
tak ek... takde bakat nak cuba nasib jadi tukang skrip berita.. huhu!

nur cuti sok.. 4 hari.

sila jgn jeles. tapi sila berwaspada

sekolah dikuarantin sbb disyaki penyakit tu. disyaki? huhu.. Ya Allah, hindarkanlah penyakit tu dari kami.. tadi ada pegawai dari pejabat kesihatan dtg memeriksa kanak2 ribena. ramai juga yg demam. suhu yg agak tinggi. ada setengah tu sgt la lemah. bibir dah merah, batuk2 lagi. tapi datang juga ke sekolah.. aduhai ibuk2 bapak2 kanak2 ribena tidak risaukah kamu dgn keadaan anak kamu itu?

pesan puan penolong kanan kepada kanak2 ribena, "cuti 4 hari. sila siapkan kerja rumah yg diberi guru dan ulangkaji pelajaran." terus, kanak2 ribena kelas yg nur ajar berpaling pada nur.

naily: teacher, arini best la.

nur: nape? org lain risau kamu pulak rasa seronok..

naily: teacher tak kejam arini. baik giler2 laa! arini kan teacher takde keje skolah byk... teacher tak bagi pun tadi. hehehe..

nur: amboi.. bkn main suka ye? nasib je ni.

naily: kira ok la teacher. dpt rehat.

nur: yelah tu. jgn lupa ulangkaji. buka sekolah nanti ada ujian.

naily: ok bos!

sblm balik disapa kanak2 ribena 3B.

azra: teacher... tunggu laa

nur pusing belakang. nmpk dua org kanak2 ribena ni...

azra: cuti 4 hari ke teacher?


aimi: 6 laa..

nur: a'ah.. campur jumaat sabtu jadi 6 hari. best la kamu ye?

azra: tak best la.. arini ahad. takde mathematics. ni minggu ni cuti pulak. tak belajar mathematics la kami..

nur: laa.. memang la. bkn mathematics je tapi english, bm sumer memang la tak belajar sbb sekolah tutup.

azra: tapi teacher kata nak ajar lagu baru esok..

nur: nak buat mcm mana. minggu depan kita belajar ye.

aimi: huh... nak merajuk la dgn sekolah.


nur: pulak...

tadi sorang kata best.. ni kata tak best pula...

notakakidantangan:
cuti ni dpt la juga nur siapkan soalan ujian utk kanak2 ribena ni... dan gigih bercucuk tanam di facebook.kenyit


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa