08 December 2011

Sinergi

permulaan untuk update blog yang telah lama usang tanpa perhatian tuannya. mujurlah ramai yang sudi singgah dan menjenguk blog ini. terima kasih ya kawan-kawan.

tak konsisten dalam mengemaskini cerita di sini. bermula selepas dapat KPLI. urusan seharian yang begitu banyak, buatkan masa untuk update blog ini pun terhad. lagipun seakan tidak mahu kawan serumah atau kawan sekelas tahu akan kewujudan blog ini. namun, mereka tahu kawan mereka ini adalah blogger, lebih kurang sama seperti mereka cuma tidak tahu URLnya sahaja. 

entah kenapa mahu berahsia di situ. 

blog ini dijadikan tempat untuk meluahkan rasa, isi hati. cukuplah keluarga, teman seuniversiti dan anda khususnya yang dapat membelek coretan-coretan, turun naik kehidupan orang yang bercakap ni.

teguran sang suami, "kenapa tak update blog macam dulu?".. mengingatkan diri yang dulunya walaupun sibuk macam mana pun. pasti akan ada coretan baru. walaupun pendek. tapi sekarang.. emm bertangguh sahaja kerjanya.


tak baik kan bertangguh???

sempena hijrah ni nak cuba update secara konsisten. tak dapat tiap hari, tiap minggu pun jadi lah. insyaallah! akan cuba sedaya mungkin. satu lagi, takpe kot ye kalau tukar kata ganti diri di sini sebagai "aku".. rasanya lebih ikhlas untuk menyalurkan idea juga rasa dari otak dan hati.


Kau tanya aku
Kenapa aku tidak melepaskanmu
Walau kau mencalarkan hatiku
Walau diriku kau tinggalkan beribu batu
Jawapanku hanya satu
"Sebab aku saudaramu!"
Pastinya keimanan mendahului kata-kataku
Sebelum ia ku lancarkan keluar menyentuhmu.
Semua tentang keimanan. iman...iman...iman!!

-dipetik dari novel SINERGI-







Sinopsis

Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.

Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.
 
Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.



Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu. 

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.


Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.




Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...


Hilal Asyraf, satu nama yang telah lama didengar melalui anak sedara. tapi tak pernah belek lagi buku karyanya. aku memang meminati novel islamik karya tempatan. bukan boikot novel islamik dari indonesia. tapi, bila baca  macam susah nak faham walaupun diterjemahkan dalam bahasa kita. tapi tak la beza sangatkan bahasa melayu indonesia dan malaysia. sikit-sikit je pun. selama ni hanya tertumpu kepada karya Fatimah Syarha dan Abu Ubaidillah sahaja. 

perkataan sinergi tu pun selama ni taktau apa maksud dia. 

pastu formula 1+1=3. 

buat aku blur. 

buku ni pun secara tak sengajanya pinjam dari kakak. katanya, Hanna minat baca buku penulis ini. tengok cover buku macam biasa je. see? macam mana aku buat penilaian. terlalu awal! dah baca, ada sesuatu yang menarik. perkataan IMAN diulang sebut. secara tak langsung beri satu pandangan dan pemahaman yang baru tentang IMAN. 

keimanan adalah paksi. itu yang di highlight kan. semuanya tentang iman. iman bukan sekadar kepercayaan. tapi lebih dari pada itu. bagaimana iman ini dapat mencorak kehidupan seorang pelajar yang dapat dicontohi oleh pelajar lain. bagaimana dengan adanya kefahaman tentang iman yang sebenarnya dapat menangkis unsur-unsur negatif yang membelenggu diri. ya, kita perlu makan untuk hidup. jiwa kita pun perlu makanan rohani untuk hidupkan hati dari terus mati akibat dosa yang dilakukan. aku mula faham di situ. pengisian perlu ada. iman perlu diperbaharui setiap masa. ada aspek yang kita abaikan.


Saat kau gelap,
Akan kubukakan cahaya,
Saat kau tenggelam,
Aku adalah pelampungmu,
Kerana keimanan itu adalah dasar hubungan kita,
Maka aku tidak peduli apa-apa,
Melainkan memenuhi tanggungjawabku kepada-Nya.

sahabat!

macam yang biasa kita dengar. kawan masa senang, berduyun di depan mata. kawan masa susah, satu dalam seribu. melalui pembacaan, mesej Islam adalah saudara itu disampaikan dengan begitu baik. bagaimana plot penceritaan dihasilkan dengan melihatnya keakraban ukhuwah sesama mereka negara asing, Jordan.


Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun ,
aku akan terjun juga,untuk tarik kau semula,
agar kita dapat berpimpinan tangan ke syurga 


ada tak orang sanggup buat macam ni???

payah kita nak cari orang sebegini. tapi tak mustahil akan ada insan-insan yang akan berfikiran begini jika menjadikan iman sebagai paksi kehidupan.

itu saja kot review buku Sinergi ni. iman dan sahabat merupakan point yang menarik perhatian aku masa baca buku ni. 

dapatkan di pasaran!


1 kesan jari:

beautiful_rose said...

selamat kembali nur....hope dapat update macam dulu2 okey =)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa