07 September 2009

MONOLOG KU DAN SEMALAM

Tatkala gerimis berlalu
Tatkala redup menyusur lalu
Aku masih berteleku, teroleng-oleng di dada waktu
Syahdu...pilu...
Kenapa pula kau mengusik hatiku
Dengan membawa pulang wajah semalamku
Bukankah telah kubiarkan semalam itu berlalu
Usah dikaburi pada hatiku yang penuh syahdu
Usah kau cemburui pada aku dan hari ini
Usah kau tabur aku dengan gelisah dan pujuk rayu
Yg telah cuba kutinggal padamu semalam.

Tatkala mataku hampir layu
Terawang-awang wajah semalam yg lalu
Mengorek, merobek bagaikan sembilu
Aduh... tak bisa rasanya diriku
Untuk berdiri memandang wajahmu ..semalam
Bukan bencinya aku, bukannya tak suka
Bukan berdendam atau terasa
Pada semalam yg muncul hari ini
Tapi cukuplah semalam sebagai semalam

Semalam yang meyulam diari hati
Semalam yang meyimpul rahsia diri
Kerana semalam... hadirnya aku hari ini.....
-anaklaut-



to anaklaut

SO MUCH!!



notakakidantangan:
sebuah puisi hasil nukilan teman blogger, anaklaut...
terima kasih sahabat atas puisi yg indah ini.. saya amat menghargainya..

20 kesan jari:

yoro okino said...

anak laut sya nak gak
hahhaha

myQza said...

kompius.. AL to Nur..?

ooOo.. okey okey!!

Beruwang said...

semalam..indahnya pelangi cinta
bersama cahaya remang petang
pelangi indah bernyanyikan
lagu cinta kita...

hari ini
aku tecampak dilembah duka
hanya kerna mengejar indahnya
pelangi cinta ..sebuahnya khayalan
.
.
.
.
.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: yoro okino :.

hehe..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: si tedi :.

dah ilang konpius ke cik tedi?
dak utih ape khbr?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: ber_uwang :.

syahdunya
indahnya
jatuh hati la..

=)

anaklaut said...

salam....nur,

alaa...terharunya....terima kasih seluas lautan saya titipkan buat nur..

:))..

anaklaut said...

salam...buat si tedi :.


kenapa konpius...tEDI?

nur adalah sahabat saya dunia dan akhirat...

jangan konpius k..:))

IMANSHAH said...

Teroleng-oleng tu apa ya??

mamai said...

menarik puisi anak laut nie

Krasz bAtu said...

best

Unknown said...

ehem..ehem..nur ngan anak laut sepadan lah, hehehe!!! tp ieda pon tak sure anak laut tu laki ke pompuan, huhuhuh!!! ;p

anaklaut said...

iedaLUVsham,


anaklaut seorang lelaki..:)
masih bujang,
lum kwin..
:)))))

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam al..
nur lagi terharu dpt puisi ni..
hehe..
seluas angkasa sy menerima ucapan terima kasih itu..
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: imanshah :.

teroleng-oleng tu..
emm kena tanye anaklaut apa maksudnya..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

tul tu bro
sgt menarik..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: krasz batu :.

credit harus diberikan pd anaklaut atas terhasilnya puisi ni..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: krasz batu :.

credit harus diberikan pd anaklaut atas terhasilnya puisi ni..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: iedaluvsham :.

ish ieda nih..
anaklaut tu lelaki ieda..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

al
penjelasan yg ringkas, jelas dan padat..
=)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa