Showing posts with label kata2. Show all posts
Showing posts with label kata2. Show all posts

25 December 2010

Dua Perkataan

iaitu

kasih + sayang


kasih sayang penting dalam kehidupan
tidak ternilai harganya untuk dibanding
walaupun ia tidak mempunyai tanda harga


nota pendek si merah jambu:
itu yang aku dapat semalam selepas seharian duduk di kerusi
dan itu yang melekat di minda.
oh...
habis arini..

wuhuuuu!


14 December 2009

HIDUP INI... MATI ITU... PASTI!


tertarik dgn kata kata ni...



setiap yang hidup pasti akan mati
ada yang kematiannya sangat pantas
sehinggakan kita tidak sempat untuk menikmati hidup
ada yang diberi kehidupan yang sangat panjang usianya
supaya kita boleh mensyukuri nikmat Allah
singkat atau panjang usia seseorang
tujuannya adalah sama
supaya kita boleh beribadat kepada Allah
jika singkat usiamu bersyukurlah
dan jika panjang usiamu bersyukurlah
kerana semua ini ada hikmah dan rahmat di sebaliknya


~~ petikan dari cerita Nenek Kebaya ~~


09 September 2009

HAKIKAT KEHIDUPAN


sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan
tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba
biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya


notakakidantangan:
selamat pagi kawan2....!
moga hari ini hari yg ceria buat kita semua

07 September 2009

KELMARIN, SEMALAM DAN ESOK

kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita
semalam adalah teladan serta pengajaran buat kita
dan untuk menghadapi hari esok
jadikanlah kelmarin dan semalam itu
sebagai pedoman dalam menerokai sebuah kehidupan


notakakidantangan:
saya sedang memotivasikan diri saya pada hari ini

dan
saya asyik mendengar

dan
menyanyi lagu tema ini

oh... entry apakah ini?

03 April 2009

RENUNGKAN...

“barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa