21 June 2009

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '



Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).



7 kesan jari:

anaklaut said...

salam singgah..

terima kasih atas entri yang banyak memberi peringatan kepada sahabat2 blog..kira mcm berdakwah ni nur.

moga allah sentiasa memberi rahmat pada nur..:)

haruan tasek said...

bagus teka teki nie untuk anak-anak

bEEdLE d' bARd said...

eh akak dah tukar banner la..
kak, bermakna la benda nie..
thanx sbb post ke blog.. =)

ummumishkah said...

nice points to share...

Chekgu BaniHassim said...

mendalam maksud tu...
bujak sungguh imam ghazali...

NuR said...

.: anak laut :.

slmt mlm encik anak laut
sama2 kasih..
nur hanya paparkan apa yg nur dpt di blog ni.
terima kasih kerana sudi menjengah blog nur..

=)


.: haruan tasek :.

teka teki yg takde lawak bodoh.
tapi penuh dgn input yg penting.
sesuai utk buatkan kanak2 tu berfikir.
cuba encik haruan bagi pd anak.
mesti mereka suka.


.: beedle d'bard :.

hehe..
tak tukar pun bard.
actually ni first banner utk blog ni.
baru tau buat mcm mana.
sblm ni tak pandai nak buat.. huhu...
u're welcome my dear sis..


.: ummumishkah :.

slmt dtg ummu mishkah..
ya... apa yg baik, elok kita sampai2 kan..


.: chekgu banihassim :.

slmt kembali cikgu..
dah lama cikgu tak menjengah teratak sy ni..
harap cikgu sekeluarga sihat..

GRuNGe said...

Entry yang bagus. Akan lebih menelaah entry2 yang ada sebagai rujukan.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa