11 July 2009

LURUS BENDUL

alhamdulillah, bersua lagi kita...
rasa tak sihat ni pun dah beransur lega. cuma selsema dan batuk dlm dua tiga hari ni. alhamdulillah sgt sbb tak demam. kiranya masih berupaya utk buat keje. nmpknya minggu ni nur keje tiap2 hari. huhu.. takla keje sampai petang, cuma biasanya pagi jumaat nur kat pusat tuisyen. dlm tghari nur dah balik ke rumah. hari sabtu pula bergantung pada keadaan. jika ada guru yg tak dpt datang, maka nur akan gantikan tempat cikgu tu.. mcm bulan ni, penuh la skit jadual nur. sabtu pun nur mengajar coz ganti tempat sorang cikgu yg cuti bersalin.

selalunya pagi jumaat slot nur hanya dua jam. tapi disebabkan nur gantikan tempat cikgu ni, nur amik sejam awal dari slot nur. kelas ni kelas hafazan. utk bulan ni, semlm merupakan kali kedua nur handle. alhamdulillah juga, kanak2 ribena kelas hafazan yg nur handle ni perempuan sumernya.

biasanya kanak2 ribena ni akan hafal surah apa yg diaorg nak baca. so, bila panggil nama, mereka akan datang depan cikgu dan baca. cikgu akan check kelancaran dan sebutan. kalo dia salah dari segi tajwid, tegur la skit kat mana yg salah.. huhu.. nur tak la pandai sgt, tapi skit2 tu boleh la. yg tak biasanya, sejak nur handle ni kanak2 ribena ni akan disoal dulu surah yg diaorg dah hafal sblm ni. surah2 tersebut ada tertulis dlm kad diaorg. nur cuma nak tgk samada diaorg igt atau tak.. yelah, takut nanti hafal byk2 tapi surah yg hafal awal2 tu diaorg dah lupa. tak ke nanti kena ulang balik..

nak dijadikan citer, ada sorang kanak2 ribena ni. nur dah lupa namanya.. tapi yg nur igt dia ni darjah 2. sbb kelas hafazan ni campur umur, so secara umumnya akan ada pelajar tadika, darjah satu sampai darjah 6. nur panggil nama dia dan minta dia datang ke depan. sambil tu nur dok tgk rekod nama pelajar lain..

nur: ok.. kamu nak hafal surah apa?

kanak2 ribena: surah al-qoriah ustazah.

nur: eh.. jgn panggil saya ustazah. panggil cikgu je.. (huhu..alangkah malunya nur..)

kanak2 ribena: ok cikgu. leh saya mula?

nur: jap, sblm tu cikgu nak check surah lain. kamu darjah berapa?

kanak2 ribena: darjah 2.

nur: ok.. baca surah al-ikhlas dulu.

tak lama lepas tu dia mulakan bacaan. mata nur takla pandang muka dia sbb dgr dia baca bismillahirrahmanirrahim tu dgn yakin. suara dia kuat. memang confident giler la.. tapi.....

kanak2 ribena: bismillahirrahmanirrahim... al ikhlasssss.....

pastu kanak2 ribena ni diam. berkerut dahinya.. nur pula dlm dok tgk rekod bacaan bdk ni jadi tercengang sama..

nur: eh nape kamu baca mcm tu?

kanak2 ribena: yela..cikgu suruh sy baca surah al-ikhlas. tapi sy jadi pening dok pikiaq ni cikgu. mana ada surah mula dgn perkataan al-ikhlas.. ish...sy betui2 tak igt la cikgu....adus kedai sukan yg nama mcm al-ikhlas tu ada la..

adeh... lurus bendul betul budak ni. silap nur la ni. sbb tak sebut ayat mula2 tu.. igtkan diaorg tau bila sebut nama surah. bila nur baca permulaan ayat tu baru la dia tau tu ayat tu dari surah al-ikhlas.. satu kelas gelakkan dia. nur pun dari dok tahan gelak terus tak dpt menahan. sampai berair mata ni. budak ni pun gelak sama. sampaikan ustaz di kelas hafazan bilik sebelah datang tgk...

aduh.. innocent betul budak ni.
alhamdulillah, itu la pelajaran yg nur dpt semlm. dpt juga nur belajar sesuatu tentang dunia kanak2 ni. so next week nur kena berhati-hati bila nak diaorg baca surah. kena sebut dulu permulaan ayat tu..


notakakidantangan:
hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita, suka dan duka, pahit,masin dan manis.


8 kesan jari:

Idalara said...

salam nur
kanak2 begitulah..apa ynag difikir itulah yg akan dikatakan.
seronok mengajar diaorg ni kan..kalau tgh stress pun tguk keletah mereka ht jd gembira..
selamat jd guru yg dedikasi.

bEEdLE d' bARd said...

hehe..comel la budak tu..tp kadang2 org besar pon ada gak yang lurus bendul..

anaklaut said...

salam...nur,

cikgu Nur demam ker? ala cianya..banyakkan berehat dan banyakkan minum air masak,

dah jumpa Dr? kalau belum jumpalah..nanti sebelum sekolah leh sembuh..

tq add me..apapun anaklaut mendoakan kesejahteraan cikgu Nur.

NuR said...

.: idalara :.

apa khabar kak ida?
akak lebih mengerti kan sifat kanak2 mcm mana.. sbb akak ibu.. nur ni setakat baru jadi guru je.. masih byk yg nur tak tau.. kadangkala kesabaran tu tergugat juga dgn perangai diaorg.. hehe!apa yg jadi semlm ish..nur tak leh lupa rasanya...



.: beedle d'bard :.

huhu bard..
tu la pasal...
lurus bendul tak mengira usia..
cewah..ayat bak iklan dlm tivi..hehe..
mcm mana bard dok kat puncak alam?

NuR said...

.: anaklaut :.

salam anaklaut..

alhamdulillah dah ok. cuma selsema dgn batuk je cikgu.. berehat pun mcm gini2 je. esok dah sekolah. cepat tul masa ni berjalan kan? rasa mcm baru semlm hari khamis...

mamai said...

so sweet....mereka terlalu jujur
mungkin silap kita melentur

anaklaut said...

salam..Nur,

terima kasih kerana sudi jadi follower anaklaut..:))

NuR said...

.: mamai :.

salam bro mamai..
mungkin ada betulnya kata bro tu..
perlu dikenalkan nama surah tu sblm hafal.
supaya tak keliru lagi..



.: anaklaut :.

salam cikgu..
sama2..
nur igt dah jadi follower blog cikgu.
rupa2nya belum lagi.
malu sy jadinya.. hukhuk!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa