12 August 2011

Insan yang mulia


setiap orang ada definisi tersendiri untuk ibu / mak / bonda kan?


sejak kawen ni, bila sebut atau bercerita tentang mak mestinya airmata akan bergenang dan sebak. walaupun cerita yang dibualkan itu bukanlah cerita yang sedih. bukan tak penah tinggal jauh dengan mak tapi terasa suasana sekarang berbeza dengan dahulu. tiap hari berhubung dengan mak. tapi masih rasa sebak. mungkin mak tak perasan,atau saya pandai menyembunyikan. tapi bila sembang dengan encek suami kekadang dia perasan juga perubahan tu.

minggu lepas, terlajak tido. tak dengar alarm untuk bangun sahur. siang tu,lepas tengok ketuk-ketuk ramadhan call mak. citer la kat mak pagi tadi tak sedar tido. tak sahur pun. mak kata ciannya. yelah, encek suami jenis tak sahur punya orang. saya pula kena juga sahur. macam aritu, lembik terus jadinya. dah la tak aktif sekarang ni sebab dok umah je. lagi bertambah tak aktif terus. mula dari insiden tu, mak akan misscall tiap pagi untuk kejut anak dia ni bangun sahur. mak ada cerita, ada hari tu kakak pun tak sedar untuk bangun sahur. makanya, mak misscall kakak.

walaupun kami semua dah kawen, tapi mak tetap macam dulu. yelah, mak dah ajar anak-anak dia untuk bangun sahur dari kecik. bila tak bangun mesti la mak rasa kesian kat anak-anak dia walaupun anak-anak dia dah besar panjang. sekarang ni alarm mesti bunyi tiap-tiap pagi selain dari misscall dari mak. encek suami pun wajib bangun untuk temankan saya sahur. sahur sorang-sorang mana best. masa jauh macam ni la teringat nasi goreng mak. sebelum raya boleh la minta mak masakkan untuk sahur... hehe!

terserlah saya memang rapat dengan mak. apa-apa mesti nak cerita dengan mak. masalah pun. mak tetap dengan nasihat dia, jangan lupa solat dan doa. walaupun mak suka gak bebel tapi telinga ni dah boleh tahan dah rasanya. hehe!

saya harap apa yang mak ajarkan selama ni dapat saya praktikkan dalam kehidupan saya. apa yang mak pesan, apa yang mak bimbing dapat saya aplikasikan. bila ada anak nanti, insyaallah saya akan buat macam mak buat pada saya. dari segi bimbingan, pendidikan tak formal, masakan dan macam-macam lagi. apa yang saya harapkan,saya dapat menjadi insan yang penyabar seperti mak.



suka dengar lagu ni.


4 kesan jari:

IMANSHAH said...

saya juga jenis tak sahur nur

NuR si CiKGu RiBeNa said...

>> imanshah :

bila dah kawen nanti, temankanlah isteri anda bersahur..hehe

cik dila said...

hehee,comelnya mak miscall kejut bgn sahur..:)

mamai said...

kena belajar macam mana nak hidup dengan kehidupan baru...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa