07 September 2010

Kenapa Dia Menjadi Mangsa

dapat sms dari teman lama dulu. bercerita tentang seorang kawan.. bercerita tentang kisah cintanya yg tak kesampaian.. asasnya, perkara ini lebih kurang sama dengan perjalanan kisah hidup ku yg dulu.

si dia bakal berkahwin pada hari raya ke 5. teman ku itu dalam keadaan sedih. si dia tu adalah kawan ku juga. baru saja ku temui 2 hari lepas. tapi tegakah kamu wahai kawan buat sebegitu pada dia yg kamu sayang..? atau sayang tu hanya mainan di bibir kamu?

aku seakan pelik dan kurang mengerti..

sukarkah bagi kamu untuk menyatakan yg sebenarnya? sukarkah bagi kamu untuk tegas jika kamu punya pilihan kamu sendiri. adakah dengan berterus terang kepada keluarga kamu itu menjadikan kamu anak derhaka? tak boleh kah bermusyawarah dengan cara yang sebaiknya..?? kamu kan lelaki..!!

kesian dengan keadaan kawan ku itu..

telah ku peringatkan pada kamu wahai kawanku.. waktu si dia ditunangkan oleh keluarganya.. aku telah ingatkan kamu jangan lagi berhubungan. hentikan saja. kelak kamu yg merana.

tapi kamu degil.

kamu kata ayat dari dia "aku masih sayangkan kamu" buatkan kamu berasa sedikit sinar ketabahan. tapi lupakah kamu..nanti dia punya isteri yg perlu dijaga. sedangkan kamu hanya secebis sejarah, insan yg pernah hadir dlm kamus hidupnya.

aku tak sanggup melihat kamu menangis. kerna aku tahu betapa sakitnya rasa itu..



3 kesan jari:

hans said...

untung dia masih ada kawan seperti ekau cikgu nur

P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hans..
kawan perlu begitu kan?

white rose said...

urm...situasi kita ni sama la nur...
kawa2n dyla pun ade gak yg terjdi mcm ni...

dyla dh nasihatkan, tapi akhirnya diri sndiri jugak merana...

beginilah keadaan orang yang selalu dipermainkan...

semua ini memberikan kita erti kehidupan yang kita sendiri tak jangkau dek akal...

ape2 pun nur,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
AMPUN MAAF DIPINTA DIATAS SEGALANYA...

semoga bulan kemenangan ini memberikan seribu kemenangan buat kita semua...

hati2 dijalan raya...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa