01 December 2010

Jangan Cari Saya

kelmarin...

hp berdering tapi tak sempat angkat. tgk2 ada 4 missed call. check msg, ada pesanan di talian. dgr la suara budak lelaki.. "teacher, jangan cari saya.."

hoh..pulak!
siapa pun aku tak pasti.
sebab dengar suara je.
takde disebutkan nama dia..
nak call balik, tu number public phone.
terfikir juga siapa gerangannya.
tapi tak tercapai dek akalku.
lantas, dibiarkan saja.

tengahari tadi.
hp berdering lagi.

nur: hello

budak lelaki: teacher.. ni saya

nur: saya tu siapa ye?

budak lelaki: sirajudin

nur: oo.. apa khabar?

budak lelaki: baik.sihat. tapi tak tinggi lagi.macam tu juga.

nur: hehe.. ada ke macam tu.

budak lelaki: teacher.kalau gi sekolah jangan cari saya tau

nur: oo.. kamu la yg call semalam ye?

budak lelaki: aa.. saya la! saya takut teacher tak dengar msg tu. itu yg saya telefon lagi ni. teacher.. saya nak pindah sekolah. tapi teacher jangan risau. jangan tukar nombor telefon. nanti saya telefon teacher lagi tahun depan.

nur: kenapa? takut naik darjah 6 jumpa sir ke?

budak lelaki: tu pun ada juga. tapi mak cakap mak takdak duit nak bayar yuran sekolah.

nur: dah bincang dengan pihak sekolah ke?

budak lelaki: tak.. dapat nombor berapa aritu pun tak tau..

nur: emm..takpelah..sekolah mana pun pegi kena rajin belajar. tak boleh main2.. faham?

budak lelaki: ok! tapi kalo sengih2 takpa kan teacher?

nur: haa.. tu termasuk main2 la..

budak lelaki: ala teacher ni. dah sengih tu trademark saya. nak buat macam mana. dah paksa tak mau sengih tapi sengih juga..

nur: haa..ada2 je la jawapan kamu ye.

talian terputus..mungkin habis syiling. sanggup dia telefon semata-mata nak bagitau dia tak de kat sekolah tu nanti.. aduhai.. terasa rindu benar dengan kanak2 ribena tu. dah nak naik darjah 6 tahun depan...

cepatnya masa berlalu.


4 kesan jari:

schaa said...

pandai budak sekarang kan...
pandai wat lawak....
sayang cikgu siap call lg
terharu plakk

white rose said...

kesian dorang kan...
rindu dorang kat nur...

Idalara said...

salam Nur..
muga nur sihat2 ye..kak ida pun lama dah tak singgah sini..
terkenang semul azaman kak ida jd cikgu dulu...tentu anak2 didik kak ida dah berjaya dalam kehidupan mereka.

si para para said...

mesti best jadi cikgu kan..ramai orang kenal..boleh ajar budak2...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa