di pelabuhan kehidupan
adakala tersalah pilih haluan
adakala merobek hati juga perasaan
lumrah hidup sebagai insan
tak semua menjadi jaguhan
di pelabuhan sempadan
ada yg menjadi handalan
cita yg ditanam jadi kenyataan
aku?
masih di sini menghitung waktu
masih di sini menanti hadirnya sesuatu
persiap bekalan yg tak pernah beku
azam itu terus kukuh terpaku
ku berserah padamu tuhan
damaikan aku dalam penantian
tercoret pada 23 oktober 2009
pada jam 2:34 pm
notakakidantangan:
2 berita kegagalan ku terima serentak ptg semlm dlm tempoh tak kurang 4 jam. cukup membuatkan diri tersentak. Ya Allah, aku tak tahu apa yg Kau aturkan untukku dan aku harus bersangka baik dgn perancanganMu. ku harus terus bersabar buat kesekian kalinya ........
22 kesan jari:
biarpun bukan jaguhan, as long as we do the best, ianya lebih dr memadai..
melankolik...think so...
salam...puitis btl en3 nie..nice en3...k la...u tk cre k.
menunggu dgn keazaman akan membuahkan hasil Insyaallah :)
kapal tak akan tercabar jika berlabuh sahaja...mari ke samudera menempuh badai
salam...
berita buruk merupakan ujian keatas kita.. mungkin jugak itu adalah petanda kita menjadi kesayangan allah.. bersabarlah..tabahkanlah hatimu itu... insyaallah sinar pasti menjelma kembali...
salam...nur,
sedih dan sayu puisi ini..saya faham apa yg nur rasa..dan sangat faham..sabarlah nur ya.
nur..sekali gagal, bukan bermakna gagal selama-lamanya..saya pasti dan yakin rezeki nur akan tiba juga.
***************************
Tika Senja Tiba di Pelabuhan
tika senja tiba di pelabuhan
pelangi perlahan-lahan berderai
di hujung ufuk merah tua
wajahmu perlahan-lahan hilang
direnggut kelam yang buta
aku pun perlahan-lahan hanyut
di antara riak ombak ganas
tika senja tiba di pelabuhan
bahtera cinta telah belayar
meredah samudera kelukaan
kelopak-kelopak rindu pun berguguran
ke lurah sepi yang maha dalam
dan secangkir harap telah berkecai
terhempas ke lantai hari.
Tika Senja Tiba Di pelabuhan
Harapan untuk mu Nur masih ada,
berdoa, yakinlah
Allah swt bersama Nur...
anaklaut
pelabuhan yang mana satu utara atau selatan....
bila tiba di pelabuhan kaki terus berjalan
insyaallah...berita baik akan menyusul...bersabarlah...allah mengetahui apa yg tersirat dan tersurat...
salam NuR,
dah nama pun pelabuhan tempat persinggahan sementara. yang penting bulatkan tekad untuk belayar semula menuju destinasi...
huhu.. tak faham nur.. gagal ape eh? sorry..
.: nursarah87 :.
hopefully it will be like that..
maybe there's no luck for me right now..
thanks for the word..
really appreciate it..
=)
.: chekgu Banihassim :.
cikgu..
that's the right word for this poem..
.: hisham :.
sekali sekala en.hisham..
hehe
.: maiyah :.
insyaAllah..
=)
terima kasih kak!
.: ber_uwang :.
perlu disiapkan nakhodanya dgn ilmu di dada agar tak goyah melawan badai yg tiba2 muncul..
=)
.: kawie2020 :.
salam..
ya..Allah sayangkan saya..
hanya bersangka baik dgn aturanNya...
moga ada kesudahan yg baik buat saya kelak, insyaAllah..
=)
.: anaklaut :.
al...
terima kasih atas nasihat dan sokongan yg tak putus2..
thanks for the poem also..
=)
.: mamai :.
emm..utara la bro
coz nur kan kat utara ni..
hikhik
.: alimaz-kembara terasing :.
insyaAllah..
kita doakan yg terbaik..
terima kasih atas nasihat..
=)
.: insan pendidik :.
salam IP..
=)
tgh mempersiapkan diri nih..
hehe
terima kasih IP
.: rama2hatiku :.
hehe..
takpe..
bila yg diimpikan dan diusahakan tiadk berjaya, maka gagal la perkataannya..
=)
Post a Comment