07 April 2009

MAAFKAN JIKA BEREMOSI

kata seorg kwn dulu...
"maafkan aku jika aku beremosi."

dan skrg, nur men 'copy' and 'paste' kan ayat tersebut di sini.

ya... entry sy kali ini berEMOSI


1
usai kelas jam 8.50 pg.

Cikgu FH: akakkkk!!!


nur: nur berpaling ke blkg. ngape? akak nak cepat ni. nak ke kelas 4B pula.. apehal minah ni terkejar-kejar..

cikgu FH: kak SH tak tegur sy pun pagi ni. akak ada citer ape2 kat dia ke?

nur: berkerut dahi mengingat. takde lak. pagi ni pun tak sempat sembang ape2. dtg je terus ke perhimpunan. ngape?

cikgu FH: akak ni lain kali jgn la citer ape2. ni dia dah tak nak ckp dgn sy. akak ni memang la..!

pulak..nur pula yg disalahkan...

nur: memandangkan diaorg serumah.. semlm dia ckp tak?

cikgu FH: semlm ok je.

nur: dia ada masalah la tu. maybe personal problem ke? problem dgn pakwe dia ke? jgn main serkap jarang je.

cikgu FH: kalo akak tak ckp ape2, takkan dia tak bertegur dgn sy??

'what the hell are u talking about.. kalo dia ada masalah dgn ko, nape pula aku yg disalahkan?? aku bukan jenis yg suka menjaja citer org!!' hati nur menjerit... nak dikeluarkan, tak sampai. tersekat di tekak.

nur pantas menuju ke kelas 4B. meneruskan pengajaran seperti biasa. habis je double period punye kelas, nur terus ke pejabat. buat salinan utk fotokopi latihan pd kanak2 ribena baru la menuju ke bilik guru. nur tak tegur sesape. i just continue marking test papers. bkn merajuk tapi GERAM!

cikgu FH: akak, tadi kak SH dah ckp dgn sy. dia ada masalah dgn pakwe dia rupanya.

nur: ooo.. bagusla mcm tu.

cikgu FH: maafla kak, sy kata kat akak mcm tu tadi.

KRINGGGG..........

nur: ok, akak nak kelas 3B pula. FH takde kelas?

tanpa menunggu sebarang jawapan, nur terus melangkah. di luar pintu bilik guru, 2 org kanak2 ribena 3B dah sedia menanti utk menghulurkan bantuan angkat buku.

kejadian ni, bkn arini je. dah 2 kali nur dituduh kalo dia tak berckp dgn SH. eh hello, aku ni kaunter tuduh menuduh ke? dalam sehari nur dgn SH jrg sgt bersembang. jadual kami bertindih walaupun tmpt kami face to face. skrg, nak tgk muka pun tak boleh. coz buku kanak2 ribena bertimbun. dah mcm kubu pertahanan pun ada....


2
nur dan cikgu Wa bersembang rancak. bercerita ttg konvokesyen. yelah, cikgu Wa dah konvo, jadi dia bercerita pengalaman dia yg hampir2 jatuh. cikgu Wa ni kalo bercerita siap dgn ekspressi dan body language. hah, ape lagi mcm ada lakonan semula.

cikgu R: uiiii anak2 dara. sopan2 skit. ada org dok intai tu nak buat menantu.

kami berdua tersentak.

cikgu Wa: takde sape pun kat dpn bilik guru tu kak. takpela, sy nak berlakon ni haa..bkn sape nmpk pun. lagipun kami bersembang je ni.

cikgu R: tak payah. kot nanti diaorg intai, npk pulak aksi korang yg kurang sopan ni.

nur: takpela kak, biar la tau true colours. jgn tau yg indah2 je. kan tak hipokrit tu..

cikgu Wa: betul betul betul.

cikgu R: bykla hipokrit korang tu..

cikgu Wa: ala kak, manala tau kot dia berkenan tgk akak yg ayu arini.

cikgu R: oit salah org la tgk aku.. marah suami i tau....

kami terkekek-kekek gelak.

cikgu Z masuk ke bilik guru.

cikgu Z: R, nmpk ke sape mai tu? kak R hanya angguk. haa..anak2 dara dlm bilik ni. bersiap sedia ye lepas ni. kecuali nur tu.

aik..nama aku pulak yg disebut.. cikgu Wa memandang nur.

cikgu Wa: nape nur tak boleh. dia tak kawin lagi.. leh lak kak Z ni buat pengecualian.

cikgu Z: aritu akak nak kenalkan dia dgn sorang ni. dia tolak. dah kita tolong carikan jodoh kat dia. jual mahal. tolak jodoh. tah bila la nak kawin tak tau la tu. memilih sgt! 26 tu dah tua..

sedih nur dgr ayat yg sebegitu. cikgu Wa pegang tangan nur.

nur: takpe kak, mungkin bkn jodoh sy. apepun terima kasih. niat akak tu memang baik.

cikgu Z: tau pun.

keras, tajam sungguh kata2 tu. berbisa hingga ke hati. sedari hari tu nur dgn kak Z jarang berckp. tahlah, ada kot salah nur kat mana2. biasalah, org baru. salah skit nmpk besar. malas nak panjang citer. biar je la... sudahnya hati yg menjeruk rasa.

salah ke nur menolak kalo ibu dan kakak memberi jawapan yg negatif. dan nur pun berfikiran seperti mereka. kawin ni long term punya hal. kena fikir masak2. aish... ngaku bujang pun ada side effect, ngaku dah berpunya pun ada side effect. ehm.. teringat kata cikgu A.

cikgu A: sebenarnya, i ni tak bertunang lagi. tapi dah asyik sgt tanya aritu. i ckp je terus kata dah bertunang. senyap la kejap. pastu bising pulak tanye bila nak kawin. emm.. mana2 pun ada side effect. u caya la ckp i.

rentak dan aturan hidup. ada yg mengatakan, manusia tak penah cukup dgn apa yg mereka ada. kalo diapplikasikan kata tu ikut cara positif, maka positif la ia. contohnya nak terus maju. mesti kita berusaha. kalo in negative way, jadi mcm ni la..

memang, kalo diikutkan hati nur ni masih sakit,berdarah dan susah utk menerima seseorg. tapi seperti yg telah nur kata pada keluarga, "kalo nak cepat, tolong la carikan. kalo serah pada nur mungkin ambil masa."

nur tak salahkan cikgu Z kata mcmtu. cikgu Z tak tau apa yg terjadi pada nur. dan nur pun tak nak cerita. nur tak minta semua ni terjadi. kalo tanye org, takde sape yg nak kawin lmbt. nur pun tak terkecuali. tapi takdir yg mengatasi tindakan kita. kalo ikut ape yg nur rancangkan, nur nak akhiri zaman bujang tahun ni.tapi apakan daya.... bak lagu Jamal Abdillah - Takdir Penentu Segala. mungkin ada hikmah yg nur tak nmpk <---- ayat pemujuk hati.

hati nur cepat terguris bila disentuh hal ni. teringat beberapa hari lepas. nur terima MMS dari dia. i just delete it. to him... if u know and read this, please stop sending me ur pictures. i don't want even to bother where are u now, what are u doing and bla bla bla. and please STOP HURTING ME!



ya Allah, berikan nur kekuatan; utk kuatkan balik hati yg rapuh ni, utk ubati luka yg berdarah, utk meneruskan hari yg mendatang. berikan nur kemanisan atas segala ujian yg Kau berikan.


>>> today is not my tuesday. today is my SEDEYday.<<<

11 kesan jari:

Sufi Idany said...

Manusia Nur mcm tu lah suka lepas kata tnpa periksa, lidah ni kan tidak bertulang.... jd senang je la.... lg pun ada kata maaf untuk membetulkan balik sedang mereka lupa ada rasa yang tercalit pada hati, ada sakit yang membekas panas...huhuhuh sabar sis..... ini lah kehidupan.... tnpa nya kita mungkin sunyi...Syukur kita punya semua rasa itu....

Sirah@Cyrah said...

bersabarlah dayah ek...

Faris Ibrahim said...

Nur.. Dont be sad..
Zaman sekarang tak leh tburu2..
Jgn pk ape yg orang kata..
Kawin lambat ke, cepat ke..Tu atas jodoh masing2..
Org yg dia nak kenalkan pada nur pun blm tentu dia kenal btul2..Suka ati dia jer nk keneng2kan org..

Ape2 pun, carilah yg tbaik nuR..
Zaman sekarang, org mcm2..
Sy percaya Nur akan dapat yg tbaik..InsyaAllah..

Anyway, be happy k!

ilina said...

banyak sabar ye cu....

NuR said...

.: sufi idany :.
yes sis. i agree.
kalo lidah bertulang, mungkin tak jadi mcm tu.

.: sirah@cyrah :.
selagi aku mampu tersenyum, kira aku bersabar lagi sirah.


.: Faris Ibrahim :.
komen terpanjang akak dpt ni.hikhik!
pandai faris teka. dia tak kenal pun org yg dia nak kenen2kan tu.
anyway dik, thanks for ur advice.


.: ilina :.
thanks sis :)

Faris Ibrahim said...

hehehe..
terpanjang erk??
hurm..xde hadiah ke?

Kalo bg hadiah,next time sy bg essay 6 perenggan lak..

NuR said...

patutnya sy yg minta hadiah kat faris coz ulangtahun kelahiran bakal menjelang.. hikhik!

gurau je..

mcm mana practicum?

su said...

tentang crite 1 tu....ade jugak manusia gitu kat skolah Nur yer? bahaya kalau rapat dgn org camtu tu Nur...ape2 hal kite jd mangsa keadaan...sedangkan dia senang2 menuding jari! ye x?

Faris Ibrahim said...

hehe..bila bufday nur??
Nak hadiah ape? Kuih boleh?Kuih lapis..hehe..

Amacam idup?masih beremosi ke?

NuR said...

.: su :.
tul tu kak. perlu amik langkah berjaga-jaga. tu yg kita tau. yg kita tak tau mungkin ada. apepun sbg peringatan kpd diri dan rakan2 lain, berhati-hati la selalu..

.: faris ibrahim :.
birthday sama dgn tarikh sukan sk 24. huhu..boleh je kuih lapis pun..hikhik!

alhamdulillah.. emosi tenggelam dek kesibukan menanda kertas ujian.

Muslimahsolehah said...

Semoga ada pelangi untuk setiap taufan, semoga ada rahmat untuk setiap ujian,semoga ada senyuman untuk setiap tangisan, semoga ada keberkatan untuk setiap amalan. Moga Allah berikan kekuatan dan mudahkan segala urusanmu...Amin.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa