29 June 2009

BICARA KATA 1

Telah bersabda Rasulullah S.A.W Kepada Saidina Ali: "Hai Ali! Allah Ta'ala tidak menciptakan sesuatu pada tubuh manusia yang lebih utama daripada lisan. Ia dapat membuat orang masuk syurga dan dapat menyebabkannya masuk neraka. Kerana itu, jagalah lisanmu, sesungguhnya dia adalah bagaikan anjing gila."

Seorang cendekiawan berkata:

"Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI,LIDAH dan anggota badan lainnya. Allah memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali Allah" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya."

Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh Allah SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali Allah SWT.

Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana Allah SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.

Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada Allah SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.

Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa lisannya tergelincir, maka ia kafir. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.

Allah SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan. Ikan itu makhluk yang tidak berlidah. Kononnya, Allah SWT ketika menciptakan Adam a.s, Dia memerintahkan kepada Malaikat agar bersujud kepada Adam. Maka sujud, kecuali iblis.

Kemudian Allah mengeluarkan iblis dari syurga dan menurunkannya ke bumi, lalu ia datang ke laut. Makhluk yang pertama kali melihat iblis adalah ikan. Iblis lalu memberitahunya tentang penciptaan Adam a.s dan mengatakan, bahawa Adam itu selalu memburu dan menangkapi binatang-binatang di laut dan di darat. Ikan itu menyampaikan berita tentang Adam dan perbuatannya ini kepada seluruh binatang laut. Kerana perbuatan inilah, Allah SWT menghilangkan lidah ikan."
sumber: iluvislam.com

" Sesungguhnya HATI setiap manusia itu menjadi rebutan antara Malaikat dan Syaitan. Terpulanglah kepada manusia untuk memilih pemenangnya. "

ros notakakidantangan ros
kata ibarat pedang. tajamnya bisa membunuh lawan.


6 kesan jari:

anaklaut said...

salam....nur,

entri yang menarik,


"bila terdetiknya hati bersulam debar maka disitulah bermulanya keliru antara badan dan fikiran,
pandanglah dengan mata,
lihatlah dengan hati,
renungilah dengan akal dan fikirkanlah dengan iman,
maka nilaikanlah sama ada pahit atau manis sebuah kesungguhan.."

Nur,

hati terbang dua, satu di timur, dan satu di barat. Timur yang selalu bersinar terang mentarinya. Barat yang selalu berpuput lembut bayunya..

Terasa hangat jiwaku saat di timur, terasa nyaman kalbuku saat di barat,
ke timur aku ku mahu, ke barat aku jua mahu,
jiwaku hangat di sana, jasadkau dingin di sini.

Hangat dan dingin berbaur satu lalu mendebarkan rasa yang begitu indahnya. Dimanakah tanah yang selayaaknya aku berpijak? di manakah yang bisa menjadi persinggahan jiwa untuk selamanya? timur atau barat?

Atau haruskah ku menyembunyikan diri ke selatan yang bertanah gersang tidak bermentari?"


itulah falsafah hati dalam diri anaklaut:-


tq sudi singgah anaklaut:- moga nur dirahmati allah swt selalu..

Ummu Mishkah said...

itulah.. walau nampak kecil anugerah ilahi ni, ianya cukup memberi manfaat buat kita.. maka gunakanlah pada jalan yang sewajarnya kan?
Syukur!

GRuNGe said...

Wah, entry yang menarik. Sangat setuju dengan komen anaklaut tu.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anak laut :.

salam anak laut

berulang kali nur baca..
indah ayat2 tu...
tertarik hati baca comment tu..
terima kasih kerana sudi mencoretkan sesuatu di sini..


.: ummumishkah :.

tul tu ummu
kecil dan kadangkala kita salah guna apa yg kita ada.


.: grunge :.

slmt kembali grunge...
terima kasih, sudi baca blog nur.
anak laut memang berbakat dlm penulisan ni kan grunge..

anaklaut said...

salam..nur,

anaklaut seorang yang biasa2 saja..

:)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam anak laut..

:)
dari seorang yg biasa mampu menghasilkan sesuatu yg luar biasa.
seperti anda juga

=)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa