09 August 2009

CUTI

berita penting...

selamat malam.
nasihat dari kementerian kesihatan, sila pakai topeng muka jika anda keluar ke tempat awam. elakkan pergi ke tempat yg sesak.

sekian berita terkini.


ada mcm skrip berita tv tak?
tak ek... takde bakat nak cuba nasib jadi tukang skrip berita.. huhu!

nur cuti sok.. 4 hari.

sila jgn jeles. tapi sila berwaspada

sekolah dikuarantin sbb disyaki penyakit tu. disyaki? huhu.. Ya Allah, hindarkanlah penyakit tu dari kami.. tadi ada pegawai dari pejabat kesihatan dtg memeriksa kanak2 ribena. ramai juga yg demam. suhu yg agak tinggi. ada setengah tu sgt la lemah. bibir dah merah, batuk2 lagi. tapi datang juga ke sekolah.. aduhai ibuk2 bapak2 kanak2 ribena tidak risaukah kamu dgn keadaan anak kamu itu?

pesan puan penolong kanan kepada kanak2 ribena, "cuti 4 hari. sila siapkan kerja rumah yg diberi guru dan ulangkaji pelajaran." terus, kanak2 ribena kelas yg nur ajar berpaling pada nur.

naily: teacher, arini best la.

nur: nape? org lain risau kamu pulak rasa seronok..

naily: teacher tak kejam arini. baik giler2 laa! arini kan teacher takde keje skolah byk... teacher tak bagi pun tadi. hehehe..

nur: amboi.. bkn main suka ye? nasib je ni.

naily: kira ok la teacher. dpt rehat.

nur: yelah tu. jgn lupa ulangkaji. buka sekolah nanti ada ujian.

naily: ok bos!

sblm balik disapa kanak2 ribena 3B.

azra: teacher... tunggu laa

nur pusing belakang. nmpk dua org kanak2 ribena ni...

azra: cuti 4 hari ke teacher?


aimi: 6 laa..

nur: a'ah.. campur jumaat sabtu jadi 6 hari. best la kamu ye?

azra: tak best la.. arini ahad. takde mathematics. ni minggu ni cuti pulak. tak belajar mathematics la kami..

nur: laa.. memang la. bkn mathematics je tapi english, bm sumer memang la tak belajar sbb sekolah tutup.

azra: tapi teacher kata nak ajar lagu baru esok..

nur: nak buat mcm mana. minggu depan kita belajar ye.

aimi: huh... nak merajuk la dgn sekolah.


nur: pulak...

tadi sorang kata best.. ni kata tak best pula...

notakakidantangan:
cuti ni dpt la juga nur siapkan soalan ujian utk kanak2 ribena ni... dan gigih bercucuk tanam di facebook.kenyit


26 kesan jari:

GRuNGe said...

Ishhhh, kuarantin. Adakah Malaysia patut isytihar darurat?

Tapi, rasanya, legi patut buat solat hajat satu Malaysia. Minta dihindarkan dari wabak "Swan Flu".

Cik Amy Sensei said...

salam..

waaahh....kat sekolah awk dah cuti ekk...bagusla tu..ada setengah sekolah, masih tak tutup2 lagik..hehe..

apapun, terima kasih singgah dan komen kat blog saya..(^_^)

NuR said...

.: grunge :.

tu la incik grunge..
bkn takat kat kl je..
ni dah merebak ke sini..

solat hajat satu malaysia tu patutnya dah lama kena buat..
tul tak incik grunge?

NuR said...

.: cik amy sensei :.

huhu..
tu la..
dgr kata mcm ada yg positive..
sekolah mana tu tak tutup lagi?
sekolah cik amy ek?

iedaLUVsham said...

makweh! 4 ari tur..aku mmg jeles!! hahahha!!!

<< s| tED| >> said...

baguslah cuti nur.. dr nak berdepan risiko jangkitan..
naily itu berkacamta kah?

imanshah said...

kena ganti tak kalau cuti macam ni??

DaliaLiyana said...

kak nur..virus ni mmg dah menjadi2..takot dalia...semoga kite semua selamat...aminn..

yoro okino said...

fuhhh
jeles giler...huhu

anaklaut said...

salam nur.

cuti? ni mcm dah teruk H1N1 ni..tq singgah anaklaut.:)

mamai said...

nur cuti 4 hari nak gie mano balik la shah alam leh makan kat qaseh

NuR said...

.: iedaluvsham :.

haha..
ieda nih..
tak bek tau jeles2..
hikhik!

haa..ieda hati2 bawa amanda kuar..
tapi cian lak nak pakaikan dia topeng muka ek..?
nanti tak nmpk muka cumel tu..

ieda..tlg peluk cium amanda bg pihak nur.. =D

NuR said...

.: tedi :.

yup..
cikgu2 pun besh cuti..
hikhik! sbb dpt siapkan soalan ujian.

naily tu tak berkacamata..
ada kenalan kanak2 ribena bernama naily ke cik tedi?

NuR said...

.: imanshah :.

tak pasti pula cikgu
mengejut je arahan cuti ni
mungkin nanti akan diberitahu masa meeting minggu depan.

wawawa.. tak mo gantiii

NuR said...

.: daliliyana :.

tu la dalia
dah takut nak gi tmpt awam ni
kalo dah skolah pun kuarantin
tambah lak tmpt awam kan?
insyaAllah.. semoga kita semua selamat..

minum air jus apple hijau dgn orange tiap hari.. leh baca entry kat blog cikgu imanshah ttg ni.

kita usaha je utk melindungi yg selebihnya kita serahkan pada Allah.

NuR said...

.: yoro okino :.

hukhuk...
sila la jeles lagi..

hehe..gurau je

NuR said...

.: anaklaut :.

salam anaklaut

emm.. sekolah anaklaut tak tutup ke?
bkn kawasan sana keadaan kritikal?
nur dgr pegawai kesihatan tu ckp semlm..

terima kasih juga singgah ke sini

=)

NuR said...

.: mamai :.

wah...bro..
sedey ni.. rindu sgt kat SA
rindu kat yee mee cantonese..
hukhuk!
rasa nak terbang ke sana skrg je..

:(

Assiddiq said...

ALBUKHARI MERIWAYATKAN BAHAWA UMAR AL-KHATTAB RA WAKTU BELIAU KELUAR KE TANAH SYAM,AMIR KAWASAN SYAM MELAPORKAN MEREBAKNYA PENYAKIT YG BERJANGKIT.LALU BELIAU MEMINTA PENDUDUK DARI GOLONGAN MUHAJIRIN,ANSAR DA KETUA-KETUA QURAISH YG KELUAR KE MEDAN JIHAD.GOLONGAN MUHAJIRIN BERSEPAKAT SUPAYA TIDAK MEMASUKI SYAM DAN TERUS KEMBALI KE MADINAH DAN UMAR PUN BERPENDAPAT BEGITU.LALU
BERKATA ABU UBAIDAH “APAKAH ENGKAU LARI DARI TAKDIR ALLAH?”
UMAR MENJAWAB “MOGA-MOGA BUKAN ENGKAU YANG BERTANYA DEMIKIAN WAHAI ABU UBAIDAH.YA,KITA LARI DARI TAKDIR KEPADA TAKDIR ALLAH JUGA.APAKAH PENDAPAT ENGKAU,KALAU ENGKAU LETAKKAN UNTA ENGKAU DI SUATU WADI YANG ADA LEMBAH,SATUNYA SUBUR DAN SATUNYA LAGI KERING.JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG SUBUR TIDAKKAH BERERTI ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH?DAN JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG KERING,TIDAKKAH ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH JUGA?”

Moga2 kita selamat dari segala kecelakaan dunia dan akhirat..KpdNya jua kita bermohon

NuR said...

.: assiddiq :.

salam assiddiq..
terima kasih atas pesanan di atas tu
moga kita semua mendapat pengajarannya di sebalik apa yg jadi ni

Razak said...

Salam...

Musibah datang merupakan ujian bagi hamba, untuk dilihat mana yang benar imannya dan mana yang dusta.

Meyakini bahwa semua musibah datangnya dari Allah.

Berfikir...
Berlindung kepadaNya...
Bersabar atas ujianNya...
Baik sangka padaNya...
Tidak putus asa...
Berharap rahmatNya...

Rashid said...

salam nur
teruk juga kat sana ya. sampai cuti sek..

Nur selamat bercuti. memang jeles ni. ishh..

NuR said...

.: razak :.

salam

semua itu datang dari Allah
utk kita lebih menginsafi diri
dan sedar hakikat yg sebenar
Dia yg lebih berkuasa dari segalanya

terima kasih berkunjung ke sini
=)

NuR said...

.: rashid :.

salam cikgu rashid

a'ah..
dah sampai ke sini dah virus tu
katanya disebarkan melalui angin
so better pakai mask if kuar rumah
sbg langkah berjaga-jaga
selain tawakal pd Allah

jeles?
hehe..

Assiddiq said...

Hoho.. Cikgu ni byk je komen kat blog.. ingat sy terawal.. hehe:)

Assiddiq said...

Kena ada pada diri setiap masa dan saat rasa keakuan.. kehambaan.. diri ini milikNya.. Jadi sebagai persediaan kita untuk mati adalah kumpul bekal banyak2.. jalankan ketaatan padaNya. Ikhlas keranaNya. Ikhlas itu bukan dakwa iaitu sy telah ikhlas! Tp kerja yg mesti dilakukan.. Hasilnya? Tunggu di akhirat.. Takut dan haraplah padaNya..

Ni posting sy balas kat cikgu di blog sy.. :) Kita usha dulu untuk elak. Jika dpt juga berserah. Mati itu hukumnya wajib. Xleh elak ya cikgu? semua takut kan? sy pun takut? tp kuatkan diri.. sakit sementara xpe.. janji nikmat di sana.. :")

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa