09 August 2009

PETUA


selamat pagi semua...

pagi betul ni huhu.. nur terjaga dari tido. then tak leh lena balik. mula la buka buku buka majalah. dlm dok belek2 majalah tu, nur terbaca satu petua. jadi nur nak share dgn kawan2 yg nur tahu ni.. ops.. baca sebenarnya. sengihnampakgigi

tajuk dia.. atasi perut buncit.

haa.. ramai wanita berhadapan dgn masalah ni. lelaki pun. tul tak? jadi tak semestinya pompuan je leh apply. jom kita tgk petuanya..

pertamanya, potong sebiji epal hijau dan kisar bersama-sama air sejuk sehingga menjadi halus. minum kisaran epal itu tanpa membuat sebarang tapisan. amalkan petua ini setiap pagi dan juga sebelum masuk tidur. selain mengatasi masalah perut buncit, petua ini juga mujarab dalam membuang toksin dan juga lemak dari badan.

emm.. tak perlu kita beli ubat yg mahal2 tu. kita cuba dulu cara ni. bagus juga. sbb epal ni mengandungi zat besi di samping mewah dgn pektin. ia turut dikenali sebagai alat pembersih darah. pektin ni umumnya berperanan dlm memulihkan gangguan yg berlaku pada usus. dgn ini pergerakan di dlm usus akan menjadi lebih lancar.

senang je kan. bagus pun bagus sbb minum jus buah. byk khasiat, tak semestinya org yg perut buncit je leh apply petua ni. org perut kempis pun boleh. senang citer, petua utk semua jenis perut. hehe...


notakakidantangan:
bila sebut epal ni teringat masa zaman skolah rendah dulu. cikgu bahasa melayu, cikgu abd rahim marah nur dan kawan2 sbb sebut apple walaupun ejaannya epal. marah betul dia bila dicampur aduk sebutan bahasa melayu dan english. huhu.. sbb cikgu garang la saya dpt A utk upsr.



13 kesan jari:

imanshah said...

Ni bagus nih coz paham2 lah umo da meningkat perut dah ala-ala nak B*****..haha

mamai said...

A for apple.....perut bro tak buncit so macam mana nak bagi buncit yer

putra said...

nanti nak cuba petua ni..hehe..

anaklaut said...

salam...Nur,

petua yang sangat baik ni..

petua anaklaut ialah..jogging saja..3km ulang alik.

selamat tengah hari nur..

aya harith said...

hikhikhik

gelak owg gile~~~

NuR said...

.: imanshah :.

uik..bkn cikgu tua beberapa tahun je ke dr sy?
emm apepun cuba la ye cikgu!

NuR said...

.: mamai :.

huhu..
bro nih.. org lain sibuk nak kempiskan bro lak sibuk nak buncitkan..
emm.. lepas mkn tido..
kot mujarab cara tu utk buncitkan perut..
hehe..tak jamin tauu

NuR said...

.: putra :.

salam putra

lama tak nmpk..
busy ke?
haa.. cuba ye petua nih

NuR said...

.: anaklaut :.

salam anaklaut..

selamat mlm..
oh ye ke?
wah beshnyer..
ni kalo ajak lumba lari sure menang..

=)

NuR said...

.: aya harith :.

lama tak ngupdate blog aya?
sibuk ekk..

Assiddiq said...

Hehe.. lepas kawen boley la guna petua ni untuk lelaki.. :D

NuR said...

.: assiddiq :.

hehe..
assiddiq..skrg pun leh guna
kan baik utk buang toksin berlebihan.

=)

Assiddiq said...

Er..Cikgu..Skarang ni ok lagi..betul..betul..betul..(upin dan ipin) Normal je..(malu nak ngaku)..Huhu..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa