10 August 2011

Saya Kembali Sihat!

alhamdulillah...
demam dah hilang... tekak dah sembuh. penyebab utama demam itu adalah sakit tekak yg teramat sakit sangat. tak penah lagi rasa sakit tekak sampai macam tu sekali. mungkin kerana cuaca panas dan tambahan pula air kurang, memungkinkan tekak jadi sampai macam tu. sakit tekak ni kalau tak dirawat cepat boleh mengundang bahaya juga. macam jumaat malam tu, tiap-tiap jam bangun minum air. tidur pun jadi tak menentu. nak telan air liur pun rasa sangat bersalah pada diri sebabnya menahan sakit teramat sangat. apatah lagi semasa solat, sujud misalnya terasa sakit dan berat saja tekak ni. pagi sabtu tu, masa nak ambil whuduk, ludah je tengok kahak ada darah. huhu.... tersentap dan senyap saya kat situ. lepas solat terus nangis kat suami nak pergi klinik..

terus teringat kat mak..huuuuuu!


itu kisah beberapa hari lepas..
arini terasa nikmatnya bila dapat telan air liur tanpa rasa sakit.. tanpa perlu mengerutkan dahi. selera makan pun kembali normal. nikmatnya bila dah sihat... perlu mensyukuri tiap detik yang ada. kembali memasak seperti biasa. maklumlah itu la keje saya setakat ni. menu arini nasi goreng cina ala nur, sambal tumis udang dan sayur goreng buncis....


em..dah nak berbuka ni... selamat berbuka kawan-kawan!


0 kesan jari:

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa