09 March 2010

PaHiT dan MaNiS rakan sejiwa

Juen si pembuat biskut cinta. bekerja di sebuah kedai bakeri di kota terpencil. kedai yg cukup terkenal dgn biskut cinta ciptaan Juen. pada suatu hari, Juen didatangi oleh seorang gadis. wajah yg biasa dia lihat di kedai tersebut. gadis itu menegurnya..






gadis: boleh saya bertanya sesuatu?

juen: silakan..

gadis: kenapa biskut ini dinamakan biskut cinta sedangkan bukan berbentuk hati. hanya berbentuk biasa, serupa biskut jacob saja.

juen: kerna aku membuatnya dgn penuh rasa kasih dan sayang.. biarpun luaran tidak menepati nama yg diberikan, aku rasa ia sepadan dgn tafsiran individu itu sendiri.

gadis: selalunya bila dikaitkan dgn cinta, mesti kamu kaitkan dgn perisa strawberi. tapi kenapa coklat?

juen: kamu suka coklat?

gadis: suka.. tapi bukankah coklat itu ada pahitnya?

juen: ya.. itu benar.. di sebalik manisan coklat terselit kepahitan biarpun sedikit.

gadis: kalau sudah begitu, kenapa perlu diadun dalam biskut cinta?

juen: aku mahu tanya kamu.. adakah satu perhubungan percintaan itu hanya terdapat manisnya saja??

gadis: pengalamanku sendiri, ada turun naiknya perasaan. ada suka ada duka. adakala aku gembira adakala aku menangis.

juen: nah.. itu yg aku mahu sampaikan. pahit dan manis adalah rasa jiwa. pasti seiring. kehidupan satu kenyataan. bukan hanya omongan kosong atau bayangan fantasi.

gadis: baru aku faham maksudmu..

juen: kamu harus jujur. apapun rasanya, lidah tidak dapat menipu. itu adalah kenyataan yg harus kau tempuhi.


nota pendek si merah jambu:
jujur itu mesti


6 kesan jari:

Amieynna Amin said...

betul..
even..
hidup pon xsumenye manis..
ape pun sumenye kite kene telan..

Diarihatiku1976 said...

tapi cinta itu buta...

mamai said...

itulah yang indahnya tentang kehidupan ini pahit dan manis adalah satu

Beruwang said...

kenyataan itu kedang kala pahit

Eyqa Zaque said...

Ya benar kejujuran akan wujudnya kepercayaan, dengan kepercayaan tersemailah kasih sayang. :)

Sirah@Cyrah said...

itulah cinta...terlalu banyak perisa..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa