14 December 2009

SAMBUNGKAN...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf, bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku


jom..
sambung2 ayat di atas ni
mengikut idea dan kreativiti kamu tersendiri....


nota pendek si merah jambu:
meh uji minda...


30 kesan jari:

anaklaut said...

salam...nur,

petang tadi,
ku dengar sang burung menyanyi merdu,
merenung aku di tepi.
tapi tak pula ku membals
maaf, bahasamu bukan bahasaku.
jiwamu bukan jiwaku.

SAMBUNNGAN..

Petang tadi juga,
kulihat kepul-kepul kumpulan awan resah yang menghempap kedinginan petangku,
Siulan angin menderu bagaikan satu jeritan panjang yang merayu..
lalu..
dengan kaki yang berat dan jiwa yang separuh sepi,
ku teruskan melangkah ekor cahaya
yang tersisa petang tadi,
tinggalkan satu lagi bekas tapak perjalanan hidup ini,
petang tadi
ku berharap bertemu pelangi..
namun ku hampa.

al

piNky LuCiA said...

andai aku jadi seperti mu,
akan ku terbang tinggi ke awan gemawan.
ingin ku lihat semua keindahan yang ada..
ingin ku lari jauh2 dari semua yang terjadi..
betapa aku ingin jauh..
tapi apa kan daya ku..
aku bukan mu..
burung yang menyanyi merdu..

lalala~ tak tahu dah nak sambung pe.. hehehe

iqbalsyarie said...

ops...bila ilmuan berbicara,maka insan jahil seperti saya cuma menjadi pembaca yg menghayati indah susunan kata-kata...hehe

maiyah said...

petang tadi jugalah ko berak kat ataih baju aku wahai burung heheh :D

ustazah dyLLa said...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf, bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku

smbungannya...

andai kta sling memahami
sudah pasti kta saling mengerti
daku cuba untuk hayati
namum kau ttp bernyanyi...

seakan faham apa yg ku kata
kau terbang tinggi menuju kesana
mengapa burung kau tdk berkata2
membuatkan daku tertanya- tanya...

have a nice day... :)

mamai said...

sorry bro tak leh nak sambung pasal otak beku nie blurr di pagi hari mamai tak cukup tido

chekgu BaniHassim said...

lagumu bukan laguku...
hidupmu bukan hidupku..
spesismu bukan spesisku...

entah ape2ntah...
hahaha
tak reti la nur...

GhOsToNe said...

ak merenung kau lagi..

melihat badanmu yg berlemak..

menggamit perut ku tok berkeroncong...

lantas..

ku mggapai m16..

milik bekas pak guard skolah ku..

lantas ku menghadihkan sebutir peluru..

ikhlas dariku..

alhmdulilah..

ko menikmati peluru ithu..

lantas jatuh menyembah bumi!

padan muka!!!!!

ber_uwang said...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf, bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku

petang tadi
ku mengerti sang burung berkawan
tampa memilih rupa dan kekayaan
tersenyum sinis
manusia di bezakan dengan kebendaan
sedangkan kita semua
mahluk tuhan

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak nur...tak upaya nak sambung..tak dak bahasa yg cantik2...tak kreatif sama...

juk said...

burung...
biarlah kau bahagia dengan duniamu
izinkan aku menempuhi sisa-sisa hidupku dengan sendiri
sehingga mataku terpejam...

CIK IZ'S said...

..sambungan..

hatiku milik jiwaku
bahasa yang ada kini hanya aku yang memahaminya,
ku dengar sang burug terus menyanyi,
tidak jemu mengajak aku berbalas,
namun,
aku bukan sepertimu,
punya nyayian yang senantiasa merdu..
nantilah..
bila nyanyian ini merdu,
akan ku sahut nyanyianmu..

(^_^)

~salam ukhwah ~

beautiful_rose said...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf,bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku

aku sekadar tersenyum
dan kau mengangguk
bagaikan memahami akan maksudku
alangkah baiknya jika aku juga
boleh menjadi sepertimu
terbang bebas sambil menyanyi riang...



nur,ko telah ditag jadi sile rajinkan tangan yerk..... =p hikhikhik



http://azieriezsrose.blogspot.com/2009/12/bayar-hutang-cik-penggemar-sup-gigi.html

NuR said...

[.: anaklaut :.]

pelangi itu ada
tapi hanya sementara

tq..
nice poem
;)

NuR said...

[.: pinky lucia :.]

wah..hebat ustazah kite ni
hehe...
anyway, thanks..

adakah perlu ku sambung dgn cerita seorang puteri merah jambu?
hehehe...

NuR said...

[.: iqbalsyarie :.]

ilmuan atau sesiapa..
semua sama saja..

cuba la..
walau sepatah..
;)

NuR said...

[.: maiyah :.]

akak..
sib baik tak tergolek dr katil nih
kelakar la..
haha..

apapun sambungan jugak tu kan?
kreatif..

tq kak

NuR said...

[.: ustazah dylla :.]

wah..
hebat ni ustazah..
dalam maksudnya

tq
have a nice day too

NuR said...

[.: mamai :.]

it's ok bro..
singgah ni pun dah ok ..
=)

NuR said...

[.: chekgu banihassim :.]

welcome chekgu BH
lama benar tinggal belog ni ek

hehe..
okla tu
ada juga sambungannya

tq sudi sambung
=)

NuR said...

[.: ghostone :.]

hoho..
kejam sungguh dirimu wahai adikku
haha..
kretif..
lain dr yg lain..
waa..ada bakat juga ek?

eh..akak ada add kat ym
kamu ada ym ke tak?

NuR said...

[.: ber_uwang :.]

thumbs up bro
cantik puisi nih
maksud jelas..

tq sudi perah idea buat sambungannya
=)

NuR said...

[.: alimaz-kembara terasing :.]

hehe
takpe..

eh tak perlu ada bahasa cantik
yg ringkas pun dah cukup..
cuba ye next time
;)

NuR said...

[.: juk :.]

wah sir..
bravo!
u're good in poem
hehe...
tapi sedih je ending tu

NuR said...

[.: cik iz's :.]

hehe
thanks singgah sini dan perah idea buat sambungan
nice poem..

salam ukhwah dari nur juga buat kamu..
;)

NuR said...

[.: beautiful_rose :.]

eh boleh..
jom nak air asia
kita terbang bersama
hehehe..

erk..
ada tag ke?
nanti ku singgah ye

tq..
;)

hisham said...

hatimu bkn hatiku
duitku bkn duitmu
keretamu keretaku
laptopmu laptopku

hehe...

NuR said...

[.: hisham :.]

haha..
ni kes laptop tak ok lagi ke ni?
apapun cubaan yg bagus
5 markah cikgu bagi.
nah amik..
;)

piNky LuCiA said...

hehehe.. perlu.. lalala~ queen merah jambu.. hahaha

insan pendidik said...

salam NuR,

sang burung tu nyanyi lapo tu
bagi la cikit roti ke
pastu suruh dia main jauh2
hehe

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa