Showing posts with label nasyid. Show all posts
Showing posts with label nasyid. Show all posts

18 June 2010

SaHaBaT

by AmaR

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat


29 October 2009

PERMATA YANG DICARI







lirik yg boleh dijadikan doa...

Ya Allah Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu

16 October 2009

AKU TANPA CINTA MU

dendangan kump.Mirwana







Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan Mu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cinta Mu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cinta Mu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan Mu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cinta Mu
Walau ranjaunya menusuk pedih


notakakidantangan:
antara lagu kegemaran nur. dgr di tengah malam sambil muahasabah diri sendiri, pasti airmata akan menitis. oh ya, jika ada yg menelefon nur, pasti mereka akan mendengar lagu ini di corong telefon sebelum nur angkat. dah bertahun, ni la caller ringtones saya! hehe..! moga kalian terhibur hendaknya.


15 September 2009

AMANI

nyanyian AMAR

baca arahan sblm mendengar lagu ini:
  1. tekan button pause pada lagu tema blog ini
  2. set mood jiwang...
  3. hayati lirik dan nyanyian yg syahdu syahdan ini dgn sebaiknya
  4. semoga anda terhibur



Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

notakakidantangan:
video sekitar majlis perkahwinan penyanyi nasyid AMAR
dedikasi dari AMAR buat isterinya, Wani
lawa benar isteri dia.. hukhuk.. terasa kekurangan..
lagu ni ada dlm album Hikayat Cinta

nur baru je tahu lagu ni bulan lepas

padahal album dah setahun mcmtu
sebabnya ... nur tak beli album AMAR yg the latest

sblm ni beli..
out dated la saya nmpknya.. :(

saya suka lagu ni
sambil berangan akan ada org yg akan nyanyi utk saya..

tapi tak tau sape dan bila

hikhik... berangan sudah!

tapi takpe, saya akan terus berdoa dan berdoa

saya teringat ulasan sahabat blogger
PengemisRedha(N.A.Y) dlm blognya
"
Jadilah lelaki yang soleh, insyaAllah akan muncul seorang yang solehah sebagai pasangan hidupmu"

walau tak mampu utk menjadi yg solehah
kerna byk kekhilafan serta kekurangan diri
namun bkn satu alasan utk memperbaiki diri sebaiknya
moga diberikan petunjuk oleh Allah

oh.. amar pakai baju warna pink masa kawin
so rasanya takde masalah kan if saya kawin nanti pilih tema warna pink?
agak2 nak ke pengantin lelaki pakai?
agagagagaga....

26 August 2009

DENGAR, BACA DAN RENUNG

dengar lagu ni
baca dan hayati bait2 liriknya
renung kembali kehidupan kita selama ini...
moga kawan2 terhibur mendengar lagu tema yg baru blog ini...
jom..insafkan diri!

Layar Keinsafan by Mestica


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


notakakidantangan:
saya suka lagu ni
ada bunyi seruling,
lirik yg besh..
yg tambah lagi besh
sbb ada nama saya
erk.. lain dah niat ni..!
huhu
termalu sudah!

23 August 2009

TERIMA KASIH TUHAN

a song by Mawaddah




sejuk je arini. lepas nur blogwalking arini, rasanya semua tempat hujan. alhamdulillah... taklah kita panas kan? hujan rahmat.. dan pasti ada hikmah di sebalik hujan ni. mcm semlm. hujan time solat terawih.. bak kata teman blogger ber_uwang, kalo tak ujan sure nur tak masuk ke ruang dlm masjid dan tgk kubah yg cantik membiru tu.. see? setiap yg jadi pasti ada sebabnya.

ah nur, pandai je ckp. kamu pun perlu fikir mcm tu tau setiap kali berlakunya sesuatu.. perlu!

baikkk!!
sembah


tgk tv arini, nur tgk byk program masakan. tv1 ada tv2, tv9 lagi.. kalo ada lagi stesyen tv, sure tak tertengok. coz masa tu lebih kurang sama. perlu pilih utk tgk yg mana satu. bonda suka tgk program masakan sheila rusly "ketuk ketuk ramadhan". resipi dia simple dan yg besh tak pakai serbuk perasa. then bahan2 pun senang cari. ok program ni ada buat buku resipi. ni yg tahun lepas.. byk jual kat kedai buku/majalah..


yg tahun ni nur tak jumpa lagi. bonda dah suruh cari tapi takde. maybe tak sampai ke AS lagi kot. then decide dgn bonda, insyaAllah arini nak buat nasi briyani udang. tak tau la apa yg akan jadi nanti coz nur yg nak masak.. mesti kelam kabut.. hikhik! nur nak kena kuar cari bahan skit.. will catch-up later..

oh ya... cikgu banihassim bagi kad virtual ramadhan.. terima kasih cikgu! nanti nur tempek di sini.

notakakidantangan:
lagu yg menyentuh perasaan..
cuba dgr lagu ni waktu malam.
tutup lampu dan pasang lagu ni.
to anne, wani and shikin
igt lagi tak lagu ni?
first time kita dgr masa slot muhasabah diri kat camp gunung datuk
masa pujuk anne nangis
pastu kita pun nangis sekali.. nangih


NOTES:
amik kad ramadhan dari nur di sini

13 August 2009

SESEKALI

by Wildan
sesekali kita perlu derita
sesekali kita perlu kecewa
untuk kita mengenali erti bahagia
untuk kita mengenali erti berjaya

sesekali kita perlu menangis
sesekali kita perlu terhiris
untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri
untuk kita mengenali diri sendiri

ujian yang datang menguji kesabaran
perlu keimanan dan ketakwaan
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan
jalan ke syurga penuh dengan likuannya
penuh dugaan dan rintangannya
hanya yang cekal dan yang tabah
pastikan menemuinya

masihkah lagi mahu menghitung
sedikit mehnahNya
jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
itulah tanda kasih sayang Allah
kerana kita sering terlupa
pohonkan doa kepada Tuhan
agar beroleh keredhaan


♥♥♥

seorg teman mengirim sms mlm semlm..

"penah dgr lagu sesekali dari wildan tak? lagu ni menginsafkan. lirik dia betul2 kena dgn situasi dan keadaan kita skrg.."


dan dia mengirim lagi sms petang tadi

"ada cerita duka seusai hati terhibur suka..."

emm.. nur cuba hubungi dia tapi tak dpt. mcm ada benda tak kena.. teman, kamu dirundung duka? dibelenggu masalah? jwbla msg itu ...

♥♥♥


notakakidantangan:
alhamdulillah perjalanan pulang ke kampung siang tadi berjalan lancar. terima kasih atas doa kawan2 yg mendoakan. sekembalinya ke rumah, dikejutkan dgn berita ketiadaan otai nasyid, Allahyarham Ustaz Asri... sgt terkejut bila baca di blog aini.. sbb tahu dr situ.. nur tak terbayang perasaan anak2 dia bila kehilangan ayah. kalo nur yg umur 20 tahun masa kehilangan ayah pun terasa kehilangan yg amat besar, apatah lagi mereka yg masih kecil ni. semoga mereka tabah... al-Fatihah....


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa