14 June 2011

Saat Lafaz Sakinah

by Far East
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama

Ku akurAkan pesanmu
Indah ia pada maksudnya
Puterimu kini amanahku
IringilahDengan doamu

Bahagia kami dari redhamu



lama tak update. update kali ni dgn status yg baru. kalau dulu sorang. skrg dah berdua. alhamdulillah.... semuanya yg dirancang berjalan lancar. rasa mcm tak percaya je sebab semuanya jadi mcm sekelip mata. perkenalan yg tak dirancang dan akhirnya dia adalah jodoh saya, kini bergelar suami saya. ramai bertanya bagaimana kami kenal. jawapannya, "biar hanya kami yg tahu."

masa akad nikah.. teringat lagu ni. tambahan pula, seorang sahabat tag lagu ni di FB. saat itu saya menoleh ke arah ibu, abg2 dan kakak2.. terasa syahdu.... tapi masa tu saya dapat lagi control air mata dari mengalir.. dan bila di majlis kenduri sambut menantu.. saat keluarga mahu pulang, terdengar abang pesan pada suami, "serah amanah pada D.." masa tu airmata dah mula bergenang...

tatkala salam dan serahkan bunga telur pada keluarga, masa tu air mata menitis. tahan juga tapi tetap menitis. rasa sebak sangat. dulu apa2 dgn keluarga.. sekarang dgn suami. kena pula ini kali pertama berada di tempat orang tanpa keluarga. mujur suami bagi semangat dan keluarga mertua yg menolong saya utk sesuaikan diri. macam kata ibu mertua pada suami, "orang lain pernah datang sini sebelum kawin. tapi nur ni lain. kali pertama datang dah bergelar menantu dalam keluarga ni."

bila dah berjauhan ni, rasa rindu sangat dengan keluarga. dulu bukan tak pernah jauh, tapi kali ni rasa lain sangat. rindu mak, rindu abg2 dan kakak2, rindu pada anak2 saudara.... telefon mak semalam, beritahu dah selamat sampai di negeri tempat kerja suami.. mak citer, anak sedara kata sunyi bila saya takde. mengalir lagi airmata masa tu.. cepat2 sapu takut suami nmpk...

harapnya dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru.. dulu berdebar untuk tunggu tarikh nikah dan kenduri. sekarang berdebar pula untuk tahu tempat posting..



2 kesan jari:

IMANSHAH said...

Tahniah Puan Nur..smga menjadi isteri terbaik buat sang suami

Anonymous said...

tahniah Puan Nur...

saya suke awak ckp ini
"orang lain pernah datang sini sebelum kawin. tapi nur ni lain. kali pertama datang dah bergelar menantu dalam keluarga ni."

ade je lagi saya nk ckp,tp tak tahu mcm mane nk ekspresikan ia..

hati kita..cinta kita adalah MilikNya..
perasaan yg dtg pd kita juga dariNya..

saya? perlu yakin dan pasti bhw Allah telah menetapkan sesuatu yg terbaek utk kita..Dia Maha Mengetahui..Maha Pengasih lagi Penyayang..

-Noorul-

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa