dalam kerdip sinar mata
ku mencari sebuah cahaya
cahaya yang dapat buat hatiku riang
tenang dan syukur dengan pemberianNya
dalam pencarian tak berpenghujung
ku terus mengejar
biarpun ku jatuh dan tersungkur
akan ku terus kejar tanpa henti
usah kau tanya bila masanya
usah ditanya adakah ku akan terus mencari
aku punya jawapanku sendiri
dan Allah punya rencanaNya buatku
hanya doa darimu ku pohonkan
bukan kata-kata yg menyakitkan
biarpun ku masih meneka dalam kesamaran
akan hadirnya cahaya buatku
ku yakin pasti akan ada
tapi tika dan waktu menjadi penentu
Ya Allah..
ku mohon kesabaran jua kekuatan
permudahkanlah segala urusanku
Amin Ya Rabbal 'Alamin
hampir sebelas bulan ku di sini. dan selama itu juga pertanyaan yang sama berulang.
"cikgu tak dpt interview lagi?"
"kawan kita dah berenti.. cikgu bila lagi?"
"tesl.. tak dpt keje di mana2?"
"tak dapat atau keputusan tak bagus? nak keje di sini selamanya? cari la tempat lain."
aku tersenyum dalam memberi jawapan. tapi mereka tidak tahu betapa robeknya hati aku di dalam. bukan aku tak mencari cuma rezeki belum tiba. jika kamu berada di tempatku,pasti kamu tahu apa yang aku alami. aku tak minta untuk kamu meneka bila ku akan melangkah keluar. kerna aku tak punya wang untuk beri hadiah berharga buat kamu.
kegagalan ku tempuh bukannya sekarang tapi sejak dulu. kau tak faham betapa aku harus berjuang untuk segulung ijazah. sekarang, ku harus berjuang lagi untuk mencari sebuah kerjaya. jika dihitung airmata yang tumpah pasti berbekas-bekas. tambahan bila aku mengadu padaNya...
"ubat apa kau makan.. makin kurus ni.."
jika ditanya begitu dan jika kamu tahu, pasti kamu tahu jawapannya kenapa aku begitu..
"kau tak kuat..."
aku terima apa jua kata-kata yang kau berikan. aku tahu diri ini. jika aku tak kuat, masakan aku berada di sini... dan kau harus ingat, masa kau susah, memerlukan bantuan dari segi moral...aku berada di sisi kamu. tapi kini tika aku mengambil tempatnya, kau berikan kata sebegitu. terima kasih kawan...!
aku redha...
aku harus jadi gadis yang kuat!
ya.. aku kuat!"cikgu tak dpt interview lagi?"
"kawan kita dah berenti.. cikgu bila lagi?"
"tesl.. tak dpt keje di mana2?"
"tak dapat atau keputusan tak bagus? nak keje di sini selamanya? cari la tempat lain."
aku tersenyum dalam memberi jawapan. tapi mereka tidak tahu betapa robeknya hati aku di dalam. bukan aku tak mencari cuma rezeki belum tiba. jika kamu berada di tempatku,pasti kamu tahu apa yang aku alami. aku tak minta untuk kamu meneka bila ku akan melangkah keluar. kerna aku tak punya wang untuk beri hadiah berharga buat kamu.
kegagalan ku tempuh bukannya sekarang tapi sejak dulu. kau tak faham betapa aku harus berjuang untuk segulung ijazah. sekarang, ku harus berjuang lagi untuk mencari sebuah kerjaya. jika dihitung airmata yang tumpah pasti berbekas-bekas. tambahan bila aku mengadu padaNya...
"ubat apa kau makan.. makin kurus ni.."
jika ditanya begitu dan jika kamu tahu, pasti kamu tahu jawapannya kenapa aku begitu..
"kau tak kuat..."
aku terima apa jua kata-kata yang kau berikan. aku tahu diri ini. jika aku tak kuat, masakan aku berada di sini... dan kau harus ingat, masa kau susah, memerlukan bantuan dari segi moral...aku berada di sisi kamu. tapi kini tika aku mengambil tempatnya, kau berikan kata sebegitu. terima kasih kawan...!
aku redha...
aku harus jadi gadis yang kuat!
~~ maaf, penggunaan aku sebagai kata ganti nama diri di sini. ~~
23 kesan jari:
nur, orang yang melihat tidak sama dengan orang yang mengalaminya sendiri.
orang mudah menghukum dengan soalan-soalan yang selalu menghancur lumatkan hati kita. betapa soalan itu boleh membuatkan hati kita sakit bagai di tikam dengan duri..
tetapi, hanya kita yang tahu. saat inilah kita dapat menilai mana sahabat dan yg mana umpama belati tajam yang menghiris.
sabarlah nur,
bukan kita yang berhendakkan begini. segalanya perancangan yang maha Esa.
semoga nur dapat menempuh hari yang mendatang dengan kuat.
bangunlan jika nur jatuh.
usah menangis jika sakit.
sapu lukamu.
biar sembuh walau berparut...
jaga diri :)
.: si tedi :.
cik tedi
terima kasih atas nasihat dan semangat
terharu nur baca
=)
cik tedi,
tahukah kamu, ini adalah komen terpanjang yg cik tedi berikan...
hehehe
salam Nur,
kejayaan sebenar bukanlah bermaksud tidak pernah jatuh,
tetapi kejayaan yg hebat itu adalah kebangkitan setiap kali kita jatuh
Jatuh tujuh kali, bangun lapan kali..
"Sesungguhnya Allah beserta org yg sabar"
Maafkan org yg menyakitimu, buang memori negatif dalam recyle bin, save yg positif2 saja..
Cari punca hilai tawa, lupakan yg duka luka
Sembuhkan kecewa dengan menggantikannya dengan suka..
Yang kita tahu suka itu di mana, siapa dan bagaimana..
ceria dan senyum selalu..
tarik nafas 10, hembus 10.
Fuhh...
sembuh..
insyaAllah
amin
salam...redha itu adelah yg trbaik bg manusia...kita usaha,tawakal dan redha...k la u tk cre k
salam nur...
aku pernah mengalami keadaan macam nur... penat gak mencari kerja selepas tamat pengajian..
mungkin ini juga cara allah menguji hamba kesayangNya dan insyaallah nur tergolong dalam golongan itu..amimmm...
jgn putus asa, teruskan usaha dan jgn lupa berdoa kepadaNya.. Rezeki akan sampai nanti..insyaallah..
kalau perlu menangis, maka menangislah kerana dr psikologi menangis adalah salah satu terapi yg baik...
kalau sakit, kuatkanlah semangat Nur dan ubatilah sakit itu..
Rasullulah x pernah putus asa, begitu juga kita jgn berputus asa..
saya percaya Nur seorg yg kuat dan tabah.. wasalam...
salam nur~
bkn ini yg dyla mahukan dr nur...hati nur bgitu cekal...nur jgn berputus asa...stiap kejadian pasti ada hikmahnya...lbih ramai lgi yg diluar sana masih mencri kerjaya, bkn nur seorg je...jika nur dh mula berputus asa, siapa pula yg membina kerjaya untuk nur...
"bgunlah duhai sahabat...jgn kau biarkan kelemahan mu menguasai kekuatanmu...pandanglah diri mu sejauh mentari, anggaplah mentari itu sdg menanti mu...stiap langkahmu, pastikan nur SOLAT, IKTIAR, TAWAKKAL & REDHA..."
salam..nur,
anaklaut senitasa mendoakan kejayaan nur ..
semoga dirahmati allah swt selalu.
Salam..
Rama2 yang cantik berasal dari kepompong yang hodoh.. laluilah kegelapan terowong ini buat sementara kerana ada cahaya yang sudah menunggumu di hujung sana
walaupun tak faham kisah sebenar..ambe harapkan nur tabah dan terus kuat semangat...memang kejayaan sukar untuk dicapai melainkan kita sanggup menghadapi rintangan yang merintangi di hadapan kita..cayok cayok cayok!!!
seperti motto uitm....usaha ...taqwa...mulia...hehehe
moga akan terus tabah dan menempa kejayaan :)
setiap kesabaran pasti akan diberi ganjaran yang paling manis...
.: tinta kasturi :.
terima kasih..
nur suka kat tarik nafas dan hembus tu
leh apply cara tu lepas ni..
hehe..
terima kasih atas kata smgt...
.: Hisham :.
ya..
redha..
terima kasih..
take care too
=)
.: kawie2020 :.
tiap org pengalaman berbeza
terima kasih berkongsi dgn nur..
doakan nur kuat menempuh hari2 mendatang..
=)
.: ustazah dylla :.
salam ustazah..
terharu nur baca..
terima kasih ustazah..
=)
.: anaklaut :.
salam...
terima kasih..
doakan nur ya al
semoga kamu juga dirahmati Illahi
.: Nida :.
ada maksud tersirat
terima kasih kak..
nur akan melalui jalan ni..
=)
.: nakamura kazuki :.
jiran sblh skolah..
takpe kalo tak fhm..=)
insyaAllah..
doakan ambe ye jiran..
caiyok caiyok..!!
.: alimaz-kembara terasing :.
hehe...
menarik motto tu..
.: maiyah :.
moga nur bisa kuat seperti akak..
.: mamai :.
insyaAllah..
harap begitulah hendaknya..
abaikan je kate2 org kak!
diorg tak tau pe kite rase.
kuat2!!
Post a Comment