26 October 2009

ANDAI KU PERGI

dendangan kump.Mirwana








Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu


notakakidantangan:
nur rasa video clip ni ialah kesinambungan dari video clip JAUH...
ada juga askar2 tu.. hehe..
rupanya gamba si Naim(ex-Far East) yg girl tu pegang..
video ni dan JAUH mmg lain dr yg lain...


5 kesan jari:

joegrimjow said...

nanti inteam nak datang
;-)

kawie2020 said...

lagu ni memang best... kalau layan memang bleh feeling.. tapi andai kata dirimu sudah tiada.. hanya doaku akan sentiasa mengiringimu.. insyaallah...

al said...

salam....nur,

Andai kupergi
meninggalkan dunia ini,
usah ditangisi pemergian ini,
usah diratapi ketiadaan ini,
kerana semua makhluk kan pulang jua pada Illahi,
bila cukup masa nanti

Andai kupergi,
maafilah diri ini,
atas salah silap selama ini,
kerana diri ini,
tidak lain hanya hamba abdi,
pada Tuhan Yang Maha Abadi

Andai kupergi,
ku kirimkan salam ini,
buat ayah ibu yang dikasihi,
ampunkanlah dosa anakmu ini,
cuma sekadar ini,
mampu untuk menabur bakti..

Andai kupergi,
ku hulurkan senyuman penutup tirai,
untuk sahabat yang dicintai,
bersamamu aku melayari,
bahtera hidup penuh onak duri,
semoga ukhuwwah kita duniawi dan ukhrawi

Andai kupergi,
kupohon setulus hati,
agar dimatikan husnul khatimah
tidak su'ul khatimah,
padaMu ku akan kembali,
dibentang nanti syurga yang mempesona dan neraka yang membakari,
dengan rahmatMu seluas langit dan bumi,agar syurga firdausilah menjadi tempat tinggal abadi.


anaklaut

Amal said...

andai kau pergi..
hilanglah arahku..
jgn kau pergi..
usah kau pergi..
andai kau pergi..
aku pasti..
.....
tak ingt lirik pulak!
=p

Beruwang said...

sunyi la beruwang tampa nur lagi..

jgn pergi jauh juah erk

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa