12 March 2010

Robek Ditampal, Luka Dibalut, Ku Teruskan...

telah tertulis aku harus lebih bertahan mengharungi hari. kata iparku... diuji kerana itu tanda sayangNya. ayat tersebut buatkan aku terfikir bahawa aku tak lepas dari pandanganNya. Alhamdulillah... cuma aku tewas. bukan kali ni. tapi selalu... malunya pada org lain, apatah lagi pada diri sendiri.

tahniah pada fruitson dan fruitdaughter atas keputusan cemerlang yg kalian berdua terima semalam. betapa laluan utk jalan kegemilangan amat cerah, luas dan berpandu. betapa beruntungnya kalian jika dibandingkan dgn org yg menulis ni. pastinya jika tragedi dahulu tidak berlaku, pasti aku juga boleh berbangga dgn diriku. mungkin keputusan seindah kalian. tapi aku tetap bangga. pengalaman ku perolehi.

mengejar segulung ijazah dgn apa yg ku terima bukanlah perkara yg mudah. walaupun ia berada di genggaman, biarpun paras ijazahku lepas... jalan utk kunci kegemilangan masih samar. mereka tetap memandang apa yg jelek di sijil ku. aku kena bertahan lagi.


[penghargaan]


[terjemahan: Bacaan ketika duduk di antara dua sujud]

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku, kayakan daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



nota pendek si merah jambu:
terima kasih...



9 kesan jari:

Beruwang said...

setiap kejadian pasti ada hikmahnya

insan pendidik said...

salam NuR,

kebahagiaan tu tetap ade tapi lom menjelmakan diri kot.. anyway yg ptg usah mudah putus asa.. tahniah gak pd fruitson & fruitdaughter tu haha.. dan untk auntie NuRnye selamat bercuti dan moga berbahagia slalu..:)

Diarihatiku1976 said...

itulah kan.. usaha tangga kejayaan.. byk usaha cemerlang.. kalau tak usaha malap..

mamai said...

masih belum terlewat lagi.....

wanita mutalib said...

bertahan ya cikgu..

semoga semuanya elok saja nanti..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[ Ber_u_wang ]
~ pasti ada
~ cuma belum terlihat




[ insan pendidik ]
~ ya.. usaha dan usaha..
~ selamat bercuti IP

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...


[ Diarihatiku1976 ]
~ malap mcm mentol
~ hehe


[ mamai ]
~ harap belum terlewat
~ cuma ada masa patah jiwa; on and off


white rose said...

hai nur...

zaman kegemilangan kita masih bersinar2 jika dibandingkan dgn mereka...mereka juga bakal menempuhi cabaran ini...usah diragui kejayaan yg kita sendiri ciptakan...

apakan daya keupayaan kita xsehebat mereka skrg...tapi syukur kerana kita punyai kejayaan yg berterusan...mereka??? belum ditentukan lagi...

semua ni adalah Rahmat dari Ilahi...syukur kerana dimilikiNYA...

najihah said...

SEBELUM TU NAK AMEENKAN DULU DOA ANDA..

moga sentiasa dlm rahmatnya..

...Allah tak membebani seseorang itu melainkan dgn kesanggupanNya
Al-Baqarah:286

:)sELAMAT BERCUTI WAHAI PENDIDIK!!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa