Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

18 August 2011

Yang Elok Jadikan Tauladan

bulan ramadan adalah bulan yang mulia dan bulan yang mengajar kita untuk menginsafi atas kesilapan yang pernah kita lakukan. bulan ini juga menjadi bulan untuk kita bermuhasabah, berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

nur terlihat link ini di FB seorang sahabat dan ingin berkongsi dengan anda semua... yang baik jadikan lah sebagai tauladan, yang tak baik jadikanlah sempadan.
















nota pendek si merah jambu:
tersentuh hati mendengar cerita mereka..



15 August 2011

Solat Tiang Agama

teringat waktu kecil dahulu bila mak suruh saya solat. umur 6 tahun ada lagi ngelat-ngelat. umur 7 tahun mak akan pantau saya solat ke tidak. jika lambat mesti mak akan kata "kalau lambat makan marah tak?" jawab saya... "mestilah. perut lapar. nanti angin masuk banyak." mak akan sambung, "macam tu juga solat. Allah marah kita tinggal solat. kalau dah masuk waktu kena solat. jangan lambatkan. nanti masuk angin."

macam tu la mak suruh. sampai la umur 10 tahun mak akan pantau. tapi sekarang pun mak akan tanya juga. kalau lambat solat mesti mak geleng kepala atau mendengus bila cakap di telefon. mak begitu prihatin solat solat ni. itu cara mak mendidik saya untuk solat. mak kata abg-abg saya yg lain kakak yang pantau diaorg solat waktu kecil. masa tu kakak dah sekolah. jadi kakak akan jadi cikgu kat rumah ajar adik-adik dia. waktu tu mana la saya lahir lagi. kalau tak, mesti jadi anak didik kakak secara tak langsung. patutlah kakak jadi cikgu sampai sekarang. hehe...

saya ada terbaca tentang cara Wardina Safiyyah mendidik anak sulungnya, Amna Nafeesa untuk solat seawal usia 7 tahun. tersentuh juga bila baca tu. arini saya nak kongsikan dengan anda bacaan saya tu.



BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...


I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:-kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"


3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????


She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!


And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!


I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?




kalau si kecil boleh faham kenapa harus solat, kenapa tidak kita yang dah besar ni. kan? semoga coretan ini memberi kita satu pandangan yang positif dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.



28 March 2011

Sticker oh sticker

memandangkan bukan senang nak lapang macam ni. jadi nur amik kesempatan nak update blog. keje tu ada. tapi 'put aside' kejap.

dah lama rasanya tak bercerita tentang kanak-kanak ribena. tadi masa mengajar kanak-kanak ribena 4 Dee. masa tu English. buat group work. mereka kena gabungkan ceraian-ceraian perkataan dan disusun menjadi 5 ayat. kelas 4 Dee ni ada 2 orang budak pemulihan. mereka ni selalunya akan diam. tapi akan aktif bila buat kerja kumpulan. cuma untuk subjek muzik diaorg berdua ni akan lebih aktif dari waktu subjek English.

udin dan tarmizi ni diletakkan juga dalam kumpulan. tapi berlainan. tarmizi ok. cuma si udin ni tiba-tiba je menangis. rupanya dimarahi oleh aiman. kawan diaorg ni cerita, "teacher tau tak aiman kata si udin ni lembab. buat keje pun tak tahu. kenapa nak masuk kumpulan."

ish.. patutla nangis. padahal sebelum ni kawan baik kot.

bila ditanya aiman, "dia memang macam tu teacher. selalu tak datang sekolah. macam mana nak pandai."

adoi.. lagi la demotivated budak tu.. masa tu pujuk la si udin untuk join kumpulan tu dan bagi motivasi kepada yang lain untuk bekerjasama dengan dia. kesian la pulak. nak buat macam mana. dah dilahirkan dan mempunyai kekurangan di situ.

pastu terfikir sesuatu...

"siapa yang bekerjasama dengan baik, cakap dalam bahasa inggeris, bincang nak selesaikan jawapan tu akan diberi sticker. nak tak?"



"nakkkkkkkkk!!"

terdengar si aiman kata pada udin. "me help. you help.."

udin pun terus angguk kepala.

haha..jadila. dari tak cakap terus English tu..

nota pendek si merah jambu:
hebatnya penangan sticker ye...



07 December 2009

BELAJAR UBATI KEKECEWAAN

nur terbaca artikel ni.
rasa nak kongsi dengan pembaca semua...


Panduan membuang rasa kecewa:
  • Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Illahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

  • Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkanlah ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

  • Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.

Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

  • Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).

Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Jika anda mengadu, sedikit sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda perolehi daripada mereka.

  • Beri tumpuan pada hidup
Teruskanlah berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.


nota pendek si merah jambu:
bila cikgu ribena post entry motivasi..hehehe!
ingatan untuk diri sendiri juga...



10 August 2009

TRY AGAIN

by Westlife




Hush now don't you cry
There will be a better day
I promise you
We can work it out
But only if you let me know
What's on your mind

Baby, you thought it was forever
Through any kind of weather
But some day you will find what you're searching for

Try again
Never stop believing
Try again
Don't give up on your love
Stumble and fall
Is the heart of it all
When you fall down
Just try again

Smile now, let it go
Hey, you will never be alone
I promise you
If you can't fight the feeling
Surrender in your heart
Remember love will set you free

Baby, you thought it was forever
You would always be together
But someday you will find what you're searching for

Try again
Never stop believing
Try again
Don't give up on your love
Stumble and fall
Is the heart of it all
When you fall down
Just try again

Baby, when a heart is crying
Its sometimes feels like dying
The tear drops fall like rain

Baby, you thought it was forever
You would always be together
But someday you will find what you're searching for

Try again
Never stop believing
Try again
Don't give up on your love

Try again
Never stop believing
Try again
Don't give up on your love

Stumble and fall
Is the heart of it all

When you fall down
Just try again

notakakidantangan:
will fight and try again



08 August 2009

CERITA HATI




nyanyian asal dari Hafiz Hamidun


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


notakakidantangan:
mengumpul kekuatan dan mengutip pelajaran yg ada buat bekalan.

28 July 2009

25 TABIAT MELAMBANGKAN SIKAP SUKA BERFIKIRAN NEGATIF

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.

5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi anda.

7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.

8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada anda.

9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding anda.

10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari anda.

13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain respek anda, tapi sukar untuk anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat anda marah.

17. Menganggap diri anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian anda lebih hebat dan anda tak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.

24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.

25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan bagaimana rupa fikiran, positif atau negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.

Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada anda, itu tandanya anda kena berubah kalau anda nak ada kemajuan dalam hidup.

Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang.

Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.


notakakidantangan:
pemikiran negatif ni perlu tapi kena pada tempatnya. sebagai contoh jika kita confuse dalam membuat keputusan. nur rasa dlm hal yg mcm tu kita perlu lihat pro dan kontra tentang sesuatu perkara, lihat kelebihan dan kekurangannya sebelum keputusan dibuat.

sekadar pandangan...


14 July 2009

MUHASABAH CINTA

airmata laju menitis tatkala mendengar lagu ni..
buat teman2 nur...
hayatilah lagu dan lirik yg indah ini.




by EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

26 June 2009

KERNA AKU SEORANG WANITA


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."



notakakidantangan:
Msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Setiap Wanita itu Cantik.

09 May 2009

KIBLAT KU

pagi2 lagi nur dgr lagu ni.
seakan menyuntik sedikit motivasi di dalam diri
.
nak letak video tapi tak pandai.. huhu...

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...


>> Kiblatku by Hazami <<


03 April 2009

RENUNGKAN...

“barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa