23 June 2009

AWARD & SENGAL

salam pembuka bicara...

buka je blog arini, dpt comment dari kak eyna.. minta nur gi blog dan amik award.
suka hati riang gembira nih.. celebratehehe! dpt award lagi. leh tempek kat tepi sidebar tu..
terima kasih kak eyna... sungguh santek sengihnampakgigi .. colourful gitu..

arini nur rasa letih2 skit.. sengal badan nur ni. igt nak update citer semalam tapi badan tak mengizinkan. agak kepenatan. so, arini la jawabnya nur membuka citer pasal semalam..
kawan2 igt lagi pasal entry NeNo...NeNo.. ??

ok, jika tak igt/belum baca sila ke link tersebut...
entry kali ni bersangkut-paut dgn entry lepas. kanak2 ribena yg pengsan aritu pengsan lagi kelmarin pagi. kebiasaannya pelajar tahap dua akan ke masjid dan baca surah Yaasin dua minggu sekali. pagi kelmarin, setelah dimaklumkan di perhimpunan pagi, semua kanak2 ribena tahap 2 menuju ke masjid. dan nur guru yg mengajar tahap 2 akan pegi ke sana.

seblm keluar dari bilik guru, kami dimaklumkan ada kanak2 ribena perempuan pengsan. dan kami seakan dpt agak siapa gerangannya.. sbg guru yg bertugas pada minggu ni, nur dan seorang lagi cikgu, cepat2 ke masjid.. kali ni keadaan agak teruk. apa yg nur dpt katakan, kanak2 ribena ini terkena gangguan. agaknya bila masuk masjid kot, dia rebah. bila kami baca ayatul kursi je dan nur pegang ibu jari kakinya, badan dia respon, menggelupur dan menjerit sakit. ustaz bagi cadangan utk angkat dia ke tengah skit. motifnya, biar dia berada di tengah2 dan di dalam lingkungan org yg membaca Yaasin.

dibantu dgn 2 pelajar lagi, kami berempat mengangkat kanak2 ini ke tengah masjid..beratnya Tuhan saja yg tahu. sedangkan dia bertubuh kecil. sebaik saja kami memulakan majlis, dia makin meronta-ronta. nur di bahagian kakinya. sudah tentu dia menendang-nendang. jenuh juga menahan, takut nanti terkena pelajar lain. agaknya sbb menahan tu la, badan nur rasa sengal2 arini. lagi kuat dia meronta, lagi kuat pelajar perempuan baca surah Yaasin terutama kawan2 sekelasnya. waris pelajar iaitu abangnya sampai dan baca ayat2 skit di telinga. lagi kuat meronta dan menjerit.. tak lama selepas tu dia diam. nur rasa kesian juga dgn pelajar ni. kelmarin merupakan hari pertama dia datang ke sekolah setelah insiden minggu lepas. nur rasa sedikit sebanyak mengganggu pelajarannya.

topik yg ditekankan dlm perhimpunan pagi ni, jgn terlebih ketawa atau seronok. juga jgn suka menyendiri.. tapi yelah, kita sbg guru hanya menyampaikan pesanan agar kanak2 ribena ni beringat. juga nur mengingatkan diri nur sendiri. harap2 perkara mcm ni tak berulang lagi.


oh ya.. esok 1 rejab. jom kita puasa!

8 kesan jari:

anaklaut said...

salam..

betul apa yg nur nyatakan..terim kasih sudi singgah..dan memberi komen yg berguna pada saya..

haruan tasek said...

nasib baik ko tak kena gangguan.... kalau tak habis blog sekali kena gangguan...

Sirah@Cyrah said...

Dayah...i'm glad that u're happy now... (^__^)..n i'm sorry becoz i xberkesempatan ambik award from u...maaf ya?? i'm tatally bz over here..i'll be back to my home on 1st July...i miss u so much friend...

ummumishkah said...

Mcm2 kerje cikgu kan?

anaklaut said...

salam NuR,

"tuuu dia. bila anak laut berbicara soal hantaran. emm..tak tau nak komen mcm mana sbb tak mengalami proses itu lagi."

terima kasih sudi singgah- suatu hari nanti pasti melalui proses tu..

p/s: anaklaut pun lum lalui jugak nur..

p/s: nur, kenapa berlaku ni? dua kali dah nur bagitahu hal ni..

Afendy @ Ustazkodimero said...

Terus terang cakap sy minat benda2 misteri yg melibatkan dunia paranormal dan alam ghaib ini..!!!

NuR said...

.: anak laut :.

salam..
kita jiran, kena saling singgah2.. :)



.: haruan tasek :.

hikhik..
kelakar lak haruan tasek ckp tu..
kalo kat blog ni pun leh kena gangguan..
alamatnya ramai la tak update blog.

=)


.: sirah :.

sirah...
alhamdulillah...
sedikit sebyk luka dulu tu terubat skit cuma masih berbekas..
thanks my friend..
1 july? pasni leh la ym dgn ko ye?

NuR said...

.: ummumishkah :.

:)
mcm tu la ummi..
bkn setakat mengajar je..
skopnya menjadi lebih luas..
:)



.: anak laut :.

insyaAllah, doa2kan nur juga akan melalui proses tu.. emm tapi tak tau bila.. calon pun takde..hukhuk! rasanya nur mcm tak sesuai berbicara soal itu..

nur tak fhm soalan anak laut..
dua kali nur bagitahu?
yg mana ye?



.: ustazkodimero :.

oh ye ke?
patutnya ustaz la kena ada di tmpt kejadian masa tu.. bkn nur..
tak takut ke?

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa