24 August 2009

BICARA CINTA


cinta itu memberi dan menerima
jua cinta itu punya risiko
jika berani menghampirinya
maka berani la menerima apa jua kemungkinan

jika tulus hati
lahir cinta yg suci murni
jika sebaliknya
terkubur segala harapan indah

ku idamkan cinta yg sebenar-benarnya
memberi dgn ikhlas
menerima tanpa disakiti

tercoret pada 23 ogos 2009
pada jam 4:59 pm

notakakidantangan:
asalnya hanya coretan kata di blog anaklaut.
sekadar luahan hati atas apa yg dirasa.
maaf, jika nur mendefinisi sebegini rupa.
cinta itu universal
cinta itu subjektif
alangkah indah
jika cinta sesama manusia bersulamkan keimanan, keikhlasan, ketulusan, kejujuran ..
sama2 kita mencarinya
moga ketemu di hujung pencarian ini

30 kesan jari:

.. faizuRa .. said...

salam..
"cinta juga tidak boleh dipaksa..ia akn dtg dgn sendirinya tanpa kita sedari.."
kte tambah sket ekk...heheh

nway, salam perkenalan n SALAM RAMADHAN..:-)

ber_uwang said...

hmm harap nur bakal bertemu dengan pemberi cinta yang budiman itu, dah ada calon ke

imanshah said...

Saya juga sedang mencari cinta...yang saya ketemu hanyalah cinta pada Ilahi dan mak ayah..

mamai said...

cinta itu indah pada mereka yang menghargainya...

namun cinta itu umpama racun bagi mereka yang mengkhianatinya...

<< s| tED| >> said...

cinta oooo cinta! di mana cinta? :P

Eyna's said...

Cinta...ungkapan yg mudah dilafazkan oleh sesetengah orang...

Tapi amat sukar untuk dinikmati dan dihargai sepenuhnya....

PengemisRedha(N.A.Y) said...

untuk mencari cinta si soleh
jadikan diri kita y solehah dahulu..
insyaAllah akan hadir dengan sendirinya insan y didambakan...

read my entry about 'mudahnya mendapat yang soleh/solehah jika'...

NuR said...

.: faizura :.

salam perkenalan faizura
nama anda persis sahabat sepersatuan nur dulu..

hehe..tambah je
jadikan definisi cinta tu lebih luas..

selamat berpuasa
=)

NuR said...

.: ber_uwang :.

amiinn ya rabb
mudah-mudahan kita semua akan ketemu apa yg dicari..
lum lagi ber_uwang..
tolong carikan..
=)




.: imanshah :.

syukur
walaupun tidak berjumpa cinta si teruna/dara..
alhamdulillah kita masih ada cinta dari Illahi dan ibu bapa.
ada juga cinta kan cikgu?
=)

NuR said...

.: mamai :.

besh ayat bro tu..
ayat dari seorg raja cinta
tul kan bro?
=)

NuR said...

.: tedi :.

cinta oooo cinta! di mana cinta?

cik tedi
mcm lirik lagu nasyid inteam(kerana cinta) je..
hikhik!

NuR said...

.: eyna :.

pergh..
ayat besh dr sis..
nur suka baca..

tapi kan sis..
cinta tak dpt dilafazkan jika itu bkn orgnya..

NuR said...

.: pengemisRedha :.

nur bersetuju dgn pendapat anda
terima kasih..
nanti nur jengah di rumah kamu ye..

salam perkenalan
salam ramadhan
=)

miSs siv said...

"cinta sejati yg bisa memberi tanpa harus menerima.."
lyric dari cinta sejati-element..
heheh!

salam ramadhan!!
=)

anaklaut said...

salam...nur,


AL teramat kagum membaca entri nur..

walaupun ringkas, namun padat dengan maknanya yang sangat mendalam....

nak mencari cinta..tapi di mana?

Cik Skaf said...

InsyaAllah Nur, Jika Nur ikhlas memberi kasih syg, penuh jujur dalam cinta, dan mengharapkan hanya redha dan rahmatNya dalam hubungan cinta itu, Allah akan hadiahkan sidia yang punya rasa dan hati yang serupa juga. Cik Skaf doakan Nur.

Assiddiq said...

Perasaan cinta itu adalah hadiah dari ALLAH kepada HambaNya.. Layakkah kita mencintai hadiah dari pemberi hadiah? Adakah cinta kita dengan Pemberi Hadiah udah sempurna? Sama2 renung ya..

Solatku,ibadatku,hidupku dan matiku milikNya.. Yg penting ikhlas dan tunduk pada alquran dan sunnah..semuanya dalam redhaNya..InsyaALLAH

Ikhlas keranaNya bukan dakwaan sy sudah ikhlas,TETAPI kerja yg mesti dilakukan..

GRuNGe said...

Nur,

Cinta akan datang tanpa kita sedari.
Bila kita pinta, kebiasaannya, cinta tidak akan datang.

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

monolog cinta la nih???
erm..

baru perasan nur customize comment box ek???

Idalara said...

salam Nur
kak ida masih mencari cinta yang sejati..
Namun cinta yang hakiki hanya pada Ilahi..
kerana sebagai insan yang lemah kita tetap memerlukan cinta sejati yang akan dibawa ke mati.

hingga sekarang tk ku temui..

NuR said...

.: miss siv :.

cewah.. miss siv buat ayat power gitu
thanks ye berkunjung ke blog ni
i will follow u later..

=)

NuR said...

.: anaklaut :.

salam anaklaut

cinta tu ada..
cuma mungkin masanya belum tiba
nanti cinta itu akan datang cari anaklaut.. huhu..dah mcm ayat nak bagi org takut lak.. hikhik!

kita berdoa ye anaklaut agar sumer org mendapat cinta...
amiiinnn

NuR said...

.: cik skaf :.

insyaAllah..
terima kasih cik skaf..
nur doakan cik skaf juga..
=)

NuR said...

.: assiddiq :.

komen yg buat nur terfikir
terima kasih assiddiq..
=)

NuR said...

.: grunge :.

a'ah kan
ada betulnye ckp bro
kita tunggu saje ketibaannya
tapi kena berdoa juga
=)

NuR said...

.: chekgu BH :.

uih.. nur igt tulisan siam mana tadi
rupanya tulisan terbalik
kreatif sungguh cikgu ni
nanti ajar nur ye

huhu..tak jadi la cikgu
ada tutorial yg leh customize comment box?
yg tak menyusahkan time log-in tak?

NuR said...

.: idalara :.

salam kak..
ape khabar?
ayat pasrah je kak?
takpe..
ada tu..
cinta Illahi yg akan kita bawa ke mati..

Assiddiq said...

Cikgu pun jangan lupa.. niatkan hati mengajar anak murid tu kerana ALLAH.. Kerana nak masuk sama2 ngan mereka di syurga..Itu mmg janjiNya bagi siapa yg taat padaNya..Kerana nak anak murid tu berjaya dunia dan akhirat.. Jangan hijabkan suatu kerja itu dengan dunia..

Ada mereka bercita2 nak jadi engineer dan sebagainya.. mereka lupa akan ALLAH..? Maka ianya bukan lagi satu ibadat.. kerjanya dpt tp redhaNya? Nauzubillah mohon berlindung keizinanNya tp dalam kemurkaanNya..


"Niat nak dpt dunia dapatlah dunia"
"Niat nak dpt akhirat maka dptlah akhirat"

Pilih yg mana kekal..Subhanallah

p/s: salah topik ke? hehe

NuR said...

subhanallah...

assiddiq kamu mengingatkan nur dan pembaca di sini..
tahniah dan terima kasih
ingat2 kan kami selalu
agar kami tak lupa
agar kami tak lalai
berpesan-pesanlah antara kita..

p/s: erk..agak lari skit.. kira cikgu bagi 10 markah je dari 20 markah.. hikhik!

Assiddiq said...

Apa sy belajar..sy kongsi.. Ilmu itu hak milik ALLAH.. Tiada hak cipta terpelihara sebenarnya.. Hanya RedhaNya di harapakan..Apa DIA beri maka dikongsikan. DIA memberi tnpa minta apa2 pun dari kita.. Maha Pemurah ALLAH ni.. Maka kita pun guna lah sbaik2nya..

Dia boleh mengambil apa saja pada kita dan dalam alam semesta ni kerana kita milikNya.. Kena strok ke? mati ke? ape ke? Mcm2 boleh terjadi..Yg penting apa di lakukan manfaat di sini InsyaALLAH Manfaat di sana kelak.. kan cikgu kan? Moga jadi bekalan di sana kelak.. InsyaALLAH

Alhamdulillah.. 10 markah pun ok la.. janji dpt markah.. Hehe.. ni dah lari topik lagi.. potong markah lagi kut..waaa...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa