Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

25 April 2011

Telah Tiba Masanya...

hari ini...

sudah 28 tahun Allahyarhamah Puan Sri Saloma meninggalkan kita.

dan

28 tahun lah saya bernafas dan menghirup oksigen di muka bumi Allah ini.



SELAMAT HARI LAHIR NUR...
moga impian akan terlaksana dan menjadi kenyataan.



p/s: terima kasih pada kawan-kawan yang wish di FB dan hp..


21 December 2010

Istimewa di hari lahir mu...

teringat waktu kecik-kecik dahulu
kakak belikan buku ni



ini adalah buku pertama saya sebelum menjejakkan kaki ke sekolah
tiap-tiap hari belek dan baca
walaupun pada mulanya tak faham satu apapun
akhirnya faham juga jalan cerita tu


saya sayang buku tu
kenangan pertama diperkenalkan dengan buku inggeris
saya sayang buku tu
tapi tak tahu di mana buku tu berada sekarang
entah-entah dah kenyang di makan oleh anai-anai


rezeki kamu la wahai anai-anai


terima kasih kakak
sebab kamu mengenalkan saya dengan bahasa asing itu
ia menjadi subjek kegemaran semasa di sekolah dulu
dan ia subjek profession saya kelak

selamat hari lahir yg ke.......................
(sila isi sendiri jawapan anda ye..)
moga dirimu diberkati dan dimurahkan rezeki
di samping keluarga tersayang...

hadiah?
petang sat lagi adik bagi naa..

ahaks..



25 April 2010

Speechless

masuk saja ke pintu kelas 5B

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to teacher
happy birthday to you

speechless. terharu. semua rasa ada. mereka tersenyum. masing2 gembira.P&P diteruskan seperti biasa. hinggalah waktu loceng berbunyi, meluru datang utk salam dan wish pada teacher diaorg ni. hadiah dikumpul dan dihantar ke bilik guru.

terus ke kelas 5C.. keadaan yg sama juga. mujurlah masa kanak2 ni nyanyi lagu tu, encik guru besar masih belum sampai. oh ya, arini merupakan hari pencerapan guru2. bila encik guru besar masuk je kelas, masing2 berlakon seolah tiada apa2. pandai tul kanak2 ribena ni berlakon.

kelas terakhir.. 5D. diaorg nyanyi beramai-ramai di dalam kelas. kena pulak hujan lebat, guruh berdentum. lagi kuat mereka ni nyanyi. lepas tu diserahkan kad ciptaan sendiri. love ada di sana sini. terasa sgt dihargai. walaupun selalu buat teacher diaorg ni naik angin tapi diaorg bersungguh buat kad.

lain pula pemahaman bagi kanak2 ribena 5E. berkumpul depan kelas masa waktu balik, pegang tangan dan mohon maaf. terus soalan diajukan "teacher nak pindah ke?"... "teacher jgn la pindah, sapa nak ajaq kami?"..... "sampai hati teacher.." dan.. "arini besday teacher ke teacher nak pindah? mana satu... tak paham la.."

sayang juga kamu pada teacher kamu ni ye...

timbul juga spekulasi di kalangan guru. kononnya nur akan berpindah....

hadiah teristimewa semestinya datang dari fruitdaughter kesayangan yg diletakkan atas meja di bilik guru.. walaupun hadiahnya hanya keropok, rasanya cu tak mau makan je.. hehe! terima kasih kepada ibu, kakak dan abg2 tersayang.. juga buat teman2 yg wish di FB, through sms di fon..

umurku bertambah satu angka

nota pendek si merah jambu:
tanda ingatan adalah perkara yg sangat bermakna...


01 January 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR

ucapan ini didekasikan buat org yg nur kenal sejak lahir.. buka mata je dah tau dia ada

buat abg kandung tersayang, Cik Abe Y...
selamat hari lahir dari adik. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.


juga buat kawan masa kanak2 ribena dulu

Si Ed.
selamat hari tua kawan. didoakan semoga murah rezeki dan cepat2 layangkan kad kenduri kat sini.. hikhik!


juga dedikasi ini buat 2 org sahabat di blog ni...

buat bro beruwang
happy birthday bro. tak dapat nak send kek secret recipe kat blog ni.. moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan senyum selalu ye.. hehe!
~~~~~~~~~~
buat cikgu imanshah..
selamat hari lahir cikgu.. moga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik utk terus mendidik remaja ribena.


SELAMAT HARI LAHIR
indahnya hari lahir jatuh pada tahun baru
secara tak langsung seluruh manusia di bumi turut meraikan HARI LAHIR anda setiap tahun
semoga GEMBIRA selalu
:)



16 December 2009

mAsA bErLaLu... BeGiTu CePaT !


bakal setahun besok...

cepatnya masa berlalu...

rasa macam baru semalam ku belajar nak buat blog

;)


nota pendek si merah jambu:
buat mu hafiy, my fruitson (anak buah) yg comeii
tahniah atas berita pagi tadi
ayah, mak dan atok tentunya rasa amat lega..
dan cu rasa tak besh..
sbb kurang kuantiti manusia dlm kereta tahun depan
huhuhu... peluang utk menyakat kamu pun makin mengecil..



14 September 2009

SELAMAT HARI LAHIR

dedikasi buat Cik Abe C di PJ

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Semoga panjang umur dalam kebaikan
Semoga murah rezeki lagi diberkati
Semoga detik2 waktu yang mendatang
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiamu
Akan bertambah iman di dadamu

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Jadilah dirimu permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Jangan ada hujan membawa ke malam
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Terima kasih atas setiap kebaikan
Atas kasih sayang yg diberikan
Moga Allah memberi ganjaran

Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Bertuahnya menjadi satu-satunya adik mu yg bonda lahirkan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Ikhlas dari hati seorang adik

puisi yg dicedok dari internet dan ditambah sedikit perisa oleh saya

notakakidantangan:
motif kek coklat.. hehe.. sbb cik abe C sy suka mkn
(tapi kalau dah berubah selera tu tak tau la saya..)
satu2nya abg yg suka panggil saya dgn nama penuh
(sbb adik beradik lain panggil adik je..)
ikut kata bonda, cik abe C dan kawan2 dia melompat kat padang time hujan sbb tau nak dapat adik
(tul ke? suka la ek sbb tak de title bongsu.. hikhik!)

15 August 2009

ULANGTAHUN

happy birthday to you
happy birthday to you

happy birthday to both of you....

happy birthday to you...




tanggal 15 ogos 2009, menyaksikan hari ulangtahun kelahiran dua anakanda tersayang.. ops.. silap. anakanda menakan tersayang.. sesungguhnya pada mlm ini nur telah merosakkan kata nama bahasa melayu.. ampuun.. sembah dlm erti kata lain ulangtahun kelahiran anak saudara/anak buah.. bak kata junior nur dulu, fruit son or fruit daughter. gelakguling ni betul2 direct translation...

teringat perbualan dgn sabrina tengahari tadi...

sabrina: cu lupa ye arini besday ina..

nur: alaa... cu lupa la. igt arini besday abg ngah je..


sabrina: ina ada kek. tak nak kasi kat cu


nur: huhu.. sedih tau!

sabrina: ina lagi sedih. cu tak igt besday ina



erk.. betul2 kehilangan kata2...

kepada muhammad fathi (abg ngah) dan noor sabrina sofia, ibu saudaramu ini mengucapkan selamat hari lahir yg ke 19 dan 6 tahun. semoga kalian berdua dikurniakan kesihatan yg baik, dikurniakan kecerdasan akal juga sahsiah yg molek dan jadi anak yg soleh dan solehah. pendek kata, segala yg terbaik buat dirimu berdua.. amiinn...!


Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa