Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

05 February 2012

Upside Down

kadangkala rasa bersemangat
kadangkala rasa tidak bersemangat




apakah kesudahan kalau terus begini....


bangun NUR bangun!!!



27 January 2012

TIDAK!

beberapa hari lagi pulang ke wilayah hijau...
emm.. berat hati. tiap kali nak balik macam tu la jadinya. tapi kena balik juga disebabkan oleh kerja.


entah kenapa rasa sekarang ni seakan hilang seri semangat hendak mengajar. kenapa tak rasa nikmatnya macam mengajar kanak-kanak ribena dulu? adakah sebab aku mengajar di sekolah jenis kebangsaan??

rasa nak lepaskan..
tapi takkan nak letakkan jawatan?

TIDAK!

bila membaca kisah kawan-kawan di tempat kerja mereka, aku dapat rasakan mereka sudah menyesuaikan diri di sana. sedangkan aku masih terkapai-kapai. 

dan...
aku makin hari makin pendiam. jika tiada modal untuk berbual. aku hanya diamkan diri.



26 October 2011

3 hari bersisa


30hb memulakan agenda baru kehidupan di sana
hati belum sedia sepenuhnya
tapi mula untuk tenang seboleh mungkin

isu tempat tinggal masih samar-samar
harapnya dapat la bilik sewa yang disebutkan

3 hari bersisa
apa mampu untuk aku berdiri seorang diri di sana
hanya bersua muka dengan suami sekali seminggu?

Allah, Kau mengaturkan yang terbaik untukku
lindungilah aku, suamiku, keluargaku dan rumahtanggaku

3 hari bersisa
akan ku manfaatkan sepenuhnya



p/s:
em.. cikgu ribena kena kuat.
kan? kan?

09 October 2011


hati sering dipujuk dengan sabar
"sabarlah... masanya akan tiba.."

lagi...
"sabarlah... usir fikiran yang mengganggu.."

entah.
sudah dipujuk hati untuk sabar
meranapkan segala fikiran yang tidak sepatutnya
tetapi hati masih terasa sesuatu

persoalan timbul
"di mana harus aku cari sumber untuk menghapuskan rasa ketidakyakinan diri.."
"bagaimana untuk aku katakan yang aku juga punya kelebihan.."

termenung terdiam membisu di penjuru
"sabarlah hati.. orang yang bersabar pasti menerima ganjaranNya.."




091011
10.24pm


16 March 2011

Andai

ku daki puncak Si Tahan
mungkin aku bisa bertahan sepertinya.


cuti sekolah menjelma lagi
maka pulanglah saya ke kampung halaman

sudah beberapa hari tiba di sini
baru ini hari berkesempatan menulis sepatah dua kata


cuti tinggal 4 hari je lagi. baru hari ni dapat menghadap dan membuat kerja. kalau tidak, ada saja kerja lain yg dilakukan. risau! bakal diserang oleh pensyarah lagi minggu hadapan. ada sedikit improvement tapi diri terasa "kenapa tak boleh buat lagi baik dari itu?" tapi terhenti disebabkan tidak dapat mengenal pasti punca sebenar.

minggu sebelum cuti merupakan minggu yg amat mencabar diri ini. terasa tidak betah bertahan. menangis melepaskan geram. mungkin pada sesetengah orang, diri tidak normal. tapi pada diri ini, ada masanya dalam tempoh 12 minggu itu, wujudnya situasi yg tidak begitu selesa. tidak dapat mencari idea-idea terbaik untuk digunakan. itu normal bukan? pencarian idea tidak terhad. ada yg terhasil dari pembacaan. ada yg terhasil dari perbincangan. tapi entahlah. hendak meluahkan terasa seperti ada yang tersekat.

bertahan nur...
hanya tinggal 4 minggu sahaja..
carilah ruang untuk kamu berkarya



bertahanlah.



23 December 2010

Nyah !!

adalah tidak adil jika fikirkan benda yang telah berlalu
adalah tidak perlu untuk teringatkan segala yang tidak terungkai

perlu memikirkan benda yang berada di hadapan
perlu memikirkan bahagia yang menanti

nyah kau kesedihan
nyah segala memori duka

selamat datang kegembiraan
selamat datang kebahagiaan
selamat datang kejayaan


19 December 2010

No TitLe

maaf jika menyakiti,memarahi
tak terlintas di hati
cuma mahu privasi diri
dijaga rapi



09 November 2010

Aku bukan kawan yang baik...

mungkin aku bukan kawan yang baik. kerna atas keterlanjuran perbuatanku membuatkan mereka terasa hati.

ceritanya bermula masa makan di waktu rehat pagi tadi.

aku: citer apa yg best skrg ni?

fa: byk citer. hg nak pi tgk ke?

aku: oo..

mun: jom la pi tgk wayang

fa: ok.. jom la yg lain kita pi..

perbualan terhenti di situ.. dan terus menuju ke kelas..

lepas kelas abis.. semua bergegas pulang. excited sbb dpt pulang awal dari biasa. plan tgk wayang bagaikan debu yg berterbangan di ruang udara... terhenti! waktu itu aku memikirkan byk benda yg buatkan aku terlupa tentang itu. lantas terima msg dari kawan...Wa..

wa: aku ada di umah has...kami kat sini.

aku: ok. on my way...

bila bertemu lain pula jadinya.. mun dan fa terus pulang ke rumah. aku langsung tak tau plan tu mcm mana. bila di situ, has dan wani ikut aku dan mencadangkan ke pusat membeli belah yg lain dari tmpt yg dibualkan pagi tadi. tiba2 Xo nak ikut. terus kami naik keta menuju ke destinasi yg terlintas di fikiran.

masa makan..
Wa terima msg dari Fa yang mereka terasa hati dgn kami. pegi tak bagitau dan tak ajak. aku rasa bersalah bila mereka mrh Wa, iaitu teman serumah mereka. aku hanya teman sekelas... mereka terasa hati dgn aku dan berkata tentang sesuatu yg tak dpt aku ceritakan di sini.. aku rasa kesian pada Wa. dia tersepit... aku sedar selama ni aku rapat dgn Wa bagaikan ada masalah pada Mun. tiap kali kami berbincang berdua, pasti Mun tetiba akan masam muka. aku tak pasti sama ada aku ni menyebabkan masalah atau tak... Wa kata, biarkan saja. dia memang begitu. aku musykil. sedangkan pegi lunch. wa naik kereta dgn aku pun kadangkala Mun terasa hati. aku pelik..

dan adakalanya aku rela bersendiri..

tapi skrg apa yg aku buat tadi menimbulkan masalah.. perlu aku menjaga perasaan mereka? aku pernah terasa hati dengan mereka sblm ni. selama ni Wa la sumber utk aku tahu apa aktiviti... kadang2 keluar makan ramai2.. Wa akan msg tanya aku pegi ke tak.. adakalanya aku terima ajakan Wa dan pergi tanpa ajakan dari Mun.

aku terasa hati? sgt byk.. tambah2 bila nama ku tak termasuk dlm slide presentation. tiba2 pula aku yg kena buat ucapan penutup. malunya aku masa tu.. ada lagi lepas tu nama ku takda dalam senarai kumpulan sedangkan aku buat keje. dan itu melibatkan markah. bila aku tanya Fa, Fa kata memang aku dlm kumpulan. bila tanya Mun, terus tak endah saja sbb itu salahnya.. ya.. bila salah itu berpunca darinya pasti dia akan berdiam diri.. sekiranya salah itu berpunca dari orang lain ia akan diperbesarkan. seperti Fa dan Wa rasa selama ni.. tapi harini aku dah sakitkan hati Fa...

maafkan aku jika aku tersalah buat tindakan hari ini. aku rela menyimpan terasa hati aku dari aku menyinggung perasaan orang. aku dah menyakiti hati kawan2..




13 September 2010

RaYa PaDa SaYa

aidilfitri disambut secara sederhana.
ditemani bonda, keluarga kakak dan malamnya dgn abg.
mungkin tak terasa kemeriahan bila tak semua bilangan ada bersama di hari raya.
bersyukur apa adanya.
cuma kemeriahan raya terasa seperti hari biasa.
tidak dirasai sangat.
pergi ke masjid.
berbaju baru.
memberi tahu diri bahawa itu hari raya.

aktiviti raya tetap berlaku di mana pulang ke kampung arwah ayahanda dan bonda tercinta.
ziarah kubur ayahanda.
tersedu, sebak di situ.
andainya dia ada, pasti meriah.
memegang batu nisan.
bermonolog di dalam hati.
mohon agar ayahanda dengar.
memberitahu anaknya kini sedang mengejar impian yg dicita dulu.
memberitahu anaknya berusaha membaiki keputusan yg dulunya hancur.

"abah... jalan yg adik lalui tak selurus adik beradik lain. tapi berkat doa mak dan adik beradik.. adik mampu berdiri di tempat sekarang. kalau abah ada, pasti abah gembira kan? maafkan adik jika keputusan dulu buatkan abah kecewa."

sebak.

pertama kalinya tiada nasi tomato seperti tahun2 sebelumnya.
pertama kali juga berlaku selama hidup ni.
bonda kata, tak payah buat hari pertama tu.
bila tiba hari kedua...
pun begitu juga..
entah kenapa nasi tomato memberi erti tersendiri buat diri ni..
terasa eksklusif dan ada nilai sentimental bila dihidangkan pada hari raya.

sedih sendiri.

sensitif kan?



01 September 2010

Sama Saja, Serupa Kamu

teman lama sms...

dia: awak rasa saya ni macam mana orangnya?

aku: maksud?

dia: dari segi personaliti, cara berfikir, percakapan.. dari masa sekolah dulu sampaila sekarang.

aku: nampak matang. terserlah dari dulu.

dia: awak rasa saya ni kurang keyakinan diri tak?

aku: kenapa? soal komitmen?

dia: bukan sebab itu perkara utamanya. rasanya saya ada inferiority.

aku: semua orang ada. cuma terserlah atau tak saja. jangan la sampai mengaburi diri awak sendiri.

dia: saya boleh kawal tapi kadang tu indirectly mempengaruhi perilaku dan keputusan.

aku: memang. keputusan yang diambil dipengaruhi oleh pelbagai aspek. itu memang lumrah.

dia: saya rasa belum merdeka.

aku: merdeka? haa..kena nyanyi lagu merdeka ni..

dia: awak ni..

aku: ok.. macam ni la. awak kena yakin juga dengan diri sendiri. secara sedar ataupun tak, kadang kala awak mampu harungi semua. masa akan jadi faktor penting dalam setiap apa yang kita lakukan. sementelah lagi, Dia yang di atas sana yang mengatur apa yang terbaik untuk diri kita.

dia: masa jadi penentu. dapat tak semua yang difikir, dipendam dan ditanggung dilerai dengan indah dan sempurna.

aku: amboi. ayat lirik ke apa ni..

dia: mana ada. spontan.

aku: haha. kelakar tul.

pandai saja aku nasihatkan dia sedangkan diri sendiri pun ada juga ciri2 yang disebutkan. mudah kan untuk menasihati orang lain dari menasihati diri sendiri untuk lebih bertahan dengan apa yang ditempuh.

nur..
stop be a counselor.
give advice to yourself first.


24 April 2010

Kindly Nervous

seperti shout out pd status di fb

org keliling kata ianya susah.

ada seorang ni kata..."kalau kamu fikir susah, maka ia akan susah."

huhu.. tapi hati jadi takut.

kata lagi seorang kawan,"kamu yg aku kenal kuat semangat. nape perlu jadi begini?"

huhu lagi...


*.:。✿*゚゚・✿.。.:*♪♫•*¨*•.¸¸❤
¸¸.•*¨*•♫♪*.:。 ✿*゚゚・✿.。.:*
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ [̲̅N̲̅][̲̅u̲̅][̲̅R̲̅] Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
*.:。✿*゚゚・ ✿.。.:*˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙*.:。✿*゚゚・✿.。.:*

05 February 2010

jom... buat sesuatu! sebelum ia melekat. sukar ditanggal.



"makcik... ada jual tak alat menimbang emosi kat kedai ni?"


rasa rimas


terasa seperti mahu menyuarakan seperti itu.. tapi mana nak ada. penimbang berat ada la.. ku perlukan alat penimbang itu utk memastikan emosi ku berada di tahap yg baik atau tidak. kenapa sejak akhir ni... emm sejak februari. pasti! terasa hilang 10% rasa riang waktu di sekolah.



nota pendek si merah jambu:
mahu ke mall selepas kelas tuisyen petang ni.

28 January 2010

PeNaT

emo cartoon Pictures, Images and Photos

sensitif arini
cuba luahkan pada seseorang...
thanks D for listening
tapi rasa tu masih ada, tak terluah
masih terbuku di dalam
aku penat...
aku penat menjaga hati org
aku penat menjawab pertanyaan org
aku penat utk memikirkan
aku penat sgt
sbb org tak tahu apa yg berlaku


nota pendek si merah jambu:
tarikh contest telah tamat..
nur akan umumkan nanti bila keadaan tenang
thanks for those yg join contest ni





22 January 2010

Waktu dulu... satu kisah

sedang aku makan tadi sambil tgk citer aliff firdaus
telefon bunyi. dgr lagu arab..
aku tengok dan terus ke dapur.
mak tanye, "awat tak angkat? kot abg hang telepon."
aku, "biarlah. kalo abg2 telepon ada lagu lain bunyi."
mak tengok nombor tu.. "aku tau sapa. awat dia kacau hang lagi ni."
aku biarkan pertanyaan tu tak berjawab.

ini satu kisah yg aku tak pernah ceritakan pada sesiapa...

kisah setahun lepas
aku bertemu dia utk dapatkan penjelasan beberapa hari sblm dia berkahwin.. dan itu merupakan pertemuan pertama setelah aku terima panggilan dia pada jam 2 pagi tu yg mengatakan dia akan kawin dlm masa 2 minggu lagi pada waktu tersebut.. aku mahu buat perhitungan dan aku nak tau sebab musababnya kenapa dia buat mcmtu. kami bertemu di satu tempat, alih2 boleh dia ajak aku teman pegi beli songkok utk majlis akad nikah.. nah.. hati yg panas menjadi lebih panas. lantas aku hadiahkan penampar sulungku pada mukanya sbg hadiah perkahwinan.. aku terus drive keta balik.

adakah tega bagi kamu melakukan sebegitu pada org yg pernah kamu sayang????

hingga kini, ucapan maaf belum ku ucapkan.
biar masa jadi penentu utk hati bersedia memaafkan..


KeJaM


♫ petikan lagu kejam ♫

kau kejam dan hukum
segalanya padaku

engkau kelar hatiku pada cinta

lemas kala mengingatimu,
terpedaya

engkau memaksa
hatiku berubah






kau sgt kejam...
setahun aku tak ganggu kehidupan kamu dan ku tak ingin ganggu
kenapa kau harus ganggu kehidupan aku kembali???
faham2 lah sendiri..
bila call, tak dijawab
bila sms, tak dibalas
tolong jangan hampiri aku lagi

kau sgt kejam...
bila mms gamba anak kesayangan kamu
berserta tarikh lahir, masa lahir serta nama
apa motif di sebalik ni???
kau mahu aku kata "wah bahagianya.."
kau bahagia atau tidak itu bukan urusan aku
urusan aku hanya utk mencari kebahagiaan utk diriku sendiri


nota pendek si merah jambu:
aku selalu doakan dia bahagia agar dia tidak mengganggu kehidupan ku lagi...



25 December 2009

KaTa 1000 MaKNa


terpandang pada satu kenyataan
berselindung lagi di balik susunan
memainkan kata di fikiran
membawa pelbagai tafsiran
sedangkan mata yang membaca
pasti dapat memahaminya
ahh..jika benar katakan saja benar
bukankah itu sebaiknya?

satu perkataan membawa berbagai maksud
jika dicantum maka beribu ribu lemon pengertiannya


nota pendek si merah jambu:
aku rasa menyampah!

01 November 2009

KESAMARAN PASTI HILANG BILA TIBA MASANYA...


dalam kerdip sinar mata
ku mencari sebuah cahaya
cahaya yang dapat buat hatiku riang
tenang dan syukur dengan pemberianNya

dalam pencarian tak berpenghujung
ku terus mengejar
biarpun ku jatuh dan tersungkur
akan ku terus kejar tanpa henti

usah kau tanya bila masanya
usah ditanya adakah ku akan terus mencari
aku punya jawapanku sendiri
dan Allah punya rencanaNya buatku
hanya doa darimu ku pohonkan
bukan kata-kata yg menyakitkan

biarpun ku masih meneka dalam kesamaran
akan hadirnya cahaya buatku
ku yakin pasti akan ada
tapi tika dan waktu menjadi penentu

Ya Allah..
ku mohon kesabaran jua kekuatan
permudahkanlah segala urusanku
Amin Ya Rabbal 'Alamin


hampir sebelas bulan ku di sini. dan selama itu juga pertanyaan yang sama berulang.

"cikgu tak dpt interview lagi?"
"kawan kita dah berenti.. cikgu bila lagi?"
"tesl.. tak dpt keje di mana2?"
"tak dapat atau keputusan tak bagus? nak keje di sini selamanya? cari la tempat lain."

aku tersenyum dalam memberi jawapan. tapi mereka tidak tahu betapa robeknya hati aku di dalam. bukan aku tak mencari cuma rezeki belum tiba. jika kamu berada di tempatku,pasti kamu tahu apa yang aku alami. aku tak minta untuk kamu meneka bila ku akan melangkah keluar. kerna aku tak punya wang untuk beri hadiah berharga buat kamu.

kegagalan ku tempuh bukannya sekarang tapi sejak dulu. kau tak faham betapa aku harus berjuang untuk segulung ijazah. sekarang, ku harus berjuang lagi untuk mencari sebuah kerjaya. jika dihitung airmata yang tumpah pasti berbekas-bekas. tambahan bila aku mengadu padaNya...

"ubat apa kau makan.. makin kurus ni.."

jika ditanya begitu dan jika kamu tahu, pasti kamu tahu jawapannya kenapa aku begitu..

"kau tak kuat..."

aku terima apa jua kata-kata yang kau berikan. aku tahu diri ini. jika aku tak kuat, masakan aku berada di sini... dan kau harus ingat, masa kau susah, memerlukan bantuan dari segi moral...aku berada di sisi kamu. tapi kini tika aku mengambil tempatnya, kau berikan kata sebegitu. terima kasih kawan...!

aku redha...
aku harus jadi gadis yang kuat!
ya.. aku kuat!


~~ maaf, penggunaan aku sebagai kata ganti nama diri di sini. ~~


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa