05 August 2009

MONOLOG 1

tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan.
tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan
tanpa menyemai benih-benih kesabaran.
serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan
jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.



notakakidantangan:
apakah ini pelangi yg dinanti-nanti?
kalau pun ia bukan pelangi, apakah ia secebis sinar?


7 kesan jari:

myQza said...

nikmat hidup bila kita dapat rasa semuanya.. suka duka, pahit manis. sakit dan sihat.

sabar kunci segala :)

mamai said...

pelangi dinanti takan muncul
nak dikejar jauh dia berlari...
lihat dihadapan diri apa yang menanti....
mungkin sukar untuk kita mengerti..
tapi itulah nikmat hidup ini

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: tedi :.

betul..
hidup indah dgn pelbagai rencah
jika gembira dan tenang sentiasa
ada kebarangkalian hidup tak sempurna

=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

lihat di hadapan diri apa yg menanti

nur suka ayat bro tu
ah.. bro memang puitis..
:)

IMANSHAH said...

Pelangi hanya hiasan cuma, untuk digapai jauh sekali, hendak di dipegang tangan tak sampai..namun ia tetap cantik, dan mendamaikan..

Nak pegang pelangi belilah aiskrim Rainbow..haha

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: imanshah :.

paddle pop yey..paddple pop yey!

haha..
cikgu ni...
mengingatkan sy tentang aiskrim lak..
huhu..dah la sakit tekak ni..

GRuNGe said...

Kepahitan merupakan salah satu perencah dalam kehidupan. Tiada kepahitan, kurang sedap kehidupan ini.

Macam masak nasi goreng tak bubuh bawang.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa