06 February 2010

Kau Pergi Jua

6 februari 2003 --- 6 februari 2010

abah meninggalkan kami sekeluarga

bersamaan hari lahirnya...





selama itu aku berpaut pada kasih sayang bonda juga kekanda ku yg lain. perginya abah mengajar ku erti kehidupan. jika dulu bergantung padanya, kini harus ku lakukan sendiri. aku antara anak yg selalu ditegur, mungkin kerana mewarisi sedikit sifat abah. tegas itu ada antara kami. dia tak penah pukul kami adik beradik. cukup dgn dgr suaranya, kami jadi takut.

aku masih ingat waktu menerima panggilan dari abg chik pada pagi khamis(selepas subuh),6 februari 2003. "abah dah takda." waktu itu aku mampu lagi menenangkan perasaan bonda. tapi bila tibanya aku di hospital kuala lumpur, melihat sekujur tubuh terbaring atas katil di wad ICU, airmata tak dapat ditahan lagi. hinggalah jenazah dibawa pulang ke bukit mertajam. airmata terus menitis. masa itu terngiang pesanan abah "adik, Allah akan pelihara hidup adik."

al-fatihah

21 kesan jari:

Amieynna Amin said...

salam..
sabar ye.. setiap yg tjadi ada hikmahnya...hikmah diatas pmergian ayahanda kamu menjadikan kamu lebih matang dan lebih tabah..

Anonymous said...

salam...nur,

al lama x singgah komen di blog nur,
maklumlah blog pun dah x de..

alfatihah ..semoga roh ayah nur dicucri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yg soleh..amin.


al

sI tEDI said...

Al-Fatihah untuk abah Nur.

bEEdLE d' bARd said...

kak, tabah yer..

sy paham prsn akak..

semoga arwah dtempatkan bersama2 orang soleh...

yoro okino said...

kak nur semoga tabah k
takziah tuk kaknur sekeluarga..
tuhan syg kn dier

smoga abah akak berada di kalangan orng2 bertqwa..aminn
alfatihah..

Cik Amy Sensei said...

salam nur..

moga awak tabah menempuhi kehilangan seorang insan yang bermakna ini dengan sepasrahnya..

saya memahami perasaan awak kerana saya juga melalui perkara yang sama iaitu kehilangan orang yang disayangi buat selama-lamanya..

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

Salam kak nur.. Al-Fatihah buat arwah. Rasa tak mampu nak kawal perasaan kalau perkara yg sama jadi kt kite huhuh. Mohon Allah panjangkan umur ayah.

hisham said...

Al-fatihah..kite same2 anak yatim...

kawie2020 said...

dulu ustaz kawie pernah berkata, kita kenalah selalukan doa untuk aruah ayah dan ibu kita.

kerana hanya doa kita yang dapat menolong mereka di alam sana.

dan kita jgnlah mengingati tarikh kematian mereka kerana kita akan terdorong untuk berdoa utk mereka pada tarikh itu jer.

sebab tu ustaz kawie dulu x bg ingat tarikh kematian tetapi teruskan berdoa untuk aruah setiap hari dan malam...

anak yang soleh/solehah selalu mendoakan kedua ibubapa dia...

alfatihah...

deen said...

Al-fatihah buat arwah.. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. amin...

Billet-DOux said...

Salam kak nur..
semoga arwah ayah akak bersemadi dengan aman. amiin. InsyaAllah

insan pendidik said...

salam NuR,

setiap kehilangan itu mmg kite akan rasai apatah lg kalau org yg kite sayangi, bersabarlah dan IP berdoa agar semoga roh ayah NuR ditempatkan di sisi orang2 yg beriman.

maiyah said...

al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat

blueCITY® said...

salam...

al fatihah nur,


sabar dan banyak berdoa padanya

white rose said...

semoga arwah dilimpahi rahmat & keredhaan Allah...

doa anak yg soleh/solehah adalah untuk ayah & ibu yg soleh & solehah...

Ah Fatt said...

al fatihah untuk abah mu

hans said...

al-fatihah

TUKANG KATA said...

salam takziah ya...bersabarlah..sesungguhnya Allah bersama org yang sabar..

al-fatihah..

triple x malaya said...

dalam hidup ini kte sentiase perlu tabah meharungi segale dugaan,anggap ia sesuatu penilaian dari NYE..semoga roh ayah anda di rahmati..al-fatihah,

ber_uwang said...

hidup kena teruskan dan ingat pesan dia.. semoga akan selamat dunia akhiarat

Membuat sebuah blog yang bagus said...

sabar.... :-)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa