02 March 2009

MORAL OF THE STORY IS............?

hari pertama persekolahan di bulan mac. semalam cuti peristiwa sempena hari sukan tahunan. rumah biru juara. kiranya tak sia2 penantian diaorg. nur dgr citer, sejak sekolah ni wujud rumah biru tak penah jadi juara. so skrg mereka boleh bergembira. rumah merah? tempat ketiga je. tapi nur bangga dgn semangat rumah merah..

merah..merah! membara..... dan juaraaa!!
itulah kata2 semangat yg ustaz N bagi kat budak2 ni.. menang sorak je laa...hehe!

arini disiplin kanak2 ribena 4D sgt baik. komen yg nur bagi dlm buku kawalan disiplin ialah "tersangat baik". bukan perli atau bernada sinis, mmg kenyataan. alhamdulillah! disebabkan arini hari pertama pada minggu ni, ramai yg tersilap tgk jadual. diaorg igt hari ni hari ahad. memandangkan mood teacher diaorg ok, so nur maafkan. haha..baik kan teacher diaorg ni ;p

biasanya masa kanak2 ribena ni tgh buat latihan math, nur akan meronda utk lihat keje diaorg. ada sorang kanak2 ribena ni tarik tangan nur.. emm diaorg ni main pakat tarik tangan teacher diaorg je kalo nak bergosip... ada ler tu nak ngadu something..

ajwad: teacher, dulu masa kami darjah 3 ada sorang cikgu ni ajar kami tak sampai 4 hari. lepas tu dia takde.

nur: nape?

akasyah: entah. tapi kan teacher... sambil mata melirik ke arah zulhelmi.. ada di antara kami kan kata cikgu tu pontianak!

nur angkat kening... tapi tak la mcm ziana zain.haha!

ajwad: betul teacher. dia mengata cikgu tu. sbb cikgu tu pakai kaler mcm2 kat atas kelopak mata.

ooo.. eye shadow

zulhelmi: ala teacher... bukan mengata. sy ckp je! adeh kanak2 ribena ni tak faham sebenarnya makna perkataan mengata. so utk jernihkan keadaan, nur merekacipta satu citer.

nur: ok kelas. teacher ada citer ni. nak dgr tak?

kanak2 ribena: nakkkkkk!!!!

nur: ok, berhenti menulis sat. duduk tegak2 dan pandang ke depan.

syahmie: siap tuan!

amboi.. kalo nak dgr citer cepat je bertindak mengikut arahan. kalo tak, emm jgn harap la.

nur: dulu masa teacher darjah 5 ada sorang kawan teacher ni. lelaki la. dia tu pandai. selalu dpt markah 100 tiap kali ujian. dari darjah 1 sampai darjah 5 dok kelas A.

oobai: 'terror'nya dia teacher..

nur: tapi dia ada satu tabiat yg tak baik. dia suka mengata cikgu.. satu hari tu dia mengata cikgu ni mcm2. cikgu ni gemuk la,busuk la,mcm dugong la. sumer ada.

fatin: lepas tu teacher??

syahmie: diam aaa fatin..

fatin mencebik. nur teruskan bercerita....

nur: nak dijadikan citer, sok tu ada ujian. kawan teacher ni tak dpt jwb soalan. dia gagal dlm ujian tu. sumer org terkejut. selalunya dia dpt markah 100. tapi kali ni tak. pelik kan? mak ayah dia datang sekolah tanye cikgu, nape anak dia gagal. sumer cikgu tak tau nape. then, kawan baik dia bagitau kat mak ayah dia yg dia ni selalu mengata cikgu. so moral of the story is... tak baik mengata cikgu tau. walaupun bukan beragama Islam dan bukan berbangsa Melayu, cikgu tetap cikgu. tugas cikgu bagi ilmu kat kamu. jadi kamu kena hormat. dgn kawan2 kamu pun tak boleh mengata tau. kita ni orang Islam. berdosa kalo mengata ni.

ajwad: ish dasyat la. agaknya kan teacher, sebab tu la zulhelmi selalu lambat buat keje..lambat pickup. kan dia tak sempat lagi minta maaf dgn cikgu tu. dahla dia mengata cikgu tu mcm2..

zulhelmi sengih....

nur: haa.. kan? so teacher tak mau kamu sumer ulang benda yg sama. boleh?

kanak2 ribena: boleh..!

nur: moral daripada citer ni ape?

fatin: moral of the story is jgn mengata cikgu. nanti lambat pickup mcm zulhelmi..

sumer ketawa dan zulhelmi sengih lagi. ish..mcm takde perasaan je dak zulhelmi ni. moral of the story, patut ke nur merekacipta citer utk menyedarkan mereka tentang sesuatu??

5 kesan jari:

chekgu Bani Hassim said...

pandai2 nye budak2 ni bersembang...
mcm org tua...
siap pandai ngate lagi...
huhu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

:: cikgu BH ::

kalo dok dgn diaorg, mcm2 citer leh dgr. asal jumpa cikgu baru, sibuk je tanye dah kawin ke lum.pastu mula la citer ada makwe/pakwe kelas sana kelas sini..

itulah rentak kanak2 kita pd zaman skrg cikgu BH.

Faris Ibrahim said...

Huhu..kanak2 sembang plik2 btul skang ni. Huish..

Yup,sy tesl dari MSU..Nape?
Anda?

Bardboo said...

cerita yang sangat menarik..nak tanya sikit..mengajar budak darjah berapa ek ni? saya baru je start follow your blog..
anyway, rasanya budak2 memang mcm ni..n student u jgak kot...ada je yang xkena pasal lecturer..tp lepas bc entry ni, sy rasa nak kena kawal sikit kot mulut ni.. =)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

:: Faris Ibrahim ::

selamat dtg ke blog nur :)

mmg pelik tapi itulah kenyataan yg kita kena terima. byk pengaruh yg mempengaruhi kanak2 era ini.

sy pun dr MSU juga.. i'm ur senior from btesl. keciknya internet..hehe dpt juga jumpa rakan seangkatan dari msu.. :)


:: beedle d'bard ::

selamat dtg ke blog nur. moga ziarah selalu ye.. :)

sy mengajar darjah 3 & 4.
hehe.. kalo student U kita mungkin tak rasa benda ni pelik kan sbb dah besar. tapi ni kanak2 lagi..
so kena berwaspada dlm pemakaian & pertuturan.kalo tak jadi bahan gosip..hikhik!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa