Showing posts with label sinar. Show all posts
Showing posts with label sinar. Show all posts

02 April 2011

Haluu...

lemau rasa arini.

demam!

tapi breakfast pagi tadi dengan durian. baek punyeee! bijak kan saya..?? huhu. teringin tengok housemates makan. jadi amik 2 ulas. huhu.. rasa panas sekejap tekak saya. pulun minum air sebanyak mungkin.



demam dari semalam. rasa sakit dalam badan. tidak dapat berfikir secara betul. fizikal mental harus sihat dalam tempoh 2 minggu terakhir ini. sebelum kaki melangkah meninggalkan es kei kei di.

oh.. es kei kei di
i heart you

alhamdulillah...
berita dicalonkan untuk cemerlang(praktikum) itu sedikit sebanyak rasa usaha selama ini tidak sia-sia. namun, ada impak lain. di mana kerja harus tip-top sepanjang 2 minggu ini. perlu diupdate segalanya. saya tidak seperti housemate saya yg begitu teliti dalam bab fail-fail ni. update dengan cepat dan pantas. saya pula lambat sedikit.

saya penat. betul! harus menyediakan segalanya. observation subjek major belum habis. nasib baik minor sudah! disebabkan kes itu berkemungkinan ketua jabatan akan turun untuk melihat saya mengajar. dan org itu adalah sangat RIGID ye dalam bab markah. dia pernah 'fail' kan budak. huhu..terasa ngeri.

timbul di benak hati, kalau tak tercalon pun tak apa.


16 June 2010

sYuKuR


alhamdulillah...
syukur ku panjatkan..
permintaan dikabulkan.


nota pendek si merah jambu:
terima kasih buat insan-insan bertakhta di hati...



06 February 2009

PADAT

hal kelmarin dan sebelumnya
masa amat terhad. apa taknya.. byk aktiviti akan berlaku dlm bulan februari ni. mesyuarat sukan, pusat sumber, ajk buku teks.. minggu depan dah kena prepare utk soalan ujian bulanan. kena kejar topic pula tu.. risau sgt ni. terutamanya dgn kelas yg hujung2 tu ~mcm mana nak buat dgn diaorg ni~

hal pagi tadi
muhaimin: eh teacher! watpa kat sini?

nur: awk tuisyen kat sini ke?

muhaimin: ya. teacher tak jawab pun soalan sy ~dgn muka ala2 nak merajuk~

nur: saja datang tgk tempat ni.

muhaimin: ooo

5 minit kemudian........

nur: good morning class..

students: good morning teacher..

tiba2 kanak2 ribena yg sorang ni tarik tgn nur.

muhaimin: teacher ajar kat sini? nape ajar English? kan kat sekolah teacher ajar sy matematik??

nur: tak boleh ke muhaimin?

muhaimin: bukan tak boleh. tapi pelik laaa....

hikhik.. nak tergelak tgk gelagat budak ni. reaksi muka dia cukup lucu. tak sempat nak ambik gamba tadi. pening la tu.. lupa nak bagitau, arini merupakan hari pertama nur ngajar kat pusat tuisyen kat sini. dlm entry yg lepas, nur ada ckp nak buat diri ni sibuk.. nah, skrg betul2 sibuk! keje bertimpa2.. masa rehat hanya hari sabtu. kiranya Allah dah makbulkan doa nur.

arini
cukup 6 tahun pemergian abah nur... arini juga hari lahir allahyarham. ~nur rindukan abah~
Al-Fatihah.....

04 January 2009

HARI PERTAMA

hari pertama menjalankan tugas utk mendidik modal2 insan. mcm2 ragam. cabaran utk nur mendidik kanak2 ribena ni...


"teacher, kwn sy tarik tudung....!!!"

hah?? adeh laa... *sigh*

01 January 2009

MENJELANGNYA JANUARI

1.1.2009 bermulanya hari di tahun baru.


sejak nur sampai je di sini, kehidupan berubah sikit. doa nur untuk sibukkan diri dimakbulkan Allah. mudah-mudahan dengan cara ni nur dpt cari kekuatan dalam diri nur. bila diingat tahun 2008, byk benda yg berlaku. samada sedih atau pun gembira. yg gembiranya, nur dah abis belajar dan dpt keje. yg sedih korang pun tahu kan. kekuasaan Allah yg tiada tolok bandingnya. Dia tarik sesuatu dari diri nur dan Dia berikan rezeki pada nur. Alhamdulillah.
arini dah abis duty sebelum bermula sesi baru. bermula tanggungjawab yg baru minggu depan. rasa berdebar dgn suasana baru, penampilan baru dan boleh dikatakan semuanya baru la. byk benda baru nur kena belajar. doa nur, agar dipermudahkan jalan dan urusan untuk menempa kejayaan.
lewat petang tadi, dpt sms dari kawan.
"mudah-mudahan hidup baru seiring sinar baru dalam diri nur akan menghasilkan ketakwaan yang lebih mendalam insyaAllah."
p/s: doakan agar perubahan ini berkekalan hendaknya...

29 December 2008

HIJRAH NUR

hari yg dinanti telah pun tiba. bermula satu tanggungjawab baru. satu permulaan dlm kehidupan setelah jatuh. penghijrahan nur ke sini bkn sekadar tempat je. hijrah segalanya. besar sgt. tak terfikir nak buat sumer tu. tapi disebabkan keadaan,nur kena buat. mungkin ni ketentuan dari Tuhan. apa yg nur nampak, perubahan utk kebaikan. walaupun hati pada mulanya agak berat utk menerima perubahan ini.

keluarga dan kawan2 byk membantu. keluarga begitu teruja utk melihat perubahan diri nur. nur faham, mereka risaukan jika nur masih dlm keadaan yg sebelumnya. alhamdulillah, walaupun tak pulih sepenuhnya, nur akan bangkit dari kekecewaan dulu langkah demi langkah.

doa selama ini utk menyibukkan diri termakbul jua.

salam maal hijrah.

25 December 2008

JAWAPAN YG DINANTI

alhamdulillah. khabar baik dari AS. nmpknya rezeki nur di AS. nur akan tinggalkan SA utk memulakan kerjaya di sana. sekaligus memulakan kehidupan baru dan mengubati hati yg terluka.

20 December 2008

PERMULAAN

esok pagi..
ada interview.
doakan nur berjaya...
Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa