03 May 2010

DiaLoG & MoNoLoG

dialog...

"iradah adalah kehendak Allah dan kudrat adalah kuasa mahupun keupayaan bagi merealisasikan kehendak itu. Dengan iradah dan kudrat inilah Tuhan menetapkan takdir manusia. Segala yg tersurat akan terzahir mengikut masa yg ditetapkan."

"takdir yg tersurat itu seperti rezekimu, jodohmu dan ajalmu. kamu perlu sedar, sekuat manapun usaha dan ikhtiarmu namun natijahnya hanya Allah sahaja yg berhak menentukan. Jika kamu lalai, kamu akan mudah dibelenggu kekecewaan. Sebaliknya jika kamu mengerti bahawa segala usaha dan ikhtiar kamu akan ditentukan Allah, pasti kamu akan reda dan mampu menerimanya dengan lapang dada."

berlapang dada itu bukan suatu yg mudah....

"Contohnya jika Tuhan menarik seseorang yg kamu cintai. Sama ada mematikan atau memisahkannya darimu, pasti kamu akan dihenyak ribut emosi. mungkin sahaja dirimu melatah andai kesabaranmu hilang. ataupun kami bersikap pasrah. ia bukan suatu yg senang."

"kamu harus yakin, setiap ketentuan Tuhan terselit hikmah. keadilan Tuhan kadang-kadang tersembunyi dan sukar dimengerti. namun percayalah, Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya. tidak pernah sama sekali."

"memang sukar untuk melihat akibat sesuatu perkara. ia tidak mampu diyakini dengan semena-mena. bukan mudah, namun jika kamu seorang yg berfikir, kamu pasti akan menemukannya. tidak ada suatu perkara baik yg berlaku melainkan ada juga keburukannya. begitu juga sebaliknya. dalam dunia ini tidak ada seratus peratus sempurna. semua perkara ada baik dan buruknya. ia bergantung pada individu yg merasai dan cara mereka memahaminya."

monologku...
musim cuti sekolah bakal tiba. kawan2 mula melayangkan kad jemputan. aku terus ditanya. aku pasti masa itu akan tiba nanti...mesti melupakan apa yg telah berlaku. telah tiba masa utk melepaskan memori itu. meminggir segala memori silam.. mengintai ruang baru. meletakkan kebahagiaan di situ.



nota pendek si merah jambu:


~ petikan dari novel ~


2 kesan jari:

Hafiz Yusof said...

i percaya kepada tuhan..dialah segalanya..dialah yang mengurniakan segalanya..tiada apa milik kita dlm dunia ni..hanya pinjaman saja utk diusahakan..sekian..hehehhehe

mamai said...

jom lepak shah alam musim cuti sekolah nie

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa