26 June 2009

KERNA AKU SEORANG WANITA


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."



notakakidantangan:
Msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Setiap Wanita itu Cantik.

14 kesan jari:

Eyna's said...

Btul tu...
Stiap wanita mmg cantik
dan kecantikan itu amat subjektif...

ummumishkah said...

Yang indah itu ada pada hati...

NuR said...

.: eyna :.

tul tu kak.
terlalu subjektif..
sehinggakan takde skema jawapan utk itu.



.: ummumishkah :.

teringin nak ada hati yg cantik..

anaklaut said...

salam...Nur,

entri yang penuh makna pada anaklaut.

terima kasih atas ulasan nur.

jenis-jenis air mata.

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

anaklaut-

nervfusion said...

^_^....

yeah cantik memang universal....
perkataan yang fleksibel untuk semua situasi...

hurrmm nak cantikan hati?
jawapan dah ada, persoalan jer tinggal...

^_^

NuR said...

.: anak laut :.

anak laut, terima kasih bagitau nur tentang jenis2 airmata.
byk info leh dpt dari cikgu..
thanks again.

=)



.: nervfusion :.

jawapan dah ada, persoalan jer tinggal?
emm.. tak fhm.
jawapan mana?

huhu.. maaf, nur agak sukar utk memahami komen kamu ini.. :(

Idalara said...

salam nur..kak ida pernah baca entrini di kotak email..apa2 pun masih tetap mengulang membaca..
airmata seorg ibu...hanya untuk anak2.

bEEdLE d' bARd said...

btol tu kak..saya sokong..setiap wanita itu cantik.. =)

anaklaut said...

salam singgah nur,

apa khabar? tq sudi singgah memberi ulasan dlm anaklaut.
ulasan nur sangat saya hargai.

aya harith said...

syukur dijadikan wanita
=)

Rashid said...

sALAM NUR..

Tertarik le dengan.. "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

wah!! berulangkali saya membacanya..

anaklaut said...

salam...nur,

terima kasih sudi bagi ulasan dalam anaklaut

NuR said...

.: idalara :.

sama dgn nur kak.
nur dpt ni pun dr kotak emel.
jadi nur rasa lebih baik nur paparkan di sini.
berkongsi apa yg nur dpt dgn kawan2..



.: beedle d'bard :.

bard..
tul tu.
tapi selalunya org memandang pada lahiriah..
kan?
mcm kita nak beli barang, mesti tgk cantik dulu dari kualitinya..
perlu ubah persepsi ini..


.: anaklaut :.

salam ukhwah anak laut..
alhamdulillah nur sihat.
ish..jgn la ckp mcm tu.
nur sekadar tulis je tu..
apapun ucapan terima kasih pada kamu juga anak laut kerana sudi mencoretkan kata2 di sini.

=)

NuR said...

.: aya harith :.

alhamdulillah.
moga kamu menjadi seperti itu aya..



.: rashid :.

menarik kan kata2 tu cikgu?
apakata cikgu antar msg kata2 tu pada org yg tersayang. mesti si dia gembira..


.: anak laut :.

sama-sama kasih cikgu kerana cikgu pun sudi bagi ulasan dlm blog nur ni..
=)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa