Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

25 October 2011

Tears...Tears Go Away



2 hari berjaya mencabar diri sendiri untuk tidak menangis.
haih!
dah berapa gelen air dibazirkan begitu saja.
kena terima realiti.
kan?
cuba untuk terus kuat dan kuat.

kini saya mula untuk senyum.
mula menguatkan hati dengan membelek segala borang yang ada.
kembali berdiskusi bersama kawan seangkatan di group fb.




23 October 2011

Kembara Posting

sambungan dari episod sebelumnya...




check in hotel, kami berdua berehat. suami cepat buka laptop sebabkan nak mengkaji jalan dari google map. nak tengok jalan mana yang kami salah amik. ayah di kemaman dan mak di kedah dihubungi untuk memberitahu mereka status terkini. nur terus bersihkan diri dan solat. selepas berbincang dengan suami plan seterusnya. risau di hati disebabkan tiada sesiapa di sini. jika ada saudara mara boleh juga bergantung harap sementara untuk menyesuaikan diri. tapi kini, apapun bergantung pada diri sendiri. abg rozi memaklumkan pada suami yang kami amik jalan lama. jalan sepatutnya kami amik tu dekat banyak dari jalan tersebut. aduh! patutlah kawan suami minta kami singgah di jerantut.

badan memang letih. 1 hari yang agak penat fizikal dan mental. hari tu juga la kami berdua terlupa untuk amik makan tengahari. masa di R&R temerloh baru kami makan, itu pun dah pukul 6. naik ke bilik hotel lupa pula nak bawa air. tertinggal di kereta. nak turun memang tak larat. jadi tahan sahaja. pada waktu itu, rasanya nak makan pun tak berapa selera. otak ligat berfikir bagaimana caranya.

akhirnya terlelap juga. tapi terjaga. melihat suami juga terjaga. mungkin dia pun berfikir seperti saya. saya menangis. rasa murah sangat airmata masa tu. entahlah. berfikir juga keadaan esok. mulut tak henti membaca doa Nabi Yunus.. La ila ha illa anta, subhanaka ini kuntu minazzolimin. mohon pada Allah mempermudahkan urusan.

selesai breakfast di hotel, terus ke ppd. berjumpa kawan-kawan seramai 5 org yang ditempatkan di situ. mereka ini dari ipg berlainan dari saya dulu. Allah mempertemukan semula saya dengan kak yanie, teman sekelas sewaktu di universiti dulu. kami berdua di bawah satu ppd tapi berlainan sekolah. ingat dapat la menyewa serumah dengan dia, tapi jarak antara sekolah kami berdua agak jauh. jadi terpaksa dilupakan. jika difikirkan, saya agak beruntung sebab sekolah di kawasan bandar. tak seperti 2 org kawan saya yang ditempatkan di kawasan luar bandar sikit. kedua sekolah itu mempunyai pelajar orang asli. kawan saya, akim ditempatkan di sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah P2. kena naik hilux untuk ke sekolahnya. menurut akim, ia mengambil masa 3 jam dari ppd kami.

ada juga kawan di ppd yang lain mendapat sekolah yang kena naik bot. perempuan pulak tu. aduhai. kalau saya mesti menangis tak nak pegi. lihat? saya tidak begitu tabah seperti dia. dia kuat. hanya menangis selepas keluar dari taklimat di jpn. selepas itu di fb, masih mampu buat lawak di statusnya. saya perlu menjadikan dia role model saya untuk lebih kuat.

selesai taklimat di ppd, guru besar membawa saya ke sekolah. dia seorang perempuan dan baik nampaknya. itu first impression saya. personally dia baik tapi kalau melibatkan kerja mungkin dia mempunyai prinsip tersendiri. pesan suami, kerja elok-elok. jangan ambil kesempatan jika orang baik dengan kita. guru besar saya tu pun baru setengah tahun berada di situ. dia juga menyewa bilik dan tinggal sendiri. melalui guru besar, saya ditemukan dengan rakan sejawat dan juga kerani sekolah. kerani sekolah menolong saya untuk mendapatkan tempat tinggal sementara dengan menumpang bilik di bilik sewanya. kakak kerani sorang lagi berusaha untuk mendapat rumah kerajaan untuk saya. saya dimaklumkan oleh guru besar, kuarters guru penuh. dia pun tak dapat tembusi lagi. sedikit sebanyak dapatla saya bernafas seketika. mungkin rezeki saya, minggu depan sekolah bercuti seminggu. dapatla saya uruskan soal transport dan membawa keperluan sikit. selepas itu pula cuti akhir tahun sekolah. mudah-mudahan urusan dipermudahkan.

walaupun begini saya masih lagi risau sebabnya tak tengok lagi rumah di mana kerani itu menyewa bilik dan pada masa itu dia terpaksa berkongsi bilik dengan saya. harap ini tidak menjadi masalah dan sementara. harap sangat.

selesai saja urusan di sekolah, saya dan suami pulang ke hotel dan siap-siap untuk pulang ke tempat suami. mengikut kata kakak kerani perjalanan tidaklah sejauh malam tadi. jadi waktu balik tu kami berdua set jam untuk melihat masa yg diambil sepanjang perjalanan. alhamdulillah, jalan tidak seteruk malam tadi. cuma ada di setengah tempat jalan pumping, ada tanda banjir. jadi kami kena berhati-hati selepas ini. kami juga perlu peka kepada papan tanda agar tidak tersalah masuk. pesanan saya pada suami tetap sama, kalau nak datang janganlah waktu malam. saya masih risau dengan tempat itu memandangkan kami tak biasa lagi.

2 jam setengah. tepat 3o minit. kami tiba di tempat suami. alhamdulillah. rasa syukur dipanjatkan. malam tu pula, suami pening kepala. badan dia pun panas skit..sayu sangat tengok. pengorbanan dia hantar isteri yg kena mengajar tempat jauh. memang sedih sangat. saya menangis tak henti. tapi suami dah tertido masa tu. entahlah.. rasa sayu, sedih. dugaan untuk kami. kena juga kuat walaupun hati tak dapat nak terima sepenuhnya lagi.


Ya Allah.. kuatkanlah hati ku.





22 October 2011

Ceritera Kembara Posting

penantian selama 4 bulan terjawab akhirnya pada 18 oktober 2011. nur ditempatkan di negeri Pahang. diberi masa hanya 2 hari untuk melapor diri di JPN Pahang dan setelah itu baru diberitahu selebihnya. rasa lega sebab dapat menempatkan diri satu negeri dengan suami. namun keseronokan bertukar menjadi kekalutan pada 20 oktober 2011.

hari di mana nur mengetahui status sebenar. tempat yang diberikan agak jauh dengan suami. terkedu di saat membaca watikah pelantikan. berita itu disampaikan kepada suami melalui sms. banyak sms diterima dari kawan-kawan dan juga keluarga yang menunggu status terkini dari nur. masing-masing terutama keluarga berkata, "jauhnya..."

selesai saja taklimat, terus pulang bersama suami ke rumah di kuantan. suami tanya nur, "nak pergi atau tidak?" nur buntu saat itu. meleleh airmata. timbul juga di hati patutkah aku tolak. tapi ligat berfikir risiko dan kesudahan hidup kalau nur tolak tawaran ni. dah berusaha sebelum ni, takkan nak dilepaskan macam tu saja.

saat itu ayah menelefon suami. abis je cakap, suami kata, "gi mandi, kita pegi sana.."

dengan keadaan emosi yg tak berapa stabil, perjalanan diteruskan. hujan lebat sangat. tapi kena juga teruskan disebabkan pukul 9 pagi keesokannya kena melapor diri di ppd. diberitahu perjalanan mengambil masa 3 jam. tetapi menjadi 4 jam lebih. kami salah amik jalan. melalui bukit, jalan bengkok-bengkok.. ternampak pula tanda AWAS TANAH RUNTUH. aduh! kepala ligat berfikir. bagaimana suami nak datang tengok nur seminggu sekali kalau keadaan sebegini rupa. siap berpesan kepada suami, kalau waktu malam jangan datang. datang masa hari siang.

dengan perjalanan yang lama dan mungkin juga sebab hujan lebat maka perjalanan menjadi lama dan lambat. tengok meter minyak pun ada lagi sikit. nur berdoa dalam hati agar jumpa Petronas yg dimaksudkan. suami ada bertanya kepada orang di situ. "jumpa Petronas masuk kanan.." maka, bila nampak je petronas hati rasa lega. akhirnya keta dapat diisi dengan minyak dan jumpa landmark tu.

suami kata, "kita kena ikut abang yg bawa keta kancil tu. dia akan tunjukkan kita hotel." alhamdulillah, dalam kesulitan begini Allah kirimkan bantuan. abang rozi, sangat baik. tunjukkan kami hotel, ppd dan juga sekolah nur nanti. walaupun tak nampak secara jelas tapi lebih baik dari kami pusing ke sana ke mari. abang rozi ada pesan kalau hotel penuh bagitau dia. baiknya hati hamba Allah ni. moga Allah berikan rahmat dan murahkan rezekinya. 3 hotel yang berhampiran 1 je yang tak penuh. pelik juga, ada apa di daerah ni sampaikan hotel pun penuh...






bersambung ......






Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa