23 October 2011

Kembara Posting

sambungan dari episod sebelumnya...




check in hotel, kami berdua berehat. suami cepat buka laptop sebabkan nak mengkaji jalan dari google map. nak tengok jalan mana yang kami salah amik. ayah di kemaman dan mak di kedah dihubungi untuk memberitahu mereka status terkini. nur terus bersihkan diri dan solat. selepas berbincang dengan suami plan seterusnya. risau di hati disebabkan tiada sesiapa di sini. jika ada saudara mara boleh juga bergantung harap sementara untuk menyesuaikan diri. tapi kini, apapun bergantung pada diri sendiri. abg rozi memaklumkan pada suami yang kami amik jalan lama. jalan sepatutnya kami amik tu dekat banyak dari jalan tersebut. aduh! patutlah kawan suami minta kami singgah di jerantut.

badan memang letih. 1 hari yang agak penat fizikal dan mental. hari tu juga la kami berdua terlupa untuk amik makan tengahari. masa di R&R temerloh baru kami makan, itu pun dah pukul 6. naik ke bilik hotel lupa pula nak bawa air. tertinggal di kereta. nak turun memang tak larat. jadi tahan sahaja. pada waktu itu, rasanya nak makan pun tak berapa selera. otak ligat berfikir bagaimana caranya.

akhirnya terlelap juga. tapi terjaga. melihat suami juga terjaga. mungkin dia pun berfikir seperti saya. saya menangis. rasa murah sangat airmata masa tu. entahlah. berfikir juga keadaan esok. mulut tak henti membaca doa Nabi Yunus.. La ila ha illa anta, subhanaka ini kuntu minazzolimin. mohon pada Allah mempermudahkan urusan.

selesai breakfast di hotel, terus ke ppd. berjumpa kawan-kawan seramai 5 org yang ditempatkan di situ. mereka ini dari ipg berlainan dari saya dulu. Allah mempertemukan semula saya dengan kak yanie, teman sekelas sewaktu di universiti dulu. kami berdua di bawah satu ppd tapi berlainan sekolah. ingat dapat la menyewa serumah dengan dia, tapi jarak antara sekolah kami berdua agak jauh. jadi terpaksa dilupakan. jika difikirkan, saya agak beruntung sebab sekolah di kawasan bandar. tak seperti 2 org kawan saya yang ditempatkan di kawasan luar bandar sikit. kedua sekolah itu mempunyai pelajar orang asli. kawan saya, akim ditempatkan di sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah P2. kena naik hilux untuk ke sekolahnya. menurut akim, ia mengambil masa 3 jam dari ppd kami.

ada juga kawan di ppd yang lain mendapat sekolah yang kena naik bot. perempuan pulak tu. aduhai. kalau saya mesti menangis tak nak pegi. lihat? saya tidak begitu tabah seperti dia. dia kuat. hanya menangis selepas keluar dari taklimat di jpn. selepas itu di fb, masih mampu buat lawak di statusnya. saya perlu menjadikan dia role model saya untuk lebih kuat.

selesai taklimat di ppd, guru besar membawa saya ke sekolah. dia seorang perempuan dan baik nampaknya. itu first impression saya. personally dia baik tapi kalau melibatkan kerja mungkin dia mempunyai prinsip tersendiri. pesan suami, kerja elok-elok. jangan ambil kesempatan jika orang baik dengan kita. guru besar saya tu pun baru setengah tahun berada di situ. dia juga menyewa bilik dan tinggal sendiri. melalui guru besar, saya ditemukan dengan rakan sejawat dan juga kerani sekolah. kerani sekolah menolong saya untuk mendapatkan tempat tinggal sementara dengan menumpang bilik di bilik sewanya. kakak kerani sorang lagi berusaha untuk mendapat rumah kerajaan untuk saya. saya dimaklumkan oleh guru besar, kuarters guru penuh. dia pun tak dapat tembusi lagi. sedikit sebanyak dapatla saya bernafas seketika. mungkin rezeki saya, minggu depan sekolah bercuti seminggu. dapatla saya uruskan soal transport dan membawa keperluan sikit. selepas itu pula cuti akhir tahun sekolah. mudah-mudahan urusan dipermudahkan.

walaupun begini saya masih lagi risau sebabnya tak tengok lagi rumah di mana kerani itu menyewa bilik dan pada masa itu dia terpaksa berkongsi bilik dengan saya. harap ini tidak menjadi masalah dan sementara. harap sangat.

selesai saja urusan di sekolah, saya dan suami pulang ke hotel dan siap-siap untuk pulang ke tempat suami. mengikut kata kakak kerani perjalanan tidaklah sejauh malam tadi. jadi waktu balik tu kami berdua set jam untuk melihat masa yg diambil sepanjang perjalanan. alhamdulillah, jalan tidak seteruk malam tadi. cuma ada di setengah tempat jalan pumping, ada tanda banjir. jadi kami kena berhati-hati selepas ini. kami juga perlu peka kepada papan tanda agar tidak tersalah masuk. pesanan saya pada suami tetap sama, kalau nak datang janganlah waktu malam. saya masih risau dengan tempat itu memandangkan kami tak biasa lagi.

2 jam setengah. tepat 3o minit. kami tiba di tempat suami. alhamdulillah. rasa syukur dipanjatkan. malam tu pula, suami pening kepala. badan dia pun panas skit..sayu sangat tengok. pengorbanan dia hantar isteri yg kena mengajar tempat jauh. memang sedih sangat. saya menangis tak henti. tapi suami dah tertido masa tu. entahlah.. rasa sayu, sedih. dugaan untuk kami. kena juga kuat walaupun hati tak dapat nak terima sepenuhnya lagi.


Ya Allah.. kuatkanlah hati ku.





8 kesan jari:

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

Kak Nida pun lama tak singgah sini..


Dugaan yang emnimpa pasti ada hikmah disebaliknya..

merahitujambu said...

insyaALLAH..ameen

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

Nida:

salam..

samala kita.. akan cuba mengunjungi blog sis nanti..

pasti ada hikmahnya =)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

merahitujambu:

insyaallah.
moga doa anda dimakbulkan..
=)

IMANSHAH said...

Salam

Dah posting ke?? semoga cepat sesuaikan diri di tempat baru..

Saliza said...

Nur,
banyakkan sabar ye dik..

akak pun dah rasa 1/2 tahun berjauhan
dari suami. airmata mmg tak usah kiralah banyaknya yg gugur.. so, akak faham perasaan nur..

Cuma itulah, tabahkan hati ye.. Insyaallah, ada jalannya nanti.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

imanshah:

dah cikgu...
berkuatkuasa 20 oktober..
insyaallah..
harap pun cepat sesuaikan diri..
sorang2 kat sana..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

saliza:

thanks kak..
huhu..tahla. tgh kumpulkan motivasi diri sekarang ni..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa