24 September 2009

KU DAMBA KEAMPUNAN

nyanyian Amar

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku

Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat

Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku


notakakidantangan:
maaf, kali ni takde video..
hayati liriknya..
tapi nur tak faham..
apa makna perkataan HAZAF?
ada sesape yg baik hati leh bagitau nur..

13 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

dayah...ada 1 blog aku nk suggest kat ko utk follow sbb aku tau ko suka bc citer... http://penulisan2u.blogspot.com

anaklaut said...

salam...nur,

HAZAF -Hazaf membawa maksud membuang atau mentiadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah tertentu dari al-quran. Terdapat 5 huruf yg terlibat dalam kaedah ini nur, antara huruf tersebut ialah alif, wau, dan ya, lam, nun yang terdapat pada kalimah-kalimah tertentu. Hazaf juga berlaku kepada kepada huruf alif, wau, dan ya pada kata permulaan ( fawatih) surah tertentu al-quran.

Hazaf berlaku pada 3 bentuk :-

a. Hazaf Isyarah- iaitu bermaksud hazaf yg bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tertentu.

b. hazaf Ikhtisor- bermaksud seperti pengguguran alif pada strukur kata jama' Muzakkar salim dan Jamma' Muannath Salim.

c. Hazaf Iktisor- membawa maksud pembatasan yang juga bermakna hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah lain..

dalam lirik tu..

" semoga dihazafkan dosaku.." membawa maksud semoga digugurkan segala dosa-dosaku.."

untuk menjawab soalan nur, anaklaut merujuk buku Abd.Rahman Abd.Ghani (2008) Rasm Uthmani Pelengkap pembacaan Al-Quran, Kuala Lumpur; yayasan Dakwah Islimiah Malaysia.

dan juga Al-Quran,Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Arab Saudi.

mungkin ada kekurangan apa yang saya bagi, nur boleh rujuk buku lain juga.

-moga allah swt memberi rahmat pada nur..

# anaklaut#

myQza said...

hazaf =tiada? mentiadakan?

Maiyah said...

salam.. dikurangkan dosa kot.. kot jer tak tahu ler plak :D

mamai said...

dah cari kamus oxford tapi tak jumpa kena buka kamus arab pulak kot

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: sirah :.

thanks my dear friend
tau2 je ek.. hehe
ok, nanti aku gi tgk ye..
take care tau
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam al..
wah panjangnya...
terima kasih byk2 dpt juga ilmu baru
terima kasih juga buat research..
saya sgt menghargainya..
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: si tedi :.

btul tu..tiada atau mentiadakan..
terima kasih cik tedi..
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: maiyah :.

salam kak maiyah..
hehe..
kot akak tu betul..
terima kasih kak..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

bro..dah balik raya ek?
hehe.. nur dah cari kamus oxford memang takde..hehe
takpe.. dah dpt explanation dari cikgu anaklaut..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: bujang susah :.

waalaikumussalam...
terima kasih berkunjung..
nanti nur akan ke blog anda ye..
=)

kelambuharimau said...

join..bole kongsi pendapat

anaklaut said...

salam...nur,


tq singgah anaklaut..:)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa