13 April 2009

TOPI KELEDAR VS DARAH

apa kena mengena topi keledar dgn darah?
haa.. begini kisahnya.


Ahad
12.4.09

waktu perhimpunan. ustaz N ada bagi ceramah kat budak2 ni tentang bahayanya berlari. takut la jadi apa2. lebih kurang mcm ni la ustaz N ckp...

ustaz N: minggu ni tak nak dah dgr berdarah sana sini. kalo ada juga kes darah minggu ni, ustaz nak cadangkan pakai topi keledar. minta mak ayah kamu beli topi keledar untuk kami pakai masa sekolah. mcm dah bahaya kawasan sekolah kita ni. kalo kamu lari lagi, tak la cedera sbb ada perlindungan kat kepala.nak ke pakai topi keledar??

kanak2 ribena: tak mauuuuuu!!

ustaz N: bagus! pelajar cemerlang tak berlari tak tentu pasal.


dlm pukul 11.50 (lebih kurang la...)

ustaz N: cedera parah... cedera parah... kalut tul ustaz ni sampaikan tercungap-cungap.

nur dan cikgu SH berpandangan. kak NF di sblh jenguk kepala dari cubiclenya. cikgu yg ada dlm bilik guru tak ramai. tinggal kami bertiga je.

cikgu NF: apa yg cedera parah?

ustaz N: ni ada budak cedera kat kepala. darah banyak. sape free skrg?

cikgu SH: kelas mana?

nur: jatuh kat mana? mana dia?

ustaz N: byknya soalan. jap, nak bawa dia ke sini.

few minutes later....

cikgu NF: Ya Allah... kamu main kat mana ni sampai cedera mcm ni. sengetkan kepala kamu. darah keluar tu. budak tu dah nangis.. huhu!

nur dan cikgu SH cepat2 gi tgk. tuuu dia! cedera teruk. kira dalam juga luka tu. tah berapa jahitan la kena nanti ni.

cikgu M: tetiba muncul di muka pintu. haa.. jgn nangis kuat. nanti leh mati.

nur: akaaak! leh lak takutkan dia.

cikgu M terkekek gelak. rupanya budak ni jatuh kat surau. ni mesti kes tolak menolak. tapi dgr kata bdk ni pendiam dlm kelas. kira mangsa keadaan la ni. cian dia...

cikgu M: jom bawa ke klinik!

cikgu M dan cikgu RH bawa kanak2 ribena tu ke klinik. balik je dari klinik, budak tu dibawa ke bilik guru sementara menunggu waktu balik. guru kelas dia dah call parents kanak2 ribena ni tapi tak dpt. maka dudukla dia kat sini dgn milo ais sbg upah sbb nak elak dari melalak. haha! macam2 budak2 ni. mana2 guru yg ada dlm bilik guru semuanya pegi kat kanak2 ribena ni. malu2 kucing budak ni jadinya. dah dpt milo ais, senyum je la. tadi bkn main lagi nangis tak hengat dunia. huhu!

kata cikgu RH, doktor kat situ dah leh agak bdk ni datang dari sekolah mana. yelah, minggu lepas kes berjahit di dahi. ni kepala pula. amboi.. ganas2 betul. cikgu RH siap buat lawak lagi, "biasalah, sekolah kami menghasilkan modal insan yang leh ganti atlet2 negara."

huhu.. mcm ni la ragamnya bila jumlah pelajar mencecah 1000 org. tak sampai berapa jam bagi ceramah, dah ada kes darah. memang kena pakai topi keledar.



Isnin
13.4.09

kak T masuk ke bilik guru dgn kanak2 ribena perempuan kelas dia. sakit gigi katanya. so kitaorg yg ada kat dlm bilik guru ni tolong la bagi rawatan. dah mcm nurse ni.. sapu bam gamat je la kat pipi dia. tak sampai baper minit kak T keluar bilik guru, dia datang lak dgn sorang lagi kanak2 ribena lelaki. JARI BERDARAH! uih...katanya kena pisau. apa lagi kak T terus la meluru ke kelas dia. buat spotcheck. tapi takde sape pun yg mengaku. pakat tuduh menuduh. huhu! disebabkan takde sape yg mengaku, cikgu disiplin pun bawak la rotan. nampak je rotan terus mengaku. huhu. siap sorok barang bukti. dibuangnya ke luar tingkap. aish..bijak betul kanak2 ribena kelas 1A ni. ni mesti tgk citer detective conan byk sgt.

kali ni bkn mangsa keadaan. kanak2 ribena ni memang nakal dlm kelas. sampaikan cikgu yg mengajar kelas diaorg kata "padan muka. nakal lagi, kita potong terus jari dia." pucat terus muka budak ni.. huh! nampaknya pagi esok masa perhimpunan, sure cikgu disiplin membebel. sampaikan cikgu RH kata "kita kena cari sponsor topi keledar lepas ni." cuba bayangkan kanak2 ribena ni pakai topi keledar ke sekolah.. haha! lawak giler. dah macam nak gi angkasa lepas pun ada. silap2 cikgu pun kena pakai. kalo nak mengajar kena pakai mic. kuikuikui...

2 hari persekolahan, apa yg nur leh simpulkan ialah cikgu ni leh jadi macam2. kalo luka, sakit perut, cikgu la nurse@doktor. kalo duit hilang atau duit tak bawa, cikgu la jadi bank. kalo mcm kes tadi; sorok bahan bukti, cikgu la jadi detective. siasat pesalah. mcm2 cikgu leh jadi kat sekolah. cuma satu je tak leh.. NELAYAN. sbb sekolah atas darat. fikir-fikirkan :)

4 kesan jari:

Faris Ibrahim said...

banyak tul kes berdarah kat skolah nur..
hehe..

Stuju dgn cadangan topi keledar tu..
Sesuai sgt tu, mmg dah jadi keperluan dah tu..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: faris ibrahim :.
tu la pasal. tak main luka2 kecil, sumer pakat nak cedera parah. atlet ramai faris, nak buat mcm mana. larang jgn lari, lari juga sampai carik baju sekolah. huhu! budak2 la katakan, sementara nak membesar mcm kita ni..

Muslimahsolehah said...

gitula kalu dh namanye budak dan kanak2 ribena..suka lompat..suka lari

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: Muslimahsolehah :.
hehe.. sbb tu la nur panggil diaorg ni kanak2 ribena MS.. sukaria je. marah pun diaorg sengih. kalo buat lawak, ape lagi.. melebar je senyum.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa