Showing posts with label koleksi peribadi. Show all posts
Showing posts with label koleksi peribadi. Show all posts

08 October 2011

Simpan Dalam



ada rasa yang dipendam
disimpan diperam
hendak diluah ibarat menjerat diri
hendak ditahan rasa senak hati

antara dua persimpangan
simpang pendam menjadi destinasi pilihan
remuk redam di situ ditahan
menjadi duri dalam badan



08092011
5.17 pm


28 September 2011

Lecah Hujan




air lecah hujan...
ada apabila turunnya hujan
tiada bila mentari memancarkan sinaran
kering tapi meninggalkan kesan.

kesan..
ada yang dapat ditanggalkan
ada yang kekal di laman.

kesan..
mahu ia hilang
tanpa bersawang
terbang hilang.



3.52pm
28092011

16 August 2011

Tetap Dengan Ku




kamu istimewa
kamu terindah


inginkan kamu di sini
dekat di hati


ku ingin bertemu kamu
hati sabar menunggu


ku nanti saat tibanya waktu
waktu terindah bertentang mata dengan mu



tercatat pada 16 ogos 2011
pada jam 1:16 pm

29 May 2011

Surat Untuk Kawan



kawan
kita ditemukan kerana takdir. dalam berjuta-juta manusia di dunia, kamu yang aku jumpa. pelik kan? tapi itu tak mustahil kerana pertemuan itu dari Allah. kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan ditemukan. hasilnya, kau dan aku menjadi kawan.

kawan
kau dan aku lalui satu pengalaman yang sama iaitu hidup di dunia ini. mungkin berbeza genre kisah di sebalik diri masing-masing. tapi itu tidak menghalang kepada sebuah persahabatan. kau dan aku mungkin berbeza. namun kita cuba untuk serasikan perbezaan ini. aku tahu. adakalanya perbezaan ini tidak dapat diperbaiki.

tapi
aku masih terkenang kamu wahai kawan. mungkin manisnya ukhuwah itu ada di situ biarpun tidak terlihat. ia tertanam di hati. pada aku, berkawan tidak mengenal sesiapa. tak kira rupa, saiz,warna kulit, fahaman juga personaliti.

kawan
dalam melalui episod kehidupan, kita akan mengenali ramai kawan baru. mungkin lebih baik dari kawan sebelumnya dan mungkin tidak. nasihat aku pada kamu wahai kawan, jangan dilupakan kawan kamu yang sebelumnya. mungkin tidak bertemu atas uruskan kerja/pelajaran, namun dengan adanya teknologi terkini ia dapat menyatukan kembali hati-hati yang terpisah.

kawan
aku doakan kamu berjaya dalam apa jua yang kamu ceburi. moga kehidupan akan bertambah baik dari sebelumnya. harapanku agar kamu gembira dan bahagia.

hanya ini yang mampu aku coretkan khas buat kamu wahai kawan. andai aku melakukan kesalahan dengan tidak menjadi kawan kamu yang baik, aku mohon maaf. maafkan juga segala ketelanjuran kata dan sikapku.. pesanku buat kamu wahai kawan, jangan lupakan aku yang pernah menjadi kawan kamu.

sekian.


tercatat pada 29 mei 2011
pada jam 11:10 pm



24 December 2010

Jejak Lama Menjejaki Baru

menjejak memori silam
bukan mencari kepahitan
malah bukan mendera rasa

menjejak kenangan lama
mengajar erti kemanusiaan
tiap satu berbeza pengajaran



mengintai tirai usang
perlunya syukur pada rahmat Tuhan
berikan nikmat tak ternilai bayaran

yang lama dilupa jangan
yang baru jangan diagungkan
gabungkan... ia perjalanan kehidupan



nota pendek si merah jambu:
semakin suka melihat gambar entiti berkotak itu
lama tak main tenteng...

22 December 2010

E.N.T.I.T.I.

rindu
pada satu entiti
rapuh keras lembut jaguh

jauh
faktor juga kekuatan
ada dalam tiada

tiba waktu bersatu
masa singkat padat
kembali haluan berlainan


nota pendek si merah jambu:
spontan
tak faham

29 November 2010

MeNGiNTai CiNTa KHaLi FaH

jari menari menitip aksara
ayat berangkai baris disusun
meluah isi rasa dari sukma
persembahkan pada mu dengan bersantun

kamu lelaki
khalifah sejak azali
nyata pada diri
memikul tanggungjawab yg diberi

telah ku intai dari tabir diri
telah ku beri kata yg pasti
andai itu takdirnya kini
lorongi ia ke destinasi abadi


tercatat pada 15 mei 2010
pada jam 2:52 pm



03 September 2010

Berubah


berada di atmosfera baru
bukan bermakna engkau menjadi baru
berubah dari segala sudut
melupakan dan melepaskan
apa yang kamu ada sebelumnya

jika itu jalan kebaikan
pasti dirimu merasa kebahagiaan
jika ia jalan keburukan
pasti bahana menjelang

jangan pernah berubah
jika itu bukan yang kamu mahu
berubah dengan sendiri
bukan kerna desakan sekeliling

berubahlah bila perlu...


tercatat pada 3 september 2010
pada jam 6:45 pm


31 August 2010

Yang Sempurnakan Ku





lain pabila kamu ada
kosong hilang kembali terisi
jalan-jalanku ceria dan bernada
bukan penuh lubang sana sini

peristiwa lampau harus dilupakan
apa yg di depan mata harus difikirkan
bukan bermakna kita lupa daratan
cuma menghargai sebuah masa depan



28 August 2010

Baik-baik sayang




si pungguk terbang mencari dahan rendang
hinggap seketika di bawah sinaran cahaya
bulan putih sayup indah dipandang
buatkan hati merindu sentiasa


23 May 2010

KeBaHaGiaaN SeLePaS PeRPiSaHaN

desperate Pictures, Images and Photos

Ku temui satu kata

Itu pasti antara kita

Biar kasih pernah tercipta

Kini relai tanpa tanda



Dulu aku sedih

Hati rasa pedih

Dada sesak melirih

Semuanya kerana kasih


Di sebalik kesedihan

Terpaku aku pada kenyataan

Memberi aku satu jawapan

Di situ letaknya kebahagiaan


Biar kebahagiaan itu ku temu selepas perpisahan

Ku redha akan takdirnya Tuhan

Apa guna untuk aku pertahankan

Jika aku dan engkau tiada keserasian


tercatat pada 22 mei 2010

pada jam 11:21 pm


nota pendek si merah jambu:
  • mencurah idea selepas mendengar lagu shahir af8 - kebahagiaan dalam perpisahan



09 May 2010

RiBuT PeRSoaLaN


sedih Pictures, Images and Photos

di satu sudut
dia berteleku
bungkam!

raut wajah di hadapan
berselirat seribu persoalan
menagih penjelasan
meminta dimengertikan

secubit perit
secebis pahit
sekelumit duka
bercantum menjadi satu rasa
membekas terluka

betapa memori itu menghantui
memberi impak mendalam
jauh ke lubuk sukma
merencam jalur rasa

berikan dia penawar
agar tidak meracun segala urat
berikan dia rasa
agar deria kembali bernyawa
berikan dia azimat
agar hati berseri tanpa kesumat
berikan dia jalan
agar bisa menongkah cabaran

bantu...tolongi dia kawan
leraikan ribut persoalan
melalui lorong kehidupan
tanpa hadirnya kesuraman


tercatat pada 9 may 2010
pada jam 8 pm


23 April 2010

Seputih Awan

langit, biru, awan dan laut Pictures, Images and Photos


awan putih mengembang megah
berarak menemani langit biru
tanda hari jadi cerah
bukan lagi si mendung kelabu

lalui jalan yg bersimpang
kadang kaki jadi tempang
bukan masa bersenang lenang
perlu usaha untuk menang


*.:。✿*゚゚・✿.。.:*♪♫•*¨*•.¸¸❤
¸¸.•*¨*•♫♪*.:。 ✿*゚゚・✿.。.:*
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ [̲̅N̲̅][̲̅u̲̅][̲̅R̲̅] Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
*.:。✿*゚゚・ ✿.。.:*˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙*.:。✿*゚゚・✿.。.:*




17 April 2010

Kau Aku II


kau menadah telinga
bila aku mula bertanya

kau kata aku kena kuat
aku diam...

kau kata aku kena terima hakikat
aku takut...

kau kata hidup ini perjuangan
aku terbayangkan senjata api


erk..!!


kau kata lagi hidup ini pertandingan
aku berfikir... lama!

kau kata rezeki Tuhan tentukan
aku angguk memberi persetujuan

kau ada
bila aku bersuara

__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__


06 April 2010

Kau Aku

kau hadir
aku bahagia

kau ada
aku suka

kau senyum
aku gembira





nota pendek si merah jambu:
cuba buat yg pendek pula...


05 April 2010

How I Wish

you..

i saw in my dream
standing and looking at me
silence...
how i wish i could talk to you


you ..

left me there
alone...
with a smile
how i wish i could stop you


i don't want you to go
really...
how i wish i could do that.......







nota pendek si merah jambu
cubaan utk puisi ni
maksud tak sampai...

21 March 2010

Menyisih Sunyi



tempatkan diri di sebuah daerah
sunyi, jauh dari riuh rendah
dengan hati luka parah
disiang pedih berdarah

sedetik waktu termangu seketika
ruang itu menguak terbuka
terdengar jeritan riang gembira
tiada nestapa hilang lara

engkau ada seketika dulu
kini ku biarkan ia berlalu
pergi jauh jauh dengan laju
mengusir kamu dari bertamu

biar beratus kali kau mengganggu
beribu kali jua ku membatu
sampainya saat memburu waktu
tinggalkan segala memori lalu


tercatat pada 20 Mac 2010
pada jam 10:57 pm



nota pendek si merah jambu:
tah ape2 tajuk kat atas tu..
haha!

05 March 2010

Puisi Penat


ku rasa hari makin padat
masa bergerak pantas rasa penat
ke sana sini bergerak ligat
tulang belulang semakin mampat

berpegang pada satu hakikat
kerja itu satu ibadat
berpaksi keyakinan yg disemat
moga perolehi ganjaran rahmat


tercatat pada 5 mac 2010
pada pukul 1:05 pm


21 January 2010

Rasa



satu rasa
tak dapat dirasa
apatah diluah untuk ditafsir
tersimpan dalam dan membeku


~ catatan peribadi ~


14 December 2009

SAMBUNGKAN...

petang tadi
ku dengar sang burung menyanyi merdu
merenung aku di tepi
tapi tak pula ku membalas
maaf, bahasamu bukan bahasaku
jiwamu bukan jiwaku


jom..
sambung2 ayat di atas ni
mengikut idea dan kreativiti kamu tersendiri....


nota pendek si merah jambu:
meh uji minda...


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa