13 April 2009

HAKIKAT SEBUAH KHAYALAN

sebentar tadi ku lihat pelangi
cantik.. ceria dengan tujuh warnanya
ia sangat hampir dengan ku
nak ku capai tapi tak sampai
nak ku kejar tapi tak dapat
lalu hilang dari pandangan

aku?
masih terduduk di situ

aku nampak mentari
aku bangun
"mentari, aku ingin berbicara dengan mu."
mentari hanya senyum memandang ku
dan ia pun hilang
seperti pelangi tadi

kenapa aku sering ditinggalkan?
kenapa??

aku masih lagi di situ
menunggu akan hadirnya bulan
bulan pasti akan menemani ku
tapi aku tak nampak di mana bulan
"di mana kau bulan?"

yang ditunggu tak tiba
hujan pula yang datang menyapa
aku basah disiram hujan

hujan....

ya.. hujan itu yang datang kepadaku
menyedarkan aku akan sebuah illusi
akan sebuah hakikat
mana mungkin aku berbicara dengan mentari
mana mungkin ku capai sang pelangi
dan mana mungkin khayalan ini menjadi satu kenyataan

bangunlah wahai diri
sedar lah wahai hati
kehidupan bukanlah khayalan
ia adalah hakikat yang perlu kau tempuhi.

NuR
7.34 pm

5 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

dayah...tabah ek...kita perlu sama2 kuat...dan aku tahu ko kuat...dan lebih kuat daripada diri aku sendiri...

NuR said...

aku nmpk pelangi tadi. sungguh sirah! emm..tapi ilang lak. students aku kata... aku tipu diaorg. huh....

thanks :)

dcrysz said...

nur...
yg datang akan pergi....
yang pergi blm tentu kembali....
yang x kembali... bukan bermakna x menyayangi...
x menyayangi bukan maknanya membenci....
tapi itulah lumrah hidup.....

Faris Ibrahim said...

Sume tak suke kat Nur..
Cian nye..hehe..

Tapi tak pe Nur,tu semua khayalan..

Pasni Nur try tunggu RapidKL or KTM plak, pasti dapat..

Tapi jgn khayal lak masa tunggu..hehe..nnt kena tinggal lg..

Anyway..gurau2 jer erk Nur..
Smile!!

NuR said...

.: dcrysz :.
teringat lagu rabbani, pergi tak kembali. terima kasih atas pesanan itu :)

p/s: bait2 kata mu ada rima tersendiri..


.: faris ibrahim :.
huhu.. tu la pasal. takpe, minggu depan leh naik ktm or lrt. lama benar rasanya tak blk s.a.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa