28 July 2009

25 TABIAT MELAMBANGKAN SIKAP SUKA BERFIKIRAN NEGATIF

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.

5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi anda.

7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.

8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada anda.

9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding anda.

10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari anda.

13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain respek anda, tapi sukar untuk anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat anda marah.

17. Menganggap diri anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian anda lebih hebat dan anda tak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.

24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.

25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan bagaimana rupa fikiran, positif atau negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.

Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada anda, itu tandanya anda kena berubah kalau anda nak ada kemajuan dalam hidup.

Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang.

Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.


notakakidantangan:
pemikiran negatif ni perlu tapi kena pada tempatnya. sebagai contoh jika kita confuse dalam membuat keputusan. nur rasa dlm hal yg mcm tu kita perlu lihat pro dan kontra tentang sesuatu perkara, lihat kelebihan dan kekurangannya sebelum keputusan dibuat.

sekadar pandangan...


23 kesan jari:

mamai said...

positive thinking penting begitu juga dengan negetive karana di situ ada check and balance. adakalanya negetive thinking buat kita lebih berdaya saing cuma macam mana kita nak terjemahkannya

cikgi ceria hari nie

GRuNGe said...

Erk, macam banyak jer dalam kenyataan di atas tu seperti perangai saya. Hahahaha. Macam dapat markah penuh jer saya ni cikgu Nur. ;) Btw, terima kasih kongsi info ini. Akan cuba menghindari ke 25 perkara di atas.

imanshah said...

Itulah kehidupan namanya..jika tidak, tidak diciptakan syurga dan neraka..

selamat beramal!!

anaklaut said...

salam...nur,

anaklaut sangat setuju dengan bro mamai..:

panduan yg sangat berguna..

Cikgu Adham said...

slm.. byk kena muhasabah diri ni huhuhuhu

Cikgu Adham said...

slm.. byk kena muhasabah diri ni huhuhuhu

<< s| tED| >> said...

sharing is caring....

TQ nur.. apapun.. sabar itu yg utama..

bEEdLE d' bARd said...

bestla baca blog akak nie..
ade kongsi2 ilmu..
tak rugi sy follow.. =)

Precious said...

Semua orang berbuat silap. Yang penting kita belajar dr kesilapan itu dan tidak mengulangi nya ... Jadilah lebih baik dr semalam!

NuR said...

.: mamai :.

setuju dgn pendapat bro mamai..
negative thinking ni leh buat kita fikir bkn setakat setapak tapi bertapak-tapak ke hadapan..

hehe..
nur diceriakan dek kanak2 ribena tu


.: grunge :.

hehe..
org yg post entry ni pun sama dengan je..huhu
apapun anda mampu mengubahnya incik grunge...
emm.. mcm bunyi iklan je..hikhik!

NuR said...

.: imanshah :.

betul tu cikgu
nur setuju
ada positive ada negative..
tu kan cas elektrik..

renung2kan dan selamat beramal..
(mcm trademark prof izzi lak..hehe)

NuR said...

.: anaklaut :.

salam cikgu...
tul tu..
ada baiknya fikir negative ni tapi perlu pada tempatnya..

thanks cikgu, singgah sini..



.: cikgu adham :.

salam cikgu..
slmt dtg ke blog nur..
hehe..
takpe, kita hanya manusia biasa..
perlu utk muhasabah diri selalu..

NuR said...

.: tedi :.

nur suka ayat tedi tu..
simple tapi ada meaning yg sgt besar..

tq tedi.
nur cuba utk lebih sabar..
=)

NuR said...

.: beedle d'bard :.

thanks bard..
blog biasa je..
picisan mcm tu..
apa yg ada elok dikongsi..
bak kata tedi, sharing is caring..
suka ayat tu..
hehe...

blog bard pun besh coz akak dpt tau term science yg susah benar nak sebut tu...
leh buat kuiz kat kanak2 ribena.. hehe



.: precious :.

nur setujuuuuu...
moga kita lebih baik dr hari semlm..

ridzwan said...

salam,
excellent note.

NuR said...

.: ridzwan :.

salam dr ridzwan..
terima kasih berkunjung ke blog nur.

Eyna's said...

Thanks ye Nur...atas perkongsian ilmu ni...

anaklaut said...

salam...nur..

haha..) ulasan balasan- "nak ambik pemahaman.."

Chekgu BaniHassim said...

erm...btol laa...
ade yg perlu ade, tapi harus kene pada tempatnye...

malas manjawab tag pun salah satu dari 25 nih...
yang ke-26 kan??
hahaha

anaklaut said...

salam...nur,

tq singgah anaklaut..

segala ulasan nur sangat anaklaut hargai.

:))

NuR said...

.: eyna :.

sesama kak...
=)



.: anaklaut :.

huhu..sampai hati cikgu gelakkan nur..
isk..isk..

=D

NuR said...

.: chekgu banihassim :.

haha...
malas nak jwb tag kira berfikiran negatif ke?
hehe...
haa.. cikgu perlu ubah tuu

=D


.: anaklaut :.

salam cikgu..
sesama...
terima kasih juga slalu singgah sini..

DaliaLiyana said...

makkkk ooi..akak byk nyer dalia kena berubah ni...huhu

tq ka 4 d info.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa