02 December 2010

Tak Kesampaian

episod kasih antara dua insan
terputus di tengah jalan...

aku lihat dari jauh
mereka berdua berteleku diam membisu
si gadis melihat rimbunan awan
si kacak memandang tasik di hadapan

"maafkan aku. Dulu aku alpa dlm menentukan hala hidupku. Hingga aku melepaskan sesuatu yg amat berharga dlm hidup. Aku lupa menilai mana satu kaca mana satu permata."

si gadis menitiskan airmata.

"aku tak pernah lupakan kamu. Tapi perhitungan ku salah membuatkan aku jadi serba salah bila mahu hubungi kamu. Aku berdosa. Aku sakiti hati kamu."

si gadis mengesat airmata. Lantas bersuara setelah diam agak lama...

"aku tak tahu di mana aku harus mula bicara. Aku kesal ia terjadi. Mungkin salahku juga. Ya,kasih dulu masih ada. Subur biarpun banjir dgn airmata."

"sayang.. Aku redha jika ini takdirnya. Aku terpaksa lepaskan kau. Kau berhak mencari kebahagiaan. Tak usah tunggu aku kerna aku takut sekali lagi kecewakan dirimu."

lantas disampuk oleh si gadis...

"kau sudah tidak sayangkan aku? Begitu?"

si kacak tunduk membisu. Hanya airmata mengambil tempat meluahkan isi rasa. Menitis, mengalir dari pipi ke meja. Sejenak dia mengambil nafas panjang.

"kau yg pertama dan terakhir. Cinta yg tak ada duanya. Biarpun di depan mataku satu jasad yg lain, kau tetap kukuh berada di hati. Aku teramat kesal dengan tindakan ku dulu."

aku melihat adegan itu dengan seribu persoalan. Kenapa jadi begitu? Kekesalan apakah hinggaka si kacak tega menitiskan airmata. Jarang aku lihat kaum adam menitiskan airmata tanpa sebab. Hendak saja aku jadi wartawan hiburan, menyoal apa yg terjadi. Adakah insan ketiga ada terlibat??

Menarik!

"apa keputusan yg aku ambil dan berita yg ku sampaikan pada kamu adalah jalan terbaik?"

suara si gadis memecah kesunyian.

"terbaik buat kamu. Itu demi masa depan. Aku redha dgn takdir ini. Bukankah aku yg pilih keadaan ini dan biarkan kau jadi mangsa dan menanggung rasa kecewa? Kau ingatkan betapa sakit kau menahan atas tindakan aku dulu?"

si kacak terus menyambung hujahnya...

"sayang, aku relakan demi masa depanmu. Usah kau tunggu aku. Aku ada dia yg tak dapat ku lepaskan atas rasa belas pada permata hati. Andai dia tiada, pasti ku lepaskan si dia. Aku tak berupaya mengubah cerita cinta kita."

esakan si gadis kedengaran. Aku mula pasang telinga.

"kau relakan aku cari pengganti?"

"ya.. Demi masa depanmu. Bukan kerna benci. Aku teramat sayang, cinta dan rindu pada dirimu."

"kau kejam!"

"katakan saja apapun aku terima. Salah aku... Ia salah akuuu.."

si kacak menepuk-nepuk dadanya tanda dia mengaku dialah punca keributan ini.

Si gadis bangun dengan airmata yg tak putus dan terus meninggalkan si kacak di situ.

"maafkan aku sayang.. Aku bersalah... Itu salah aku.. Aku buat kau kecewa. Pergilah. Aku relakan. Terimalah lelaki itu. Dia pasti membahagiakan mu. Aku tak mahu kau terus kecewa atas peristiwa silam... Hingga hujung nafas terakhirku, kau tetap di hati. Tak kan berubah.."



15 kesan jari:

white rose said...

ewah2...
mengintip orang dating ye...
sambil2 tu buat dialog sendiri...

beautiful_rose said...

cinta yang tak kesampaian... =(

Beruwang said...

kisah sape nih

piNky LuCiA said...

hmm.. redha itu penting. :)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

white rose:
haha...
tak intip pun ye...
sekadar cerita..



beautiful_rose:
ya..
terputus di situ..



ber_u_wang:
kisah insan yg bercinta
=)



pinky_lucia:
berbalik kpd pegangan
percaya pada qada' dan qadar

Ciklinn said...

sangat best saaat bercinta...

mamai said...

tak ada sambungan ker nie yang nak marah nie

Anonymous said...

Pretty nice post. Aku hanya tersandung pada blog Anda dan ingin mengatakan bahwa saya telah benar-benar menikmati browsing posting blog Anda. Dalam hal apapun saya akan berlangganan feed Anda dan saya harap Anda menulis lagi segera!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

ciklin:
bau busuk kata wangi..
masa ni je la dpt dgr camtu.
kan?
;)



mamai:
haha..
jgn marah2 bro..
nanti cepat tua



anonymous:
thanks sudi singgah sini
insyaallah..
nanti sy update lagi ye

si para para said...

waa best cerita ni...
pandainya karang cerita..
msti BM dapt A1 ni kan..

cerita betul ke main2 ni..hehe

sal said...

as-salam
cerita sangat menarik..kreatif betul.pandai penulis mengarang bait2 cinta..walaupun bernada sedih..

ARUS RASYID said...

Episod yang memilukan dari kisah cinta... Mudah-mudahan bukan pengalaman sendiri ya

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

si para para:

huhu..
malangnya spm bukan A1..

cerita2 saje ni..


sal:
terima kasih..
ilham dari YG Esa..


arus rasyid:
bukan pengalaman..
imaginasi insan bercinta..
=)

si para para said...

teruskan menulis cerita mcm ni...suka la baca..ni dtg baca lagi.hehe cari ilham

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

si para para:

hehe..
silakan singgah lagi..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa