Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

13 September 2010

RaYa PaDa SaYa

aidilfitri disambut secara sederhana.
ditemani bonda, keluarga kakak dan malamnya dgn abg.
mungkin tak terasa kemeriahan bila tak semua bilangan ada bersama di hari raya.
bersyukur apa adanya.
cuma kemeriahan raya terasa seperti hari biasa.
tidak dirasai sangat.
pergi ke masjid.
berbaju baru.
memberi tahu diri bahawa itu hari raya.

aktiviti raya tetap berlaku di mana pulang ke kampung arwah ayahanda dan bonda tercinta.
ziarah kubur ayahanda.
tersedu, sebak di situ.
andainya dia ada, pasti meriah.
memegang batu nisan.
bermonolog di dalam hati.
mohon agar ayahanda dengar.
memberitahu anaknya kini sedang mengejar impian yg dicita dulu.
memberitahu anaknya berusaha membaiki keputusan yg dulunya hancur.

"abah... jalan yg adik lalui tak selurus adik beradik lain. tapi berkat doa mak dan adik beradik.. adik mampu berdiri di tempat sekarang. kalau abah ada, pasti abah gembira kan? maafkan adik jika keputusan dulu buatkan abah kecewa."

sebak.

pertama kalinya tiada nasi tomato seperti tahun2 sebelumnya.
pertama kali juga berlaku selama hidup ni.
bonda kata, tak payah buat hari pertama tu.
bila tiba hari kedua...
pun begitu juga..
entah kenapa nasi tomato memberi erti tersendiri buat diri ni..
terasa eksklusif dan ada nilai sentimental bila dihidangkan pada hari raya.

sedih sendiri.

sensitif kan?



07 September 2010

Raya Kian Menjelang


tak baper hari saje lagi kita akan beraya..
tapi nape ek..
dah besar2 ni tak rasa sgt nak raya.
tambah2 pula bagi nur dan kawan sekelas lagi la rasa tak best
allowance tak masuk lagi
emm.. masuk angin keluar asap la jwbnya

kekadang terfikir juga
mcm mana kalo classmates yg dah kawin tu
especially yg lelaki..
mesti nak kena pakai duit byk kan..
rata2 diaorg tu dah ada anak..

bak kata kawan nur..
"putus cinta pun tak rasa sgt sakit sgt. tunggu allowance lagi menyakitkan!"
ada benarnya..

oh ya...
tahun ni kad raya yg tradisional tu
tak dpt langsung!
uwaaa....
see.. how technology killed the traditional things..
tapi
dapat kad raya kat blog..


cumel kan?
si khawlah umneeya yg bagi
lama sgt tak gi blog mama dia..
tgk2 dah besar si cumel ni

thanks ye sayang..
huhu.. cumel sgt.
teringin nak ada baby..

haip..!! fokus belajar..



27 November 2009

SALAM AIDIL ADHA



Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog nur
maafkan andai ada keterlanjuran kata ketika menulis di sini

buat seorang teman, S...
semoga kamu tabah menerima berita tentang pemergian ayahmu yg tercinta pada pagi hari raya aidiladha.
aku doakan semoga kamu sabar dan tenang..
melalui sms yg ku terima.. aku tahu kamu sgt sedih
sehinggakan kamu kata kamu keliru dengan apa yg kamu rasai skrg..
aku pun pernah rasa begitu.
tapi kamu harus kuat utk ibu, kakak dan adik2 mu...
jgn risau, aku ada di sini utk berikan kamu semangat..



nota pendek si merah jambu:
masih igt aidiladha tahun lalu
betapa pantas masa berlalu

16 September 2009

SAYA SUKA NI, KAMU?

ni lagu favourite nur...
dengarkan ye...

Smileys



lagu favourite anda ape?
jom la kongsi kat sini...


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa