27 October 2009

BANGKIT


mencari ketenangan

dalam redup kasih Tuhan
apakah mampu untuk ku bertahan
dengan ujian yang selalu bertandang

rezeki bukan di tangan
Allah jua yang menentukan
apakah mampu untuk aku persiapkan bekalan
dalam menempuh hari mendatang

kawan, usah bimbang
aku pasti bangkit dari kegagalan
akan ku pujuk hati ini
agar bersemangat kembali
akan ku kuatkan langkah
untuk melangkah tanpa lelah
akan ku ukir kuntum kuntum senyuman
agar ia bisa seindah lukisan


tercoret pada 27 oktober 2009
pada jam 8:23 pm



notakakidantangan:
tugas semakin berat dan bertambah. preparation utk 2 majlis itu buatkan nur dan teman2 sekumpulan tak senang duduk. penat juga letih... ke sana ke sini mencari bahan. minda ligat berfikir tentang beberapa perkara. semalam mimpikan kanak2 ribena, ada peperiksaan arini. lantas terjaga. arini, dikhabarkan kepada mereka. ada suara berkata pada nur, "teacher doakan kami jgn lupa apa yg teacher ajar.." dan "restui kami, teacher." tapi sekumpulan lagi kanak2 ribena itu masih bergelak riang...



11 kesan jari:

ber_uwang said...

kita telah di latih dari kecik supaya bangkit.. ingat masa kita mula berlajar berjalan.. kita tak pernah jemu walaupun kita asik terjatuh... kenapa dah tegap berdiri kita tak mampuu melangkah?

MuMMy 2 Haqq said...

tugas mmg sentiasa menguji kesabaran...

NuR said...

.: ber_uwang :.

mungkin bila dah besar..
badan pun besar ke..
makin susah nak jalan..
ke makin kecik mcm nur ni..
asyik nak jatuh je bila jalan..
agagaga..perasan kurus sudah..
=)

NuR said...

.: mummy 2 haqq :.

ya... menguji betul..
agak2 kalo amik lesen pun lepas ni.
hehe..

mummy, lawa header blog tu..
ayu gitu..
makin ceria la mummy nak berblogging..
hehe..

Nakamura Kazuki said...

seronokan bila anak2 murid cakap camtu terasa penat kerja terus hilang..budak2 memang jujurkan

NuR said...

.: nakamura kazuki :.

amboi..buh pic baru ye?
hehe...
seronok tu seronok juga
tapi risau tetap ada..

minta2 jgn jaga exam time subjek maths kat kelas yg nur ajar..
kalo tak, leh geram kat situ if tgk diaorg buat salah..

kawie2020 said...

best nyer bila murid2 minta restu kite kan... rasa bahagia dan puas sgt.. tapi jgn lupa bersyukur kepada Nya...

mamai said...

kala kalut macamnie kena rilex dan tenang baru boleh berfikir..selamat bebuzy

Nida said...

Insya Allah apabila melalui terowong gelap..pasti kita akan temui cahaya di hujungnya..

dan apabila selesai tugas yg banyak, kita temui kepuasan akhirnya

farae said...

kuih bangkit!hehe.joke2.gud luck!

al said...

salam..

nur, anak2 murid mesti ingat guru terbaik dia..


al

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa