Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

28 September 2011

Lecah Hujan




air lecah hujan...
ada apabila turunnya hujan
tiada bila mentari memancarkan sinaran
kering tapi meninggalkan kesan.

kesan..
ada yang dapat ditanggalkan
ada yang kekal di laman.

kesan..
mahu ia hilang
tanpa bersawang
terbang hilang.



3.52pm
28092011

16 August 2011

Tetap Dengan Ku




kamu istimewa
kamu terindah


inginkan kamu di sini
dekat di hati


ku ingin bertemu kamu
hati sabar menunggu


ku nanti saat tibanya waktu
waktu terindah bertentang mata dengan mu



tercatat pada 16 ogos 2011
pada jam 1:16 pm

24 December 2010

Jejak Lama Menjejaki Baru

menjejak memori silam
bukan mencari kepahitan
malah bukan mendera rasa

menjejak kenangan lama
mengajar erti kemanusiaan
tiap satu berbeza pengajaran



mengintai tirai usang
perlunya syukur pada rahmat Tuhan
berikan nikmat tak ternilai bayaran

yang lama dilupa jangan
yang baru jangan diagungkan
gabungkan... ia perjalanan kehidupan



nota pendek si merah jambu:
semakin suka melihat gambar entiti berkotak itu
lama tak main tenteng...

22 December 2010

E.N.T.I.T.I.

rindu
pada satu entiti
rapuh keras lembut jaguh

jauh
faktor juga kekuatan
ada dalam tiada

tiba waktu bersatu
masa singkat padat
kembali haluan berlainan


nota pendek si merah jambu:
spontan
tak faham

29 November 2010

MeNGiNTai CiNTa KHaLi FaH

jari menari menitip aksara
ayat berangkai baris disusun
meluah isi rasa dari sukma
persembahkan pada mu dengan bersantun

kamu lelaki
khalifah sejak azali
nyata pada diri
memikul tanggungjawab yg diberi

telah ku intai dari tabir diri
telah ku beri kata yg pasti
andai itu takdirnya kini
lorongi ia ke destinasi abadi


tercatat pada 15 mei 2010
pada jam 2:52 pm



03 September 2010

Berubah


berada di atmosfera baru
bukan bermakna engkau menjadi baru
berubah dari segala sudut
melupakan dan melepaskan
apa yang kamu ada sebelumnya

jika itu jalan kebaikan
pasti dirimu merasa kebahagiaan
jika ia jalan keburukan
pasti bahana menjelang

jangan pernah berubah
jika itu bukan yang kamu mahu
berubah dengan sendiri
bukan kerna desakan sekeliling

berubahlah bila perlu...


tercatat pada 3 september 2010
pada jam 6:45 pm


31 August 2010

Yang Sempurnakan Ku





lain pabila kamu ada
kosong hilang kembali terisi
jalan-jalanku ceria dan bernada
bukan penuh lubang sana sini

peristiwa lampau harus dilupakan
apa yg di depan mata harus difikirkan
bukan bermakna kita lupa daratan
cuma menghargai sebuah masa depan



28 August 2010

Baik-baik sayang




si pungguk terbang mencari dahan rendang
hinggap seketika di bawah sinaran cahaya
bulan putih sayup indah dipandang
buatkan hati merindu sentiasa


16 August 2010

Perasaan


wahai perasaan...
ku layarkan bersamamu sebuah harapan
ke samudera penuh godaan
sang camar beriringan menunjuk jalan
agar aku tak kesesatan dilambung gelombang
atau kehilangan arah jalan pulang

wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan
ke mana lagikah haluan harus ku halakan?
akhirnya dalam pelayaran belum berkesudahan...
ku temukan sebuah pelabuhan
untuk ku pujuk mu wahai perasaan

oh Tuhan
berikan ku percikan NUR Mu...
agar aku tak kesesatan
dan tahu jalan pulang!


nota pendek si merah jambu:
found somewhere in the net...

19 June 2010

aKuLaH CiNTa

sebuah puisi yg menarik.
ku peroleh semasa "blogwalking..."

Siapa saja memilikinya
Setiap orang mengatakannya
Ia datang dengan sendirinya

Tanpa dipaksa dengan kekerasan
Tanpa diundang dengan kelembutan
Aku tak tahu dari apa ia dijadikan

Yang aku tahu dia ciptaan Tuhan
Dia begitu indah…. sungguh indah….
Tak ada yang mampu melukiskan keindahannya

Aku bertanya kapan ia dilahirkan
Jawabnya sejak lama sebelum engkau ada
Aku tahu ia bersembunyi di dalam tubuhku

Dan aku merasakannya
Aku bertanya kapan ia keluar
Jawabnya sampai datang akhir masa

Sangat sulit mendefinisikannya
Jutaan pakar tak mampu menyimpulkan
Tapi jutaan musisi mudah mendendangkannya

Aku mengontrolnya, tapi tak berhasil
Ia datang dan pergi sesukanya
Kucoba tak menyiramnya

Tapi ia tetap tumbuh subur
Aku bertanya siapa dia
Jawabnya aku rasa bahagia
aku rasa senang..
aku rasa sayang..
aku rasa kasih..
aku rasa rindu..
dan rasa terpikatmu..

Aku bertanya dimana ia berada
Jawabnya dihatimu yang paling dalam
Terakhir aku bertanya “Siapa dirimu sebenarnya ??? ”
Ia pun menjawab “Akulah Cinta !!! ”

hasil ciptaan: Idiham Saleh Harahap


nota pendek si merah jambu:
untuk mereka yg bergelar sang pencinta


23 May 2010

KeBaHaGiaaN SeLePaS PeRPiSaHaN

desperate Pictures, Images and Photos

Ku temui satu kata

Itu pasti antara kita

Biar kasih pernah tercipta

Kini relai tanpa tanda



Dulu aku sedih

Hati rasa pedih

Dada sesak melirih

Semuanya kerana kasih


Di sebalik kesedihan

Terpaku aku pada kenyataan

Memberi aku satu jawapan

Di situ letaknya kebahagiaan


Biar kebahagiaan itu ku temu selepas perpisahan

Ku redha akan takdirnya Tuhan

Apa guna untuk aku pertahankan

Jika aku dan engkau tiada keserasian


tercatat pada 22 mei 2010

pada jam 11:21 pm


nota pendek si merah jambu:
  • mencurah idea selepas mendengar lagu shahir af8 - kebahagiaan dalam perpisahan



09 May 2010

RiBuT PeRSoaLaN


sedih Pictures, Images and Photos

di satu sudut
dia berteleku
bungkam!

raut wajah di hadapan
berselirat seribu persoalan
menagih penjelasan
meminta dimengertikan

secubit perit
secebis pahit
sekelumit duka
bercantum menjadi satu rasa
membekas terluka

betapa memori itu menghantui
memberi impak mendalam
jauh ke lubuk sukma
merencam jalur rasa

berikan dia penawar
agar tidak meracun segala urat
berikan dia rasa
agar deria kembali bernyawa
berikan dia azimat
agar hati berseri tanpa kesumat
berikan dia jalan
agar bisa menongkah cabaran

bantu...tolongi dia kawan
leraikan ribut persoalan
melalui lorong kehidupan
tanpa hadirnya kesuraman


tercatat pada 9 may 2010
pada jam 8 pm


23 April 2010

Seputih Awan

langit, biru, awan dan laut Pictures, Images and Photos


awan putih mengembang megah
berarak menemani langit biru
tanda hari jadi cerah
bukan lagi si mendung kelabu

lalui jalan yg bersimpang
kadang kaki jadi tempang
bukan masa bersenang lenang
perlu usaha untuk menang


*.:。✿*゚゚・✿.。.:*♪♫•*¨*•.¸¸❤
¸¸.•*¨*•♫♪*.:。 ✿*゚゚・✿.。.:*
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ [̲̅N̲̅][̲̅u̲̅][̲̅R̲̅] Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
*.:。✿*゚゚・ ✿.。.:*˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙*.:。✿*゚゚・✿.。.:*




17 April 2010

Kau Aku II


kau menadah telinga
bila aku mula bertanya

kau kata aku kena kuat
aku diam...

kau kata aku kena terima hakikat
aku takut...

kau kata hidup ini perjuangan
aku terbayangkan senjata api


erk..!!


kau kata lagi hidup ini pertandingan
aku berfikir... lama!

kau kata rezeki Tuhan tentukan
aku angguk memberi persetujuan

kau ada
bila aku bersuara

__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__


06 April 2010

Kau Aku

kau hadir
aku bahagia

kau ada
aku suka

kau senyum
aku gembira





nota pendek si merah jambu:
cuba buat yg pendek pula...


05 April 2010

How I Wish

you..

i saw in my dream
standing and looking at me
silence...
how i wish i could talk to you


you ..

left me there
alone...
with a smile
how i wish i could stop you


i don't want you to go
really...
how i wish i could do that.......







nota pendek si merah jambu
cubaan utk puisi ni
maksud tak sampai...

21 March 2010

Menyisih Sunyi



tempatkan diri di sebuah daerah
sunyi, jauh dari riuh rendah
dengan hati luka parah
disiang pedih berdarah

sedetik waktu termangu seketika
ruang itu menguak terbuka
terdengar jeritan riang gembira
tiada nestapa hilang lara

engkau ada seketika dulu
kini ku biarkan ia berlalu
pergi jauh jauh dengan laju
mengusir kamu dari bertamu

biar beratus kali kau mengganggu
beribu kali jua ku membatu
sampainya saat memburu waktu
tinggalkan segala memori lalu


tercatat pada 20 Mac 2010
pada jam 10:57 pm



nota pendek si merah jambu:
tah ape2 tajuk kat atas tu..
haha!

05 March 2010

Puisi Penat


ku rasa hari makin padat
masa bergerak pantas rasa penat
ke sana sini bergerak ligat
tulang belulang semakin mampat

berpegang pada satu hakikat
kerja itu satu ibadat
berpaksi keyakinan yg disemat
moga perolehi ganjaran rahmat


tercatat pada 5 mac 2010
pada pukul 1:05 pm


21 January 2010

Rasa



satu rasa
tak dapat dirasa
apatah diluah untuk ditafsir
tersimpan dalam dan membeku


~ catatan peribadi ~


14 December 2009

SAMBUNGKAN...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf, bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku


jom..
sambung2 ayat di atas ni
mengikut idea dan kreativiti kamu tersendiri....


nota pendek si merah jambu:
meh uji minda...


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa